31 December, 2011

Warna-Warni Sayur dan Buah

warna warni sayur dan buah

Sayur dan buah mempunyai banyak khasiat dan nutrien yang sangat penting untuk tubuh badan kita. Tetapi, tahukah anda yang setiap warna sayur dan buah tu mempunyai khasiat dan nutrien serta fungsi yang tersendiri yang terdiri daripada Lycopene, Anthocyanin, Beta-Karotein, Zeaxanthin #NutritionistKKM 


Pengambilan sayur dan buah yang secukupnya mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia 2020 dapat membantu memberi ketahanan imuniti terhadap badan kita. Oleh itu, mari lah sama-sama kita cukupkan pengambilan sayur dan buah setiap hari.

  • Merah (Lucopene/Lutein) - Mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung seperti cili, buah delima, epal

 

  • Ungu (Anthocyanin) - Meningkatkan sistem ketahanan badan dan daya ingatan seperti anggur, terung, kobis ungu

 

  • Kuning (Beta-Karotein) - Meningkatkan kesihatan mata dan agen anti-penuaan seperti pisang, labu, oren

 

  • Hijau (Zeaxanthin) - Baik untuk pembentukan sel darah merah dan imuniti badan seperti sawi, kailan, kangkung dan semua sayur hijau

 

  • Kelabu/ Putih (Indoles) - Menyokong imuniti badan seperti cendawan, bunga kobis



 


11 September, 2011

Owh Malaysiaku!



JANGAN TOLAK KEMUNGKINAN MALAYSIA BOLEH JADI NEGARA KRISTIAN. SEJARAH MEMBUKTIKAN DEMIKIAN...

Apa dah jadi kepada Filipina?
Dulunya Manila diperintah oleh Raja Sulaiman. Mindanao diperintah oleh Sultan Muhammad Kabungsuwan. Sekarang dah jadi negara Kristian. Disamping puluhan agama lagi di dalamnya.

Apa dah jadi kepada Vietnam?
Dulu namanya kerajaan Melayu Islam Campa (Panduranga, Kauthara, Vijaya, Inderapura, Simhapura). Sekarang dah jadi negara Buddha. Orang Malaysia tak tahu pun Vietnam tu dulu kerajaan Melayu Islam.

Apa jadi kepada Thailand?
Sebahagiannya dulu wilayah Melayu Islam dan tempat lahir ulamak Islam Nusantara. Sekarang dah jadi negara Buddha. Orang Melayu dah tak reti cakap Melayu dan tak tahu tulisan jawi. Budak sekolah rendah Melayu dah percaya bahawa Kedah/Kelantan adalah asal Thailand yang dijajah oleh Malaysia.

Apa dah jadi kepada Singapura?
Dulunya diberi nama Temasek, tempat berdagang pelbagai rumpun Melayu. Tempat berlabuh sultan-sultan Melayu Riau Lingga. Sekarang jadi negara apa entah. Anak kita kat Johor pun tak tahu Singapura negeri Melayu Islam dulunya.

Apa pula akan jadi kepada Pulau Batam dan banyak lagi wilayah di Indonesia? Bukan ke gerakan Kristianisasi di sana dah masuk gear 5?

Jadi apa mustahilnya Malaysia adalah sasaran seterusnya?

Depa acah kita dengan isu kalimah Allah. Ada dah sikit-sikit orang Melayu yang murtad. Depa tuntut perlembagaan yang halang penganut agama lain sebar agama depa pada orang Islam dimansuhkan. Depa minta anak-anak lahir takde status agama. Kita berlonggar depa ke depan lagi. Kita mati dalam iman, tapi cucu cicit kita belum tentu lagi.

Sedikit sikap hazar (berhati-hati) lebih baik dari selamba selamanya.

Tulisan :
Ustaz Fauzi Asmuni



06 August, 2011

Berjaya Dengan Solat


Baiklah, faktor rahsia kemenangan, kejayaan dan kejuaraan atau erti kata sama makna dengan berjaya hanya ada satu sahaja, iaitu solat.

Ingat, dengan solat kita akan dapat super duper punya kejayaan. Bukan kejayaan yang biasa-biasa.

Pada zaman Sultan Muhammad Al Fateh berjaya menakluki Kota Konstantinopel dengan solat tahajjud. Hebatkan?? Ingat, tak berguna amalan sunat sekiranya solat 5 waktu tidak dijaga.

Solat itu ibarat tiang-tiang di rumah kita. Amalan yang lain ibarat bumbung rumah. Tiang runtuh bumbung pun runtuh juga. Betapa pentingnya solat untuk dijaga.

Lagi satu kehebatan solat hanya pada agama kita sahaja, Islam. Solat kita ini terlampau bernilai di sisi Allah. Kita jaga solat, Allah jaga kita.

Apabila amalan kita naik ke atas ketika itulah solat akan mendoakan kepada tuannya sama ada kebaikan atau keburukan berdasarkan cara pelaksanaan solatnya.

"Semoga Allah menjaga kamu sebagaimana engkau menjaga aku".

Itu doa bagi orang menjaga solat dengan khusyuk dan hadir hati dalam solat. 2 aspek ini begitu penting supaya Allah menerima solat kita. Itu yang sepatutnya difikir, adakah solat aku diterima??

"Semoga Allah membiarkan kau sebagaimana kau membiarkan aku".

Lagi dahsyat kalau amalan kita mendoakan keburukan. Amalan kita akan berjumpa dengan pencipta kita. Solat orang begini akan mendapat azab yang pedih. Ingat, solatlah elok-elok jangan cincai-cincai.

Solat kunci kejayaan kita. In shaa Allah janji Allah itu pasti. Quran dah merakamkan firman Allah dalam surah Al Mukminun. Ingat tak?? tak tahu... haah balik buka quran baca yeee.

Lagi satu "berjaya" nya seseorang itu telah digambarkan dalam surah Al Mukminun pada ayat 10 dan 11.

Firman Allah SWT,
"Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi (10). Mereka mewarisi syurga Firdaus, dan mereka kekal di dalamnya (11)."

Lagi beruntung apabila kita menjaga solat dengan khusyuk dan tawaduk in shaa Allah, Allah memilih kita untuk masuk syurga FIRDAUS. Syurga ni bukan sebarangan sangat mahal nilainya.

Apatah lagu syurga FIRDAUS!! The top first of heaven.

Kredit Twitter : atulmimpimika
Buku : Mudahnya Menjemput Rezeki 2



06 July, 2011

10 Tips Rumah Tangga Kekal hingga ke Syurga


Suami isteri jangan berhenti bercinta dalam menjalani rumah tangga. Cuba amalkan ini sama-sama 👇🏻👇🏻

1. Tidur satu selimut.

2.Minum dari gelas yang sama.

3.Suami sering mencium isteri. Hati isteri akan jadi lebih lembut dan mendengar kata.

4. Mandi bersama-sama. Kebersihan lebih terjaga. Mandi bersama bukanlah hal yang perlu dimalukan dalam rumahtangga.

5. Suami bantu isteri buat pekerjaan rumah. Kalau tak larat sangat, bantu buang sampah dan kutip baju di ampaian pun dah ok sangat.

6. Belai isteri sebelum tidur.

7. Tetap romantis walaupun isteri sedang haid. Rasulullah pernah tidur di pangkuan Aisyah ketika Aishah sedang haid.

8. Beri hadiah pada pasangan. Suami beri pada isteri, isteri beri pada suami.

9. Membawa isteri jalan-jalan untuk ketenangan. Duduk di rumah menjalani rutin yang sama berhari-hari menyebabkan isteri tekanan.

10. Pesan pada diri rumahtangga yang didirikan adalah untuk beribadah. Jadikan pasangan sebagai ladang kumpul pahala.

Moga kekal bersamanya hingga ke Syurga. Amin.❤️

Kredit : Kelab Wanita Ibu Isteri Malaysia



01 June, 2011

Dia Mak Kita


Mak tu,
Walau mulutnya marah, tapi hatinya tidak.

Mak tu,
Walau dia kata lantaklah kamu, tapi otaknya masih fikirkan hal kamu.

Mak tu,
Walau dia kata taknak makan sudah, tapi sedar-sedar lauk kegemaran kamu ada kat atas meja.

Mak tu,
Walau dia kata kamu buat salah kamu tanggung sendiri, tapi dia yang tak tidur malam fikirkan masalah kamu, tahu-tahu dia yang bagi jalan untuk kamu selesaikan masalah kamu.

Mak tu, 
Walau dia kata kamu jahat, degil, sampai dia penat bagi nasihat, tapi dalam setiap solatnya ada doa untuk kamu.

Mak tu,
Walau kamu dah ada keluarga sendiri, tapi dia masih risaukan kesihatan kamu.

Mak tu,
Walau kamu dah besar panjang dan tinggal jauh darinya, tapi dia masih gembira jika dapat masakkan dan sendukkan nasi ke pinggan anak-anaknya.

Mak tu,
Walau katanya dia dah tua nak rehat tak nak masak dah, tapi dialah paling sibuk memasak apabila tahu anaknya nak balik makan.

Mak tu,
Walau nampak dia letih, tapi hatinya paling gembira bila lihat anaknya makan masakannya dengan penuh selera.

Mak tu,
Walau mulutnya kata dia ok, tapi hatinya Allah je yang tahu.

Mak tu, 
Walau dia makin tua makin lupa, tapi dia tak pernah lupa janji anak-anaknya.

Mak tu,
Walau dia kelihatan tenang dikala kamu sedang susah, tapi dialah yang sebenarnya paling sedih.

Mak tu,
Walau dia kelihatan kuat, tapi dialah paling lemah apabila anaknya susah.

Mak tu,
Walau dia cakap dia tak suka apa yang kamu buat, tapi dalam diamnya dia cuba mengikut apa yang kamu mahu.

Mak tu,
Tiada gantinya walau berapa harta yang kita ada. Tiada gantinya walau dia buruk atau miskin. Tiada gantinya walau siapapun kamu. Tiada gantinya walau kau dapat mak angkat, mak mertua atau mak apapun yang dilihat jauh lebih sempurna, namun Mak kita takkan pernah sama dengan sesiapa. Sebab dia mak kita... 

DIA MAK KITA~

Sayangilah mak sementara dia masih ada. Kerana doanya tiada hijab. Hilanglah satu rahmat apabila Mak kembali kepada Pencipta-Nya.😢😢😔😔😔

Kredit : FarizalRadzali

12 May, 2011

Ajal Itu Dekat


Apa yang kita mahu belum tentu apa yang Allah redha. Namun bila buat apa yang Allah redha kita akan jadi apa yang perlu kita jadi. Sampai bila mahu bertangguh? Ajal bukan semakin menjauh, Malaikat Maut takkan sesaat pun bertangguh!

Firman Allah SWT:
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ
Al-A’raf: 34

Maksudnya: “Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan). Maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka kemudiankan dan tidak pula dapat mereka dahulukan walau sesaat pun.”

Kain Kafan Sedang Ditenun
Keranda Sedang dipaku
Meniti Hari Meniti Tahun
Kematian Yang Semua Kan Bertemu

Kredit : @ustazahasmaharun



15 April, 2011

Hidup Ini Indah


@Petuadankesihatan

Perlu apa mencari salah
Diri sendiri harus beralah
Mendidik diri bukan mudah
Kerana Iblis tak pernah kalah
Usah dipinta hidup yang mudah

Tapi..
Mohonlah hati yang tabah
Kerana ujian hidup adalah fitrah
Kesabaran itu indah
Kemarahan itu pemusnah

Sungguh..
Memang tak mudah
Melawan godaan cukup payah
Perlukan pengorbanan untuk berubah
Hidup di dunia sebagai khalifah
Hanya menumpang di bumi Allah

Laksanakan setiap perintah
Agar kehidupan lebih berkah
dijauhkan dari segala musibah
dan dikurniakan rezeki melimpah
serta dibukakan pintu Raudhah 

Namun...
Jika hati mudah goyah
Segalanya pasti punah
Selalulah bermuhasabah
Semoga diberikan hidayah
agar tergolong umat yang solehah

Sentiasa akur dan pasrah
jangan pernah berkeluh kesah
tatkala dirimu lemah
disaat hidupmu susah
kerana nasib boleh diubah

dan...
perancangan Allah tak pernah salah 
jangan pernah mengalah 
sentiasalah cuba beralah
yakin dan percayalah

tawakal dan redhalah
syukur dan pasrah
berserah serta berdoa pada Allah
pasti akan ada hikmah

ujian dan musibah itu adalah anugerah
hadapilah dengan tabah
hanya kesabaran menjadikan ia indah



10 March, 2011

Al-Quran Sahabat Karib


Kepada sesiapa di antara kita yang pernah terbayang-bayang yang matahari akan terbit dari sebelah barat seperti mana yang diberitahu oleh Nabi Muhammad SAW  sejak 1400 tahun yang lalu...

