31 December, 2021

Benar & Menyeramkan : The Human Caterpillar

Lelaki ulat yang pertama

Lelaki Ulat Pertama di Dunia

Prince Randian "The Human Caterpillar" dilahirkan tanpa tangan dan kaki. Beliau telah menjadi pemain sarkas selama 45 tahun dengan menghiburkan orang ramai cara menggulung rokok dan menyalakan mancis menggunakan mulut.


Lelaki Ulat


Dia juga penah muncul dalam filem Freaks 1932 dan juga mempunyai 3 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki. Selain nama The Human Carterpillar, Prince Randian juga dikenali dengan nama Lelaki Bantal, Lelaki Ulat, The Human Torso dan macam-macam lagi. 


Lelaki ulat Prince Radian

perform di sarkas

Hebat ciptaan Allah ni, tiada kaki dan tangan pun tetap ada zuriat. Allah Maha Pencipta. Korang boleh tahu kisah Prince Radian ni di sini Meet the historical Man Who looked like a snake


-Mawar Kuarantin-

Penutup Tirai 2021 (covid19)

30 December, 2021

Benar & Menyeramkan : Ada Jugak Yang Sanggup Makan GORILLA

 


Apa ke benda lah, manusia di Otefe, Nigeria ni macamlah di atas muka bumi yang luas ni tiada menda lain dah nak ditelan, nak diranggah? 

Sakit hati pulak baca artikel ni. 


Ini kalau dah sanggup makan gorilla, komperm-komperm boleh jer telan daging manusia macam tu jer. Isk! Memang takde hati perutlah diorang ni.

makan gorilla


makan gorila


Tetapi, boleh Gorila tu dijadikan makanan?  

Mengikut hukum islam, segala makhluk yang bertaring adalah haram dijadikan makanan. Ditambah plak dengan laporan ni (korang boleh baca kat artikel asal tu ye), mendakwa bahawa segala jenis Gorilla, Cimpanzi dan monyet-monyet tu adalah salah satu punca HIV/AIDS.

Pada tahun 1999, penyelidik menemui strain SIV (dipanggil SIVcpz) dalam cimpanzi yang hampir sama dengan HIV pada manusia. Para penyelidik yang menemui hubungan ini menyimpulkan bahawa ia membuktikan cimpanzi adalah sumber HIV.

Haaa.. sebab itu, umat islam tak makan monyet dan segala spesis seangkatan dengannya. Inilah salah satu sebab adanya larangannya. Korang boleh rujuk pautan Haiwan-haiwan yang haram untuk dimakan dalam islam - artikel dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Wallahu 'alam.





- Mawar Kuarantin - 
Penutup 2021 Covid-19

05 December, 2021

Amalan Kunci Gedung Kekayaan

Ini adalah amalan para orang kaya di zaman Nabi Muhammad saw.


Cukup hanya dengan mengamalkannya dengan ikhlas dan yakin setiap hari selepas solat fardhu, maka dengan izin Allah niscaya rezeki akan mengalir hingga 7 keturunan.


CARA MENGAMALKANNYA


▪️ Bismillahirrahmaanirrahim


▪️Baca Surah Al A'raf ayat ke-96 sambil memahami isi kandungan ayat tersebut.


وَلَوۡ اَنَّ اَهۡلَ الۡقُرٰٓى اٰمَنُوۡا وَاتَّقَوۡا لَـفَتَحۡنَا عَلَيۡهِمۡ بَرَكٰتٍ مِّنَ السَّمَآءِ وَالۡاَرۡضِ وَلٰـكِنۡ كَذَّبُوۡا فَاَخَذۡنٰهُمۡ بِمَا كَانُوۡا يَكۡسِبُوۡنَ‏

 

''Wa law anna ahlal quraaa aamanuu wattaqaw lafatahnaa 'alaihim barakaatim minas samaaa'i wal ardi wa laakin kazzabuu fa akhaznaahum bimaa kaanuu yaksibuun.''

 

''Dan sekiranya penduduk negeri beriman dan bertakwa, pasti Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi ternyata mereka mendustakan (ayat-ayat Kami), maka Kami siksa mereka sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan.''

(Surah Al A'raf ayat ke-96)


Dibaca sekurang-kurangnya tiga kali selepas mana-mana solat fardu setiap hari secara istiqomah dan rasakan manfaat atau khasiat luar biasa dari amalan ini.


Amalkanlah insya Allah semoga Allah akan kabulkan.


Aamiin...🤲




03 December, 2021

Faedah Timun

 Timun 🥒🥒


Timun dapat menghilangkan lingkaran hitam mata, mata bengkak (pastikan anda cukup tidur ya?), mengecilkan rongga kulit dan merawat sunburn. Sangat berguna bagi produk yang berharga RM2 sekilogram.


Cara guna: 

Hanya hiris nipis timun dan letakkan di atas mata.





02 December, 2021

Mutiara Pagi

 Assalamualaikum wbt

🌹 MUTIARA PAGI 🌹

Orang yang sering berasa lebih baik daripada orang lain, adalah orang yang tidak pernah mengenali diri sendiri.


”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, 

kedua ibubapa kami, 

ahli keluarga kami 

serta murahkan rezeki kami, 

berilah kesihatan yang baik kepada kami, 

lanjutkan usia kami, 

kuatkanlah iman kami 

dan berilah keredhaanMu kepada kami.” 

Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.




01 December, 2021

Manfaat Oat, Arang dan Kunyit Untuk Kecantikan Semulajadi

 OAT 

Oat kaya dengan fiber dan sesuai di jadikan face mask.


Cara guna: 

Caranya ambil oat campur dengan madu dan kisar halus. Selepas tu letakkan dimuka selama 15 minit. Amaran: Jangan buat masa lapar nanti oat tu masuk mulut lak.


ARANG 

Peminat kopi dan teh perlu baca betul-betul. Untuk menghilangkan kekuningan gigi amalkan mengosok gigi dengan arang. Arang tersebut akan menyerap kesan kekuningan pada gigi.


Cara guna: 

Caranya mudah aje. Hanya tumbuk arang dengan sedikit garam dan gosok gigi dengan jari (jangan makan tau). 


KUNYIT 

Petua kulit cantik bagi orang India dan Cina banyak menggunakan kunyit sebagai bahan utama. Ianya berfungsi sebagai antiseptik dan scrub muka.


Cara guna: 

Hanya serbuk kunyit dengan susu dan sapu di bahagian muka selama 15 minit. Cuma selepas pakai tu kena sental elok-elok muka tu. Karang tak pasal-pasal jadi macam alien warna kuning.




30 November, 2021

Lidah Buaya atau Aloe Vera untuk Kulit Berparut

Kulit berparut adalah mimpi ngeri setiap wanita. Mujurlah ada lidah buaya yang nenek kita tanam.


Cara guna: 

Hanya potong lidah buaya dan ambil lendir dan sapukan pada parut. Amalkan setiap hari dan sehingga hilang. Murah dan sangat mudah.




28 November, 2021

Poster : Kata-Kata Hikmah

 

Poster Kata-kata hikmat

Jadikanlah 

Yang indah itu budi. 

Yang lembut itu hati.

Yang rapat itu persaudaraan.




23 July, 2021

Kita Sama

Di dalam itu adanya Ceo, Jutawan, Doktor, Jurutera, Ulama, Super rich dan Super poor, Menteri, Orang muda dan kuat, Orang tua dan lemah tubuh, Arabs, Asian, Eropah, African, bergelar dan tidak bergelar. Namun semuanya tidak lagi terlihat bezanya dengan semua berihram menunaikan haji.


Inilah salah satu peringatan haji, kita dilahirkan sama sebagai manusia dan semua punyai peluang rahmat Allah mengikut usaha dan keikhlasan masing-masing. Apa yang dimiliki sementara sahaja dan tanpa diguna dengan betul, ia tiada faedah malah membawa beban di akhirat.


Kredit: Dr. Zaharuddin Abd Rahman




23 January, 2021

Pedoman Untuk Kita - Part 1


“Sebaik-baik rindu itu adalah yang tidak dilafazkan di bibir tetapi disebut di dalam doa”
Perasaan rindu juga fitrah, cuma bagaimana kau nak mengelola hati itu agar tidak hanyut dan lalai, iman kita rapuh jangan sampai ia hancur terabur.❤️🤲


Setiap apa yang terjadi itu datang dari aturan Allah SWT. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita. ❤️🙌

Semoga kita dipertemukan dengan jodoh yang tepat dan baik untuk menjalani hidup hingga syurga Allah. Aamiin..❤️🤲


Kadang-kadang kita tidak pernah faham apa yang Allah cuba aturkan untuk kita. Tidak pernah tahu apa yang Allah sediakan untuk kita dimasa hadapan. Tetapi, percayalah suatu saat kita kena yakin jalan pilihan Allah ini akan indah pada waktunya.


Semoga Allah menjaga hati dan diri kita dari tergelincir ke dalam lembah maksiat. 🥺🤲


Semoga Allah makbulkan segala doa yang kita titipkan. Aamiin..❤️🤲


Sungguh.. Hidup ini dari Allah, dan hidup ini adalah untuk Allah dan kelak akan kembali pada Allah. Jadilah sebaik-baik makhluk yang boleh membuat Allah merasa bersyukur telah menciptakan seorang hamba seperti kita. Aamiin..❤️🤲

Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga dilancarkan jalan hijrah ke arah yang lebih baik. Aamiin..❤️🤲


Jangan tinggal solat! Saling mengingati antara sesama kita.  - Kredit : mieja_ibrahim


Mungkin doa kita tidak dimakbulkan pada harini ini atau masa terdekat. Tapi percayalah pada rezeki Allah doa kita akan dimakbulkan juga satu hari nanti. ✨🤲


"Ingatkan aku satu benda ni. Boleh?"
"InsyaAllah, apa dia?"
"Ingatkan aku tentang Allah. Bila aku terleka, kau tegur."


Semoga dikurniakan circle yang baik dan selalu membimbing ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT. Aamiin..❤️🤲


Jangan menghukumi masa lalu seseorang. Sebab setiap kita pasti mempunyai masa lalu namun tak ada manusia sekalipun dia pendosa, yang tidak mempunyai masa depan apabila Allah berkehendak menuntun hidupnya menjadi lebih baik.

Percayalah.. 
Allah genggam semua doa kita. Lalu lepaskannya satu persatu di saat yang paling tepat. Sangka baik pada Allah. Dia dah susun cantik cantik jalan cerita hidup kita.



Semoga pengakhiran kita baik disisi Allah SWT. Aamiin.. ✨🤲