31 December, 2019

Poster : Jaga Hubungan dengan Allah

 

poster jaga hubungan dengan Allah

Fokus memperbaiki hubungan kita dengan Allah dan kita akan melihat bagaimana semua masalah yang lain mula diselesaikan juga. 


Ingat, jika kita menjaga hubungan kita dengan Allah, Allah pasti akan menjaga kita. 

30 December, 2019

Light and Motion Putrajaya (LAMPU) 2019

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1RMlbTKNkhck0MtvCJWKW4cZeo3mSmBMU

29hb Disember 2019 | Ahad 
Istana Kehakiman, Putrajaya

Malam tadi kita berkesempatan laa menjejakkan kaki ke sini. Ini adalah acara Light and Motion Putrajaya (LAMPU)  kali yang ke-7 setelah acara berlangsung sejak tahun 2012 lagi. Betui ka?

Tahun depan, 2020 merupakan tahun Jubli Perak, 25 tahun penubuhan Wilayah Persekutuan Putrajaya, agak-agaknya acara LAMPU tahun depan lagi GRAND. 

Tahun ni pun sudah agak menarik dan luarbiasa berbanding biasa tau! Actually kita suka tema kali ni. KEPELBAGAIAN MALAYSIA. Tema ini actually mengetengahkan budaya dan identiti etnik-etnik terbesar di Malaysia. Seriously best! best! best! Cukup-cukup best. 

Walaupun tahun ni, persembahan arca tidaklah sebanyak tahun-tahun sudah. Spot-spot bergambar tu taklah semeriah mana pun, tapi acara LAMPU kali ni memang menarik. Bagai mencuit kenangan lampau kot! Tambah-tambah apabila kita berada di Laman Kg. Melayu. Walawei, terasa tak kurang lebih seperti berada di Kg. Baru, KL gitew!

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1n3I-HkE-By5_bAvduPWapH_TrUpgA-oYhttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1yXtqrJvnYjNooitJ8OYzPBXrxIprhqH9https://drive.google.com/uc?export=view&id=1xRCYAJFvb1vlVQiBxMzh8U9xFunpEEsj

Seiring temanya, KEPELBAGAIAN MALAYSIA, di sini terdapat Laman Kg Melayu, China Town dan Little India Putrajaya. Banyak aktiviti-aktiviti boleh dibuat kat Kg Melayu ni selain banyak giler spot-spot bergambar yang menarik.

Korang jangan lepaskan peluang bergambar di telaga, buaian, tangga rumah Melaka, tempayan, sangkar burung, vespa dan juga gerek. Rugi kalau tak bergambar time-time gini. Tahun depan pastinya tema lain plak la kan.  

Kat China Town pula, ada dua ekor patung singa, pepohon buloh dan pastinya ada juga tanglung. Sinonim dengan komuniti Cina di Malaysia, kan. Berbanding di Little India Putrajaya, korang boleh pakai henna lukis tau. Kalau berkunjung kat Little India ni juga, korang jangan lupa plak nak bergambar dengan burung merak tu. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1ebtuXGc_UJl7nzI9e4Xip_pKV6vhQYImhttps://drive.google.com/uc?export=view&id=15VEfIpfjcFGA-FNRmaLqtV94GeZ8cVcUhttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1M-cYXAzDM7iOrzKFGnifblLrM6_mPogk

Bagi korang yang ada bawak mak ayah yang uzur tu, korang jangan risau, korang ada banyak pilihan untuk meronda-ronda di sini. Korang boleh naik kereta-kereta antik berhias yang korang kena gatih sendiri tau.

Selain tu, korang boleh juga tumpang beca hiasan yang penuh dengan lampu, keretapi ulat bulu, keretapi peluru atau macam-macam pengangkutan yang sememangnya penuh cahaya warna warni. Cuma korang jangan buat-buat lupa plak nak sediakan duit. 