Sekarang scientists sudah tahu bagaimana ia boleh berlaku. Scientists sudah lama membuat kajian terhadap Marikh yang mana arah pusingannya sama seperti Bumi. 

Tetapi sekarang ini Marikh sudah berpusing mengikut arah yang berlawanan dan matahari terbit di sebelah barat Marikh. Ini dinamakan sebagai Retrograde Motion dan ianya berlaku di seluruh planet dan Bumi adalah yang seterusnya!

Allah telah berfirman yangg apabila matahari terbit dari sebelah Barat, pintu KEAMPUNAN akan ditutup. Tiada lagi doa taubat yang akan diterima. Maknanya sudah  tak lama lagi ia akan berlaku.

  1. Jangan bazirkan masa untuk movies, muzik, hiburan dan lain-lain. 
  2. Luangkanlah lebih banyak masa dengan membaca dan mempelajari AL-QURAN dan HADIS. 
  3. SOLAT lima waktu
  4. Ajarlah anak-anak kita tentang Islam, ia akan menguntungkan kita di alam BARZAKH nanti..
ISLAM ialah agama yang indah dan ALLAH sudah mempermudahkannya untuk kita melalui kesayangan kita, NABI MUHAMMAD SAW. 
  • Adakah kita sudah bersedia dengan KEHIDUPAN SELEPAS MATI? 
  • Adakah kita sudah bersedia untuk berjumpa dengan ALLAH pada hari PEMBALASAN?
  • Ingat kita bersendirian pada hari tersebut.
  • Pernah kita terfikir apa yang akan terjadi kalau kita anggap/layan Al-Quran sebagaimana kita layan handphone kita?
  • Bagaimana pula kalau kita sentiasa membawanya ke mana sahaja kita pergi di dalam beg kita dan juga di dalam poket kita?
  • Bagaimana pula kalau kita membaca muka surat Al-Quran, beberapa kali dalam masa sehari?
  • Bagaimana jika kita berpatah balik untuk mengambil Al-Quran tersebut jika kita terlupa hendak mengambilnya?
  • Bagaimana jika kita anggap/layan Al-Quran itu macam kita tak boleh hidup tanpanya?
  • (Memang betul, kita tak boleh hidup tanpanya!)
  • Bagaimana jika kita hadiahkan Al-Quran kepada anak-anak atau kawan-kawan kita sebagai hadiah?
  • Bagaimana jika kita membacanya sambil berjalan/bercuti ✈?
  • Bagaimana jika kita menjadikannya sebagai satu kepentingan setiap hari??

 

Jadikan logo kita :

"Al-Quran, sahabat karibku ..."

Fikir walaupun sekali, pada hari PEMBALASAN kelak, kita akan sedar setiap hari kita membaca message daripada kawan-kawan, kita share/forward lawak jenaka dan gossips tapi berapa kali kita membuka Al-Quran dan membaca segala pesanan yang disampaikan oleh Allah Subhaanahu WaTa'aala ☝.

Secara saintifik terbukti :
  • Mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran dapat mengurangkan kelaziman sel kanser di dalam badan kita dan malah mampu memusnahkannya.
  • Bersujud lama boleh menguatkan memori dan mengelakkan stroke.

Syaitan berkata, 
"Aku tertanya-tanya bagaimana  manusia ini boleh mengaku bahawa mereka cinta kepada Allah ☝tetapi mengingkari-Nya, dan mereka juga mengaku bahawa mereka benci kepada aku tetapi mereka patuh pula kepadaku?"



 

05 February, 2011

Doa


Abaikan mereka yang membenci anda. Hidup adalah tentang kebaikan diri sendiri, bukan tentang kekejian hati mereka. Jangan berharap segalanya menjadi lebih mudah, tetapi berharaplah segalanya menjadi lebih baik.


*_”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami. *Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.”




27 January, 2011

Ketika Pintu Syurga Terbuka



Jaga-jaga lima waktu,
Semuanya cepat berlalu,
Zohor Asar Maghrib Isyak dan Subuh.

