31 December, 2010

Poster : Kenapa Ditinggalkan

 

poster kenapa ditinggalkan

Kenapa orang selalu tinggalkan kita?

Sebab DOA kau TERMAKBUL


Doa apa?

Kau pernah berdoa untuk diri kau, moga dijauhkan oleh ORANG yang TIDAK BAIK dan dia bukanlah salah satu darinya. Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani. 




13 December, 2010

Air Kelapa Muda & Limau Nipis, Penawar Kencing Manis & Darah Tinggi

Ni petua perkongsian dari Dayyan Haadiyyan. 

Katanya minum air kelapa muda dengan limau nipis baik untuk penderita kencing manis dan darah tinggi, boleh menjadi penawar kepada dua penyakit ini.  Cuba semak macam mana caranya.

BAHAN-BAHAN :  
1 biji air kelapa muda
1/2 biji limau nipis  

CARA MENYEDIAKANNYA :  
1. Campurkan sebiji air kelapa muda dengan setengah biji limau nipis lagi masam lagi bagus. Tapi orang yang ada gastrik tak boleh minum masam sangatkan?  
2. Minum sehari satu ke dua kali, In Sha Allah bacaan gula kencing manis dan darah tinggi akan turun dan normal kembali.  
3. Sebelum minum doa dulu, semoga dengan izin Allah air kelapa muda dan limau nipis ini membantu di dalam masalah kita.  
4. Hanya ALLAH SWT yang bisa menyembuhkan segala penyakit tersebut.  

Semoga petua ini bermanfaat buat kita semua ye.



02 December, 2010

Poster : Wanita Hebat

 

Poster  Wanita Hebat

Wanita yang hebat itu...

Mampu membalut luka di hati 

dengan sabar

Mampu hilangkan amarah 

dengan istighfar

dan mampiu menghapus dendam

dengan maaf.




21 September, 2010

Halba - Petua Menghilangkan Rasa Kebas


Bahan-bahan: 
  • 1 Genggam Halba 
  • 2 Batang Serai 
  • 1 Sudu Asam Jawa 
  • 4cm Halia 
  • 5 gelas air.  

Cara-caranya:  
  • Rebus kesemua bahan di atas sehingga mendidih jadikan 5 gelas ke 3 gelas air. 
  • Apabila dah mendidih ambil air tersebut dan campurkan dengan air asam jawa dan kacau. 
  • Sedia diminum.  

Halba membantu merehatkan otot-otot dan mengelakkan daripada berlakunya kekejanganSerai pula berfungsi untuk menyingkirkan toksin untuk melancarkan peredaran darah dan mengurangkan lenguh-lenguh badan.  Sifat anti-radangan asam jawa membantu melindungi sendi-sendi dan melancarkan peredaran darah.  Manakala halia membantu membuang angin yang berlebihan dari badan.  

Minum air ni setiap malam sebelum waktu tidur. Disarankan supaya anda minum sewaktu panas atau suam. Keesokan pagi pasti badan anda akan berasa lebih segar.  

Selamat Mencuba!



21 August, 2010

Daun Kaduk - Kolestrol Stabilizer


Kolesterol yang terlalu tinggi boleh menyebabkan masalah jantung dan stroke. Sebab tu kita kena cegah dan jaga sebelum dia jadi lagi serious.  

Bahan :  
– 7 helai daun kaduk 
– 500 ml air masak 
– gula batu sikit kalau nak manis (agak-agak)  

Caranya : 
Rebuskan air masak tadi dengan gula batu. 
Kemudian masukkan daun kaduk dan tutup api. 
Minum masa suam. 
Amalkan minum sampai kolestrol turun.  

Daun kaduk ni bukan setakat untuk kolestrol jek, tapi dia ada memacam khasiat juga :  
– melegakan batuk dan kahak 
– merawat sembelit 
– sakit gigi 
– demam malaria 
– lemah dan sakit tulang 
– melawaskan kencing 
– melegakan selesema 
– panau, bisul, kuku kena cagu (tumbuk daun kaduk sampai hancur, lepas tu sapu kat kawasan yang ada panau)
– bagus untuk masalah usus yang nipis 
– bagus untuk penghadaman 
– hilangkan senak perut 
– keluarkan angin dalam perut 
– mengurangkan keputihan   

Ana Mahabu



10 July, 2010

Matematik Kehidupan



          Dosa Jangan di ➕
          Amal Jangan di ➖
          Cinta Jangan di ➗
          Hidup hanya   1  ❌

🌺 Gugur Bunga kerana Layu..
👻 Gugur Iman kerana Nafsu..
💞 Gugur Cinta kerana Cemburu..