Harganya kita  tak berapa pasti. Actually, kita pada mulanya tak nak naik tetapi tetiber tukar pikiran nak try plak. Sekali pandang.. aik semua sudah abih disewa orang. Adoiiii..memang tak dak rezeki nak gatih kereta berhias.. Jalan kaki je laaa.. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Nukz7Pt2sRi1uN9dnjC64ri4KYdr7qAshttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1XNzI9mIck95RXK-NtZWrrsEJ3TXz3Hv8https://drive.google.com/uc?export=view&id=12ots2caBo6NYFus30ugYA0RDqzNk71W8

Orait, sebelum kita layan tayangan BEAUTIFUL MALAYSIA / KEPELBAGAIAN MALAYSIA, kita jejalan dulu posing-posing dan beli makan apa yang patut. Kan lapar pulak time tayangan selama 30 minit tu. By the way, tayangan GRAND PROJECTION MAPPING SHOW ni ada 4 segmen. Setiap segmen ada waktu rehat selama 10 minit gitu. (berdasarkan pemerhatian kita lah)

Seperti tahun-tahun yang sudah, semakin tengah malam, semakin berpusu-pusu pengunjung LAMPU. Jadinya, nak cari port yang tak de halangan tu kebarangkaliannya memang payahlah. Jadi tips nya jejalan dulu, baru layan.

Actually di antara Menara Tulus dan Menara Ikhlas ada sebuah DOME. Dome tu kalau nak masuk, korang wajib kena bayar. Kata penganjur, ini adalah kali pertama teknologi sebegini berada di Malaysia. Kebiasaannya teknologi canggih ni ada kat luar negara. Macam Singapura tu.

Dalam dome tu, ada banyak sangat aktiviti dan pose-pose yang korang boleh abadikan kat instagram atau fachbuk atau media-media sosial yang lain.

Contohnya lah kan, kalau korang berpakaian casual pada waktu tu, korang boleh jadi, pakai pakaian etnik iban atau dayak tau. Ehhh.. korang jangan salah paham pulak, bukan korang dibo*elkan, tapi itu semua adalah trick dari teknologi canggih tu lah. 

Kalau korang teringin nak masuk la kan, harga tiketnya murah je. Kalau warganegara, RM10, jadi tipsnya korang wajib standby kad pengenalan diri ye. Bagi mak ayah tok nenek oyang ciut semua yang berstatus warga emas tu, RM5. Untuk anak-anak yang ukuran tinggi 100 cm tu, opkos FOC je.

Dome tu memang senang-senang sangat nak cari. Bagi korang yang sukakan kelainan dan keunikan, korang wajib patut sangat TRY. Kalau tak, korang kena pergi SINGAPORE 😂😂😂😂


https://drive.google.com/uc?export=view&id=1wi67qeEcVwsQ6XUNJKBhORmyX6sbSwtChttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1YEw6Gnj3voxYGCwXOVFYJkuTJA-f4sxlhttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1hAXcgQEVtcOKX7S1l-yZA_mC9C-2zSgl

Pasal makan, korang jangan bimbang. Ada bercambah food truck selain food valley dan gerai-gerai buah. Kalau food truck tu, ada di sebelah jalan menghala ke Masjid Putra. Kalau food valley dan fruit stall tu berada di sebelah jalan menghala ke PICC. Kita suka konsep asing-asing macam ni, kalau tak sah-sah sesak wei. 

Kat LAMPU 2019 ni, ada jugak tayangan wayang kulit dan pertunjukan api. Perghh! hebat kot pertunjukan api tu. Pertunjukan api tu ada kat jalan nak menghala ke Masjid Besi atau tepatnya dekat sangat dengan Laman Kg Melayu, Little India Putrajaya dan China Town. Aksi diorang tu, korang wajib patut rakam. Terasa bahang panas semburan api tu! Sooooo ngeri wey!

Tapi lain pulak dengan tayangan wayang kulit tu. Anak-anak kita nganga tak paham dengan loghat kelantan yang sebegitu pekat likat macam kopi O kedai Pok Mat Terey. Duduk tak sampai dua minit, diorang sudah menguap. Isk!