Berkerja dan berusaha,
Jangan lupakan ibadah,
Malam tahajud, pagi dhuha.

KETIKA PINTU SYURGA MASIH TERBUKA  DI RUMAHMU, SEGERALAH MASUK, JANGAN SAMPAI KEBURU TERTUTUP.

Saya menziarahi seorang kawan yang kematian ibunya yang selalu dijaganya selama ini, dia berbisik kepada saya sewaktu bersalaman, 

"Telah hilang pintu syurga di rumah saya."

Saya hanya mengucap takziah dan menyantuninya dengan nasihat untuk mengikhlaskan dan bersabar.

Apa maksud ucapannya pintu syurga di rumahnya telah hilang?
Ini adalah satu perkataan orang yang berilmu dan orang yang mengetahui. Apa yang disebut oleh kawan saya ini pernah disebut oleh seorang tabi’in Iyas bin Mu’awiyah yang menangis tersedu-sedu ketika meninggal salah seorang dari orang tuanya.

Ketika ditanya pada beliau, “Mengapa engkau menangis sedemikian rupa?"

Maka beliau menjawab, “Aku tidak menangis kerana kematian, sebab yang hidup pasti akan mati. Akan tetapi yang membuat aku menangis karena dahulu aku memiliki dua pintu ke syurga, tetapi hari ini tertutuplah satu pintu dan tidak akan dibuka lagi sampai ke hari kiamat. Aku memohon kepada Allah Taala agar aku boleh menjaga pintu syurga yang kedua."


Apa yang disebut oleh Iyas ini adalah berkaitan dengan sabda Rasulullah SAW diriwayatkan  dari Abu Darda RA, Rasulullah SAW bersabda:

الْوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ فَإِنْ شِئْتَ فَأَضِعْ ذَلِكَ الْبَابَ أَوِ احْفَظْهُ
"Orang tua (ibu dan ayah) adalah pintu syurga yang paling tengah. Kamu boleh mensia-siakan pintu itu atau kamu menjaganya."
- HR. Ahmad 28276, Turmudzi 2022, Ibn Majah 3794, dan dihasankan oleh Syuaib al-Arnauth.

Jadi kedua ibu bapa kita adalah ibarat pintu syurga bagi setiap anak, dengan maksud jika kita berkhidmat dan berbuat baik kepada kedua-duanya, maka Allah akan memberi ganjaran syurga, tapi barangsiapa yang mensia-siakan peluang ini, akan terlepaslah peluangnya untuk menuju ke syurga.

Bahkan mereka itu celaka. Rasulullah SAW bersabda, "Celaka, celaka, celaka."

Lalu ditanyakan kepada Baginda, "Siapa (yang celaka) wahai Rasulullah ?"

Maka Baginda bersabda, "Sesiapa saja yang menjumpai kedua orang tuanya, samada salah satu atau kedua-duanya di kala mereka lanjut usia, akan tetapi (perjumpaan tersebut) tidak memasukkannya ke syurga" -HR. Muslim.

Jadinya usahlah kita semua mensia-siakan peluang pintu syurga yang ada di rumah, lebih-lebih lagi jika usia kedua-dua orang tua telah lanjut, melangkahlah ke pintu syurga itu dengan berbuat kebaikan kepada kedua-duanya sebelum kita meninjau keluar untuk mencari syurga yang lain.

Jangan abaikan pintu syurga yang dilekatkan dan Allah kurniakan melalui ibu bapa di rumah kita. 

Dalam hidup ini, Allah membuka banyak kesempatan untuk dapat munuju ke  syurga, sedarlah untuk merebutnya,  jangan sampai lalai sehingga kita tidak boleh merebutnya.

Kemudian Allah mengambil balik satu demi satu peluang ini, maka tertutuplah satu demi satu kesempatan emas untuk ke syurga melalui pintu ketaatan kepada ibu bapa kita.

Mereka yang lalai dengan dunianya tidak akan terasa apa-apa dengan tertutupnya pintu syurga untuknya, tetapi mereka yang mengetahui, akan melihat wafatnya ibu atau bapa bagaikan tertutupnya pintu syurga di rumahnya.

Santunilah ibu bapa dan mertua ketika mereka masih ada, sementara pintu syurga di rumah masih terbuka.