😂 Tertawa kerana Bahagia
😭 Menangis kerana Derita
💀 Bertaubat kerana Dosa
🙏 Beribadat kerana Iman

💔 Hidup tanpa Cinta Pasti Hampa
💰 Hidup gila Harta Pasti Celaka
😓 Hidup penuh Dosa Akan Binasa
😊 Hidup Bersyukur Akan Bahagia

Hiduplah tiap hari seperti Matematik:
1. Mendarapkan (x) keGembiraan 
2. Mengurangi (-) keSedihan
3. Menambahkan (+) Semangat
4. Membahagi ( : )  keBahagiaan
5. Meng-kuadratkan Kasih Sayang antara sesama

Ada 3 perkara dalam hidup yang tidak boleh kembali:
⏰1. Waktu 
💋2. Ucapan 
⌛3. Kesempatan   
Jagalah itu, jangan sampai menyesal kerananya...

Ada 3 perkara yang dapat menghancurkan hidup seseorang:
👹1. Amarah   
😏2. Keangkuhan 
👿3. Dendam 
Hindarilah ia selalu..

Ada 3 perkara yang tidak boleh hilang
💙1. Harapan 
💛2. Keikhlasan 
❤3. Kejujuran 
Peliharalah ketiganya..

Ada 3 perkara yang paling berharga
💞1. Kasih Sayang
💗2. Cinta   
💝3. Kebaikan 
Pupuklah itu semua..

Ada 3 perkara dalam hidup yang tidak pernah pasti
🤔1. Kekayaan 
🤔2. Kejayaan 
🤔3. Mimpi   
Jangan terlalu obses kerananya..

Ada 3 perkara yang dapat membentuk watak seseorang
☝1. Komitmen         
✌2. Ketulusan         
👌3. Kerja Keras       
Upayakanlah sekuatnya..

Ada 3 perkara yang membuat kita berjaya
👍1. Tekad         
👍2. Kemahuan       
👍3. Fokus
Usahakan dengan sungguh-sungguh..

Ada 3 perkara yang tidak pernah kita tahu
👍1. Rezeki         
👍2. Umur
👍3. Jodoh   
*Semuanya itu diatur oleh Allah.

TAPI, ada 3 perkara dalam hidup yang PASTI
👍1. Tua   
👍2. Sakit   
👍3. Kematian 
Persiapkanlah dengan sebaik-baiknya...



15 June, 2010

Tafsir Surah ar-Ra'd (Guruh) Ayat 10 - 13 (Malaikat Penjaga)

 


Ayat 10

"Sama saja (bagi Tuhan), siapa di antaramu yang merahsiakan ucapannya, dan siapa yang berterus-terang dengan ucapan itu, dan siapa yang bersembunyi di malam hari dan yang berjalan (menampakkan diri) di siang hari."


Tafsir :

Sama saja (bagi Tuhan), siapa di antaramu yang merahsiakan ucapannya, dan siapa yang berterus-terang dengan ucapan itu,

Allah mendengar segala apa yang kita ucapkan samada bercakap secara rahsia, berbisik atau dengan nyata. Tiada satu pun dapat disembunyikan daripada Allah. 


dan siapa yang bersembunyi di malam hari dan yang berjalan (menampakkan diri) di siang hari.

Allah sentiasa nampak apa yang kita perbuat samada secara tersembunyi atau nyata. Inilah kesempurnaan ilmu Allah yang tiada had. 


Ayat 11 

Ini ayat takwif duniawi.

Allah tahu segala dosa kita, kenapa kita masih belum diazabkan lagi?

"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia."


Tafsir :

Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya,

Allah hantar malaikat yang sentiasa mengikut ke mana sahaja kita pergi (malaikat penjaga) dan sentiasa bertukar ganti. Setelah habis bertugas, diganti dengan malaikat lain.


Tugas para malaikat penjaga :

1. memastikan orang itu tidak mati sebelum masanya. Contohnya, excident teruk, tetapi orang itu tidak mati kerana masanya belum tiba dan dia dijaga oleh malaikat.