Walaupun kita ni faham loghat kelantan, cuma jalan ceritanya, cerita perang. Kalau cerita Said Ore Gedebe ke, Samad, Said Ngan Wak Yoh Naik Kapal ke, pun OK.. ada jugak lawak kelakarnya kan?  Ini cerita perang zaman dahulu kala plak. Seriousss sangat! Dok kejap, amik-amik pic.. kita pun blah!...ngantuk.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1tsCn8PiC4Bp4iffpSgn8Qdun0Jl9nGMchttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1dbUMUTVGI9ob3Ha_Tt2W9nDhPkywkguEhttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1aDs5kSGjKJFCOuttj2jYhUtgnNuOQmAphttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1Ue1t88VCLwJe6fJcCJWGDaK_EF0ovgyc

Akhirnya, sudah selesai membeli dan cuci mata, jom kita layan GRAND PROJECTION MAPPING SHOW by LAMPU 2019. Bagi yang ada duit lebih tu bolehlah layan sambil berbaring kat atas PILLOW BEAN BAG. View dari situ memang best sangat. Nak merakam pun, sah-sah tak de ganggguan dan pastinya FULL VIEW. Pasal bayarannya, tidak plak kita pasti berapa. Nanti korang datang, korang tanyakan ye!

***
Oklah, selesai sudah review kita tentang PUTRAJAYA LIGHT N MOTION (LAMPU) 2019 yang bertemakan BEAUTIFUL MALAYSIA / KEPELBAGAIAN MALAYSIA yang berlangsung pada 28hb hingga 31hb Disember 2019. Untuk acara ni, kita bagi 8/10 point... BEST! 

Rugi kalau korang lepaskan peluang ni. By the way tema tahun ni adalah bersempena untuk Menyambut Tahun Melawat Malaysia 2020. Pasti ramai laa pelancong datang  ke Malaysia pada tahun depan kan? Tambah plak, Malaysia baru-baru ni dapat Anugerah Destinasi Pelancongan Terbaik Dunia 2018. Kira OK sangatlah tu, lagi ramai pelancong datang, lagi naik laa skit nilai RM kita, kan.. 😘😘😘😘


#spreaDLove #PutrajayaLuarbiasa

03 December, 2019

Kucai dan Pucuk Bunga Betik - Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Ada dua jenis bahan yang sangat baik dimakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi.


Pucuk dan bunga betik

Caranya ialah dengan mencelurkan pucuk dan bunga betik itu hingga masak dan dimakan. 


Ia boleh dibuat kerabu atau dimakan sengan sambal belacan. Rasanya memang sedikit pahit, tetapi amat baik untuk mengubati penyakit darah tinggi.


Daun kucai

Bersihkan secekak daun kucai dan dengan sedikit gula batu, kisar tanpa menggunakan air. Ambil pekatan yang dihasilkan itu dan embunkan semalaman. Kemudian boleh diminum pada sebelah pagi dan sebelum makan. 


Daun kucai amat baik untuk mengurangkan tekanan darah tinggi seperti bunga dan pucuk betik tadi. Amalkan selalu, insya-Allah hasilnya sungguh memuaskan.




02 December, 2019

Poster : Muhasabah Diri

 

Poster  Muhasabah Diri

Jangan cari siapa yang salah, carilah hikmah di setiap musibah




28 November, 2019

Poster : Sabar

poster sabar

 Biar orang sakitkan hati kita, 

satu masa nanti dia akan rasa juga apa yang kita rasa. 

Yang penting sabar.




17 November, 2019

Tiada Tanda Akan Kematian - Ustaz Wadi Anuar


Tiada siapa yang tahu bila dan di mana kita akan mati. Bagaimana dia mati, tengok cara dia menjalani kehidupannya. Jika orang yang melazimi ibadah, insha allah matinya dalam ibadah. 

Banduan akhir sahaja yang tahu bila diorang akan mati. Apabila roh meninggalkan tubuh, roh tidak dibenarkan lagi mengerjakan ibadah. Hanya di dunia sahaja. Di syurga tiada lagi ibadah. 

Jadi, buatlah banyak-banyak di dunia ini segala ibadah, risau ini adalah yang terakhir. 



10 August, 2019

Doa Mustajab Hari Arafah


Saat ini para jemaah haji sedang bersedia untuk melaksanakan salah satu rukun dalam ibadah haji iaitu wukuf di padang Arafah. Detik ini ialah detik yang paling dinanti-nantikan kerana mustajabnya doa yang dipanjatkan. Masya Allah.

