31 December, 2008

Tomato, Epal Licinkan Kulit

Bagi mereka yang kulitnya berminyak, berjerawat ataupun mempunyai kesan parut, cubalah petua mudah ini. 


Parut sebiji epal atau sebiji tomato yang cukup masak. Kemudian gosoklah perlahan-lahan pada wajah dan leher. Kandungan gelatin pada tomato boleh menghilangkan kehitaman dan parut baru. 


Biarkan 20 minit, barulah  dicuci wajah anda dengan air suam. Lakukan berulang-kali dan anda akan dapat hasil memuaskan.




25 December, 2008

Teruskan Membuat Kebaikan

 

Jangan terus-terus tenggelam dalam kesedihan dan kegelisahan. Senyumlah untuk menjemput kebahagiaan, jangan menunggu bahagia baru tersenyum.

Membina semula nama baik yang telah tercalar adalah satu kerja yang amat sukar dan memerlukan tenaga yang kuat.

"Ya ุงู„ู„ู‡, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.”




02 December, 2008

Bengkak Gusi

Gusi bengkak boleh diatasi dengan mencuba petua ini. 

  • Petua Pertama

Ambil 5 helai daun jarak, satu liter air bersih dan sesudu besar air kapur sirih. Rebuskan ramuan ini dan minum airnya.


  • Petua kedua 

dengan mengambil umbut nanas. Hancurkan dan campurkan sedikit garam halus. Tampalkan pada gusi yang bengkak.




15 November, 2008

17 Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah


1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a
Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan; 
“Ya Allah jadikan hatiku bersih”
 
2. Selawat keatas Nabi Muhammad SAW paling minima 100 kali sebelum tidur
Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
 
3. Solat taubat
Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
 
4. Membaca Al-Quran 
Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang dan terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3 kali.
 
5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari
Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
 
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif 
Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah; "Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)"
 
7. Program minda/cuci minda 
Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata dan katakan di dalam hati;  

“Ya Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif.”

Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).
 
8. Berpuasa
Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
 
9. Cuba ingat tentang mati 
Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
 
10. Kekalkan wuduk
 
11. Bersedekah
 
12. Belanja orang makan
 
13. Jaga makanan
Jangan makan makanan yang subhah.
 
14. Berkawan dengan ulama
 
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
 
16. Pesan pada orang, jadi baik
 
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut dan sebagainya)
Jangan dengar orang mengumpat.๐Ÿ’ซ



 

30 October, 2008

10 Khasiat Buah Aprikot


1. Melegakan Sembelit
Penyelidikan yang terdapat dalam World Journal of Gastroenterology menunjukkan aprikot kaya dengan serat dan dikatakan amat baik untuk membantu melancarkan pergerakan usus. Disebabkan itu jugalah buah aprikot amat disyorkan buat mereka yang mengalami masalah sembelit dengan kerap.

2. Menguatkan Tulang
Buah aprikot dikatakan mengandungi hampir kesemua mineral yang diperlukan untuk pembentukan tulang seperti kalsium, fosforus, mangan, besi dan tembaga. Sebab itu jugalah dengan memakan aprikot dikatakan mampu memastikan pertumbuhan dan pembentukan tulang dengan sihat. Ia juga dikatakan mampu mencegah masalah tulang berkaitan usia seperti osteoporosis.

3. Memperbaiki Kesihatan Jantung
Memakan buah aprikot dikatakan cara terbaik untuk melindungi jantung daripada pelbagai penyakit termasuklah atherosclerosis, serangan jantung dan stroke.  Semua ini berikutan dengan kandungan vitamin C, potassium dan serat pemakanan yang ada dalam buah aprikot menyumbang kepada kesihatan kardiovaskular.

4. Memperbaiki Metabolisme
Tahap cecair di seluruh tubuh bergantung sepenuhnya pada dua mineral iaitu potassium dan sodium. Kandungan tinggi potassium dalam aprikot telah dikaitkan dengan kemampuan mengekalkan keseimbangan cecair dalam tubuh, sekaligus memastikan tenaga dibahagi-bahagikan dengan sempurna pada organ-organ dan otot-otot.

5. Melegakan Sakit Telinga
Minyak aprikot dikatakan baik untuk sakit telinga. Dengan menitikkan beberapa titisan minyak pada lubang telinga yang bermasalah dikatakan mampu melegakan masalah tersebut. Menurut saintis, kehadiran antioksidan dalam minyak pati aprikot dikatakan bertangungjawab dalam melegakan sakit telinga.

6. Melegakan Demam
Jus aprikot dikatakan boleh diberikan kepada mereka yang mengalami demam kerana ia menyediakan vitamin, mineral, kalori dan air yang diperlukan tubuh. Pada masa yang sama ia mampu menyahtoksik pelbagai organ tubuh.

7. Mengurangkan Keradangan
Sifat antikeradangan yang terdapat dalam buah aprikot dikatakan mampu memberi kesan pada suhu keseluruhan tubuh ketika dalam keadaan sakit. Pesakit arthritis dan gout dikatakan boleh memakan buah aprikot jika mereka mahu mengurangkan keradangan pada bahagian tubuh mereka.

8. Membantu Merawat Anemia
Aprikot mengandungi besi dan tembaga yang dikatakan mampu membantu dalam pembentