Day 4 : Tonle Sap - Ho Chi Minh - Phnom Penh - Seam Reap - Aryanphratet

Hari Keempat
7hb November 2014
Tonle Sap, Seam Reap, Cambodia

Setelah pulang dari Angkor Wat, kami 4 beranak terbungkam tido sampai ke petang. Hinggakan Pak Supir mai ketuk bilik ler.. minta bersiap-siap untuk ke Tonle Sap.

Kenapa Tonle Sap? Tonle Sap ni adalah "the Great Lake" yang berguna untuk Kerajaan Agraria zaman Angkor dahulu. Tasik buatan ini membekalkan pelbagai ikan air tawar, pengairan penanaman padi dan juga untuk bekalan air minum.

Memang da jadi amalan tourist, asal je datang Siem Reap, wajib susuri Tonle Sap untuk mandi sunset. hik3... kita pun sama lah jugak.

Pak Supir kita bawa kami mandi sunset kat tempat yang tak dikenali oleh ramai pelancong. Kurang pelancong, maknanya kuranglah pengemis atau peminta sedekah. Perjalanan ke sana pun ambil masa yang agak lama jugaklah. Dari jalanraya yang elok, hingga ke jalan bertanah merah dan berdebu, namun kami dijamu dengan pemandangan suasana kampung di Siem Reap yang mendamaikan dan membahagiakan. Rasa macam berada pada zaman dulu-dulu je..

Peurut kita lapor kot, so, bentila dulu beli buah-buahan dulu kat sini
Malam nanti kita ke sini... Night Market ni dekat sangat dengan hotel kita
Keadaan rumah orang Siem Reap

Kat Malaysia, payah dah nak jumpa rumah cam ni

Yang ini mesti ada sawah padi berelung2 agaksnya..

Simple
Suasana kampung

Akhirnya kita sampai juga di pengkalan
Panas...
Alahai..nipisnya bot dia
Sekolah di Tonle Sap
Perkampungan yang majoritinya Buddha...
Menakjubkan...

Airnya tenang sangat
Seriously, cantik sangat tempat ni
Rumah atas bot, ada kebun sayur dan ada kandang babi serta ayam juga... 
Pintu rumah hanya kain dan dan ada pernah ternampak kat mata kita ni, ada wanita yang da separuh abad yang topless... huhuhu
Ada tokong di sini...ada ramai kanak-kanak yang bermain-main di sini, ada ibu-ibu yang bergossip dan para bapa bermain juga.. main judi.. 
Pili Air


Dah nak senja...
Ada dua buaya besar kat bawah umah ni
Ready untuk mandi sunset
Waktu tu, bila tengok je suasana ni, kita terkenang tanahair Malaysia yang tercinta....sebak!
Subhanallah.. cantik sgt
Masyarakat setempat mula sibuk untuk pulang ke rumah

Tak terucap dengan kata-kata...
Saat yang sesuai untuk berdoa apa saja waktu ni
Sebelum malam, kami pun berangkat pulang ke daratan... masa ni banyak bot macam berlumba-lumba untuk cepat sampai.. dah macam F1
Alhamdullillah.. kami selamat sampai ke daratan... 

Malam tu, semasa otw balik, Ujang minta kita amik pic bulan. Bulan yang mengambang besar dipagari bintang yang berkelipan tu seakan-akan dekat dan macam boleh dipegang-pegang. Kita pun naik geram kot.

So.. next kita, pi makan la plak... #spreadlove

Post a Comment

0 Comments