Daripada Abdullah bin ‘Amr, bahawa Nabi SAW bersabda:

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

Maksudnya: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.” (HR Tirmizi, hadis hasan)

Usah lepaskan peluang ini untuk menggandakan amal dan doa juga. Walaupun hari Arafah di Malaysia jatuh lewat satu hari berbanding di Mekah, namun tetap masih berada dalam 10 hari awal bulan Zulhijjah yang mana amal soleh di dalam sepuluh hari ini amat dicintai oleh Allah SWT. Berdoalah dan beramallah dengan sungguh-sungguh dalam waktu yang barakah ini. 🤲🏻

Antara zikir dan doa pilihan yang boleh dibaca ialah seperti berikut:

1) ZIKIR NABI SAW SEMASA HARI ARAFAH
Daripada Abdullah bin 'Amr, Rasulullah SAW bersabda, "Sebaik-baik doa adalah doa pada hari 'Arafah dan sebaik-baik apa yang aku dan para nabi sebelumku katakan adalah

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya: "Tiada Tuhan melainkan Allah semata dan tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya lah segala kerajaan dan pujian dan Dialah Maha Menguasai atas segala sesuatu."
(HR Tirmizi, hadis hasan)

🔹 KELEBIHAN MEMBACA ZIKIR INI 100 KALI:
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda :

مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ كَانَتْ لَهُ عَدْلَ عَشْرِ رِقَابٍ وَكُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَمُحِيَتْ عَنْهُ مِائَةُ سَيِّئَةٍ وَكَانَتْ لَهُ حِرْزًا مِنْ الشَّيْطَانِ يَوْمَهُ ذَلِكَ حَتَّى يُمْسِيَ وَلَمْ يَأْتِ أَحَدٌ بِأَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ إِلَّا أَحَدٌ عَمِلَ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ

Maksudnya: "Barang siapa yang membaca

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ'

'Laa ilaaha illallahu wahdahuu laa syariika lahuu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'alaa kulli syai'in qodir'

(Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa tidak ada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala puji dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu)

Sebanyak 100 kali dalam sehari, maka baginya pahala seperti membebaskan 10 ORANG HAMBA, ditetapkan baginya 100 KEBAIKAN dan dijauhkan daripadanya 100 KEBURUKAN dan baginya perlindungan daripada (godaan) syaitan pada hari itu hingga petang dan tidak ada orang yang lebih baik amalnya daripada orang yang membaca doa ini kecuali seseorang yang dapat mengamalkan lebih banyak zikir ini".
(HR Bukhari, hadis sahih)

2) DOA PENYERAHAN DIRI KEPADA ALLAH
Daripada Ali Bin Abi Thalib beliau berkata: Kebanyakan doa yang diucapkan Rasulullah SAW pada hari Arafah di tempat wuquf adalah:

اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ كَالَّذِي نَقُولُ وَخَيْرًا مِمَّا نَقُولُ اللَّهُمَّ لَكَ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي وَإِلَيْكَ مَآبِي وَلَكَ رَبِّ تُرَاثِي اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَوَسْوَسَةِ الصَّدْرِ وَشَتَاتِ الْأَمْرِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا تَجِيءُ بِهِ الرِّيحُ

Maksudnya: “Ya Allah, segala puji bagi-Mu seperti yang kami ucapkan, dan lebih baik daripada apa yang kami ucapkan. Ya Allah, untuk-Mu solatku, ibadah hajiku, hidupku dan matiku. Kepada-Mu aku akan kembali, dan milik-Mu wahai Tuhanku kekayaanku. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada seksaan kubur, keraguan hati, serta kekacauan urusanku. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang dibawa oleh angin.”
(HR Tirmidzi, hadis gharib)

3) SAYYIDUL ISTIGHFAR (PENGHULU ISTIGHFAR)
Daripada Syaddad bin Aus r.a., Rasulullah SAW bersabda:

سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Maksudnya: “Sayyidul Istighfar hendaklah kamu mengucapkan: Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau”. 
(HR Bukhari, hadis sahih)

🔹 KELEBIHAN SAYYIDUL ISTIGHFAR
Nabi Muhammad SAW bersabda:

«وَمَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِيَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ»

Maksudnya: “Barangsiapa yang mengucapkannya (Sayyidul Istighfar) di waktu siang hari serta yakin dengannya, lalu dia meninggal pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga. Dan barangsiapa yang mengucapkannya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga”.
(HR Bukhari, hadis sahih)

4) DOA MEMOHON KEAMPUNAN DARIPADA ALLAH SWT
Abu Bakar as-Siddiq r.a. pernah meminta Nabi Muhammad SAW mengajarkan satu doa kepadanya. Lalu baginda SAW bersabda:

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya: “Ya Allah, sungguh aku telah menzalimi diriku dengan banyak kezaliman dan tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. Maka ampunilah aku dengan sebuah pengampunan dari sisi-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’’ 
(HR Bukhari, hadis sahih)

5) DOA MEMOHON KEAMPUNAN BAGI KEDUA IBU BAPA
Firman Allah SWT:

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.”
(Surah Ibrahim 14: 41)

6) DOA MEMOHON RAHMAT DARIPADA ALLAH SWT
Firman Allah SWT:

رَبَّنَآ ءَامَنَّا فَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَا وَأَنتَ خَيْرُ ٱلرَّٰحِمِينَ

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling Baik.”
(Surah al-Mukminun 23:109)

7) DOA AGAR DITETAPKAN HATI DALAM KETAATAN
Firman Allah SWT:

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan berilah kepada kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.”
(Surah Ali ‘Imran 3: 8 )

8) DOA AGAR DIKURNIAKAN KETURUNAN YANG MENYEJUKKAN MATA
Firman Allah SWT:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعْيُنٍ وَّاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ اِمَامًا

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk mata (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa.”
(Surah al-Furqan 25: 74)

9) DOA AGAR MENJADI HAMBA-NYA YANG SENTIASA BERSYUKUR
Firman Allah SWT:

رَبِّ أَوْزِعْنِىٓ أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَىَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَٰلِحًا تَرْضَىٰهُ وَأَدْخِلْنِى بِرَحْمَتِكَ فِى عِبَادِكَ ٱلصَّلِحِينَ

Maksudnya: “Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.”
(Surah al-Naml 27: 19)

10) DOA DIJAUHI RASA HASAD DENGKI
Firman Allah SWT:

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ
وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya: Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, Sungguh, Engkau Maha Penyantun, Maha Penyayang.
(Surah al-Hasyr 59:10)

Marilah semua, ajak seluruh keluarga dan sahabat untuk sama berdoa dengan penuh sungguh dan harap, mudah-mudahan Allah SWT mendengar setiap rintihan dan rayuan dari para hamba yang sedang meminta kepada-Nya. Allahumma ameen.


Kredit : Asma’ binti Harun



27 March, 2019

7 Petanda Hati Tidak Normal


Kat sini kita nak berkongsi tentang apa yang kita hadapi selepas pemeriksaan darah secara tahunan pada 3/12/2019. Menitik air mata kita masa bila dapat result darah. Timbul penyesalan yang teramat sangat. Sehingga kini, bila sebut je pasal ujian darah, kita risau. Pastinya air mata bergenang di kelopak mata. Memang menyesal sesangat. 


7 tanda-tanda korang kena alert-

1. Biji jerawat yang besar pada leher, pinggang, dada, bahu dan lengan. 
Sangkaan kita mungkin sebab cucian baju yang tak bersih. Sedangkan bukan basuh pakai tangan pun. So kita pastikan selepas mandi sentiasa tukar baju yang bersih.

www.lunaria.com.my
2. Rasa dedar (seakan nak demam)
yang ini kerap kita rasa, sakit-sakit badan dan bisa-bisa. Kadang nak solat pun malas, sebab sakit pada setiap sendi. macam bisa kena demam denggi. Ngilu sangat. Kadang kalau duduk, sekejap je da boleh krem. So, kadang dedar sebab terlalu sakit.

3. Naik ruam gatal
Kalau dulu, kita memang kerap naik ruam. Dalam ruam tu, akan ada air jernih kan. Tapi kali ni, ada macam seakan darah dalam biji-biji ruam tu. dan sekarang kita perhati kan ada yang bernanah.

www.mingguanwanita.my
4. Loya dan mual
Kadang-kadang memang ada rasa mual. Tambah-tambah waktu malam. Rasa nak muntah, tapi tak muntah pun.

5. Letih dan lesu
Kadang tak buat apa-apa kerja berat pun, rasa letih sangat. Kadang-kadang bangkit tidur, pun rasa masih lesu. Macam orang pemalas pulak time tu. Semua kerja tak jalan. Cepat benar letih.. dan rasa tak bermaya

6. Mata atas bengkak, berair dan tak tahan silau
Actually, sebab-sebab di atas tu, kita ingatkan kerana alergi habuk. Tambah plak tempat kerja kita ni, terkurung.
mata bengkak dan tak tahan silau
Dan kita memang tak boleh berada dalam persekitaran berkarpet dan ber ekon. Paling takut, sebab pasti muka kita bengkak. Tapi kali ni, kelopak mata atas yang berair. Jadi kita try le beli indoor plant, as air purifier. atu kat rumah dan satu kat opis. Nampak macam ok skit.


7. Kulit kusam
Yang ni memang ketara, memang takde selera nak tengok muka sendiri.. apatah nak jumpa sesiapa. 

Result Darah Annual Check-up

31/12/2019 
Kita rasa yakin sangat result darah kita cantik. Tak sangka, bila doktor bagi tahu result hati kita pada tahun 2016 adalah 30. Tapi pada kali ni, 196. Mau nya doktor tak terkejut. Kita apa lagi. Memang terkejut badak lah wei. Hati kot!

Then, doktor tanya kita ada amik apa-apa supplemen ker?

1. Jamu Tradisional buatan Thailand
OMG... kita pun teringat lah yang kita ada beli 9 paket jamu payudara buatan Thailand yang masih lagi kita consume. Harganya RM3.90 je, memang terasa kesannya. Itu yang tetap consume. Tapi sekarang tidak lagi.

2. Air Herba Cedokan Google
Gara-gara period tak menentu (hormon) dan terlalu risau pasal isu monopous. Kita cuba amalkan makan Herba Ma****ni. Jamu tu katanya bagus untuk perbetulkan balik period. Memang pada awalnya, macam OK. Tapi lama-lama period jadi tak teratur. Kadang dua bulan tak datang. Kita stop.

www.womenonvawes.org
Bila jumpa doktor, katanya kita perlu amik pil Mercilon. Mungkin ada gangguan pada hormon. Ye kita pernah ingat, ujian quantum pada tahun 2016 mengatakan kita ada kekurangan hormon dalam badan. Hormon apa kita sudah lupa.

www.mingguanwanita.my

Then kita try buat air rebusan yang kita cedok dari google. Kita try buat dan consume selama dua minggu. Memang OK. Period cantik, badan pun terasa panas je. Rasa selesa sangat. Dan kentut vagina pun dah tak de. Lega... 

3. Supplemen 
Kita yakin dengan supplement ni, sebab masa check up darah 2016, result darah kita cantik, bengkak pada mata pun da kurang dan kulit kusam tu dah hilang.

Cuma apabila kita consume dengan jamu payudara dan hasil air rebusan buatan sendiri tu, kelima-lima tanda tu mula jelas kelihatan. Maknanya tubuh kita da alert, sudah kuarkan amaran suruh STOP.

Tambah-tambah pada kelopak mata, bengkak macam orang bangun tidor. Sembab. Kalau tak buat ujian darah, entah apa benda lagi yang kita amik kan... ahahahaha.

Koang boleh baca kisah daripada seorang doktor tentang pesakitnya yang maut akibat sakit hati kronik. Makcik tu consume supplemen dan herba tradisional selama 10 tahun..Maut Kerana Mata Kuning

atau baca artikel ni 9 petanda hati rosak

Ujian Fungsi Hati 

So selepas jumpa doktor, doktor minta amik darah kat makmal untuk pemantauan pada temujanji akan datang pada 4/2/2020.
Ujian fungsi hati untuk menilai tahap kesihatan hati dengan mengukur tahap protein, enzim hati dan bilirubin dalam darah. Terms ni memang kita tak faham. Kita balik dan google.