2. menjaga manusia daripada dimasuki jin. Jika malaikat ada, jin tidak berani datang. Jika kita berbuat syirik, malaikat akan meninggalkan kita dan senanglah jin kacau kerana kita tiada lagi pelindung.


Hadis sahih :

Malaikat-malaikat di malam hari dan malaikat-malaikat di siang hari silih berganti menjaga kalian, dan mereka berkumpul di waktu salat Subuh dan salat Asar. Maka naiklah para malaikat yang menjaga kalian di malam hari, lalu Tuhan Yang Maha Mengetahui keadaan kalian menanyai mereka, 


“Dalam keadaan apakah kalian tinggalkan hamba-hamba-Ku?” Mereka (para malaikat malam hari) menjawab, “Kami datangi mereka sedang mereka dalam keadaan solat dan kami tinggalkan mereka sedang mereka dalam keadaan solat.”


"Sesungguhnya bersama kalian selalu ada malaikat-malaikat yang tidak pernah berpisah dengan kalian, terkecuali di saat kalian sedang berada di tandas dan ketika kalian sedang bersetubuh, maka malulah kalian kepada mereka dan hormatilah mereka."


mereka menjaganya atas perintah Allah.

Malaikat menjaga kita depan dan belakang. Dengan turunnya ayat ini, Nabi Muhammad SAW tidak gentar dengan ancaman musuh kerana baginda tahu ada penjaga. 


Malaikat menjaga semasa kita tidur dan terbangun daripada kejahatan jin, manusia dan haiwan buas melainkan dengan takdir Allah, maka barulah dapat mengenainya.


Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.

Kamu akan dikenakan azab kalau tidak mengubah diri. Maksudnya, manusia akan terus mendapat kebaikan selagi dijaga oleh malaikat kecuali kalau mereka mengubah amalan dan agama mereka. 


Ayat ini sentiasa menjadi hujah. Manusia membuat kesalahanlah yang menyebabkan Allah menguji mereka dengan musibah. Sebenarnya Allah menguji ketaatan manusia. Bukanlah mereka diuji kerana kesalahan yang dilakukan. Janganlah kita kata seseorang itu berdosa kerana itulah mereka diuji. 


1. Jagalah hati orang. 

2. Kita tidak tahu hakikat kesusahan (ujian) yang dialami oleh orang itu. 


Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya;

Kalau Allah sudah takdirkan musibah atau azab kepada sesiapa, tiada sesiapa yang boleh menghalang. 


dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.

Sesiapa pun tidak akan ada yang dapar menjadi pelindung atau penolong kepadanya.


Ayat 12

"Dialah Tuhan yang memperlihatkan kilat kepadamu untuk menimbulkan ketakutan dan harapan, dan Dia mengadakan awan mendung."


Tafsir : 

Dialah Tuhan yang memperlihatkan kilat kepadamu

Kenapa Allah tunjukkan kilat kepada kita?


untuk menimbulkan ketakutan dan harapan,

Dalam kilat ada takut iaitu takut disambar kilat.


Dalamnya juga ada pengharapan, kerana kalau sedang kemarau, kilat itu petanda hari nak hujan. Jika mendengar guruh atau petir, Rasullullah mengajarkan untuk mengucapkan doa :

اللَّهُمَّ، لَا تَقْتُلْنَا بِغَضَبِكَ، وَلَا تُهْلِكْنَا بِعَذَابِكَ، وَعَافِنَا قَبْلَ ذَلِكَ

"Ya Allah, janganlah Engkau bunuh kami dengan murka-Mu, dan janganlah Engkau binasakan kami dengan azab-Mu, dan maafkanlah kami sebelum itu."



dan Dia mengadakan awan mendung.
Sifat awan itu berat kerana ada air di dalamnya. Apabila berlanggar sesama sendiri, maka terjadilah kilat. 


Ayat 13
Selepas kilat, guruh pula.
"Dan guruh itu bertasbih dengan memuji Allah, (demikian pula) para malaikat kerana takut kepada-Nya, dan Allah melepaskan halilintar, lalu menimpakannya kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan mereka berbantah-bantahan tentang Allah, dan Dialah Tuhan Yang Maha keras seksa-Nya."


Tafsir :
Dan guruh itu bertasbih dengan memuji Allah, (demikian pula) para malaikat kerana takut kepada-Nya,

Ada dua terjemahan : 

1. Mungkin Petir
Langit juga bertasbih. Caranya dengan bunyi guruh. Jadinya apabila bunyi guruh, kita pun perlu bertasbih juga.

2. Mungkin Suara Malaikat
Malaikat bertasbih dengan memuji Allah dan kerana takutkan Allah. Bunyi guruh amat kuat dan menakutkan. Tapi Allah sudah memberitahu yang malaikat yang bertasbih. Mereka kenal Allah. Jadinya, kalau kita tidak takut kepada Allah, maknanya kita tidak kenal Allah.


dan Allah melepaskan halilintar, lalu menimpakannya kepada sesiapa yang Dia kehendaki,
Dan kadang-kala ada halilintar yang boleh membunuh jin dan manusia. Halilintar banyak terjadi pada akhir zaman. 


dan mereka berbantah-bantahan tentang Allah,
Walaupun Allah sudah menurunkan ayat-ayat yang menakutkan, tetapi manusia tetap mempersoalkan tentang Allah. Masih lagi mengamalkan syirik dan tidak mahu belajar tentang tauhid bagi membezakan yang mana yang syirik. 


dan Dialah Tuhan Yang Maha keras seksa-Nya.
Allah boleh menggunakan kekasaran kepada sesiapa pun. Allah boleh mengenakan musibah sehinggakan memusnahkan mereka. Maka jangan buat ikut suka hati, syirik dan dosa secara berleluasa dan melampaui batas. 



19 April, 2010

Pengalaman Mengajar Kita


Hadapi situasi getir yang diwujudkan oleh golongan lidah bercabang dengan cara yang rasional dan ada pertimbangan. 

Ada yang nak nampak diri dia sahaja yang bagus di depan. Ada yang suka porak perandakan keadaan, akan rasa puas hati dengan cara ini. Ada yang rasa dengki dan jeles sehingga berdendam. 

Pendek kata, yang tiada motif pun ada juga. Tapi semuanya tentulah negatif. Buanglah semua sifat-sifat negatif ini yang semakin akan memburukkan keadaan. 

Sejarah juga telah membuktikan bahawa keruntuhan kebanyakan kerajaan teragung di masa dahulu adalah daripada konflik, perebutan kuasa dan masalah dalaman. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah juga.

Hati seperti kaca jangan bagi retak. 
Akal seperti air jangan bagi kering. 
Iman seperti debu, jangan bagi hilang. 
Persaudaraan seperti tali jangan bagi putus. 

Semoga Allah melindungi kita semua dan menjadikan kita insan lebih baik dan kehidupan lebih indah. Aamiin 🤲



21 March, 2010

Yang Bijak Belum tentu boleh Berjaya, kan?



Suatu hari, seorang Profesor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. 

Profesor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Profesor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. 

Berjam-jam lamanya Profesor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati,-

"Hmm. Hari nak hujan."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat", kata Profesor itu. 

Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Profesor itu menegur pendayung sampan.

"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?", tanya Profesor itu.

"Hampir semur hidup saya.", jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.

"Seumur hidup kamu?", tanya Profesor itu lagi. 

"Ya".

"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?", tanya Profesor itu. Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. 

Masih tidak berpuas hati, Profesor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu.", kata Profesor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" 

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. 

"Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu." 

“Kamu tahu fizik?" 

Profesor itu masih lagi bertanya. Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.

"Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu. Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan." 

Kata Profesor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Profesor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, 

"Kamu tahu berenang?"

Profesor itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." 

Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

Morale of the Story:
Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. 

Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Ada kalanya orang yang kita sangka tidak pandai itu rupanya lebih berjaya dari kita. 

Dia mungkin tidak pandai dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi.

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri, untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan untuk digunakan dan boleh digunakan? 



17 January, 2010

Khasiat Belimbing

Buah Belimbing sesuai untuk mengatasi masalah muntah-muntah dan sakit kepala.



Chinese materia medical ada menyatakan bahawa rebusan buah dan daun belimbing elok diminum untuk mengatasi masalah muntah-muntah. Daunnya diramas dan diletakkan di atas dahi untuk menghilangkan sakit kepala. Sementara pucuk dan daun yang dihancurkan diletakkan di atas cacar dan ringworm (kurap).