1. HepB/HepC
Hep tu singkatan untuk Hepatitis
Hepatitis merupakan penyakit radang hati. Istilah ‘hepatitis’ berasal dari perkataan ‘hepar’ (hati/liver) dan ‘itis’ (radang). Hepatitis terjadi akibat daripada pelbagai faktor. Hepatitis boleh disebabkan oleh virus, dadah, alkohol, bahan kimia atau jangkitan virus. Terdapat beberapa jenis virus yang boleh menjangkiti hati dan menyebabkan hepatitis. Ada banyak jenis hepatitis viral, antaranya ialah:

Hepatitis A kerana jangkitan virus hepatitis A.
Hepatitis B kerana jangkitan virus hepatitis B.
Hepatitis C kerana jangkitan virus hepatitis C.
-sumber Apa itu hepatitis

2. AST - Enzim Aspartate Transaminase (AST)

kita tak paham, tapi korang boleh baca di sini Ujian fungsi hati. Kalau kita ada ambil ubat-ubatan tradisional atau makanan tambahan, better buat ujian ni. Kan dah akut atau kronik, memang bermasalah nanti.


3. Ultrasound HBS (Ultrasound Hepatobiliary System)
Selain itu, doktor minta kita buat ultrasound di klinik swasta pada hujung bulan nanti.

Tabung Darah Pecah

2/1/2020
Semalam, kita terima call dari klinik kesihatan, tabung darah kita pecah sebab darah terlalu pekat. So, repeat lagi sekali amik darah. Kali ni, diorang guna jarum yang lebih besar. Katanya kalau guna, jarum yang lebih besar, darah kurang bermasalah. Kita follow jer. Janji result kita OK.

Then.. next appoinment untuk amik darah pada hujung bulan ni.. Then jumpa doktor, kita tengok lah apa result nya nanti. Harap-harap tahap hati kita kembali normal.. 30 pun ok dah kan. Doakan kita yer. Dan hati kita tak de masalah, cuma salah amik jamu je...kan.

#spreaDLove #SihatItuJihad

23 January, 2019

Muhasabah


Kadang-kadang kita tidak suka sesuatu perkara yang berlaku di hadapan kita, tetapi Allah tetap mengizinkan ia berlaku.

Lalu kita marah, menjerit, merajuk, membawa hati dan merungut, sama ada dengan hati mahupun lidah dan juga perbuatan.

Kita terus bertindak mengikut nafsu melebihi akal dan iman. Di saat itu, kita sebenarnya sudah tewas dengan perasaan sendiri.

Perbuatan merengus, mendengus, merungut dan menyalahkan takdir sudah menguasai diri kita, sehingga akal kita yang sihat juga menjadi sakit.


Apabila lapar kita menjerit. Sepatutnya mengambil wudhu. Apabila sedih kita merintih kepada kawan, Sepatutnya mengadulah kepada Allah SWT.


Apabila tertekan kita mendengar muzik, Sepatutnya bacalah Al Quran. Apabila tertipu kita berdendam,

Sepatutnya bersabar.


Apabila kebingungan kita menonton wayang, Sepatutnya berzikir kepada Allah SWT.

Iman yang segar juga sudah mulai layu, hanya kerana kita terlalu melihat dan menghukum dengan nafsu.


Pernahkah kita muhasabah? Kita sebenarnya malu untuk menyemak kesalahan kita dengan Allah. Kita juga lupa melihat dosa-dosa silam kita sehingga Allah menghantar ujian itu untuk menjentik iman kita.

Allah sudah berpesan, kalau kita bersyukur, Allah akan tambahkan nikmat, kalau kita kufur, sesungguhnya azab Allah sangat pedih.

Sentiasalah nasihati diri, agar sentiasa syukur dengan perjalanan hidup. Walaupun belum bahagia atau senang, cubalah cari hubungan dengan Allah.

Hati kita sejuk atau menggigil bila sebut nama Allah. Getaran cinta kita lebih kuat pada Allah atau pada dunia. Itulah nilai iman yang harus kita istiqamah setiap masa.

Adakah teguran manusia pada kita untuk membetulkan jalan menuju Allah, kita pandang dengan remeh?

Atau kita bersyukur kerana ada insan-insan yang Allah gerakkan hati mereka untuk menasihati dan membetulkan kita.

Jika kita rasa lemah, gundah, sedih atau apa sahaja rasa di dalam hati. Mengadulah kepada Allah. Tuhan yang Maha Mendengar. Pasti akan hadirnya rasa tenang, dan akan ditunjukkan jalan keluar. Yakinlah..

Firman Allah yang bermaksud "Sekiranya hambaku bertanya tentang aku, maka ketahuilah bahawasanya Aku sangat dekat, dan Aku akan menjawab sekiranya hambaku memanggil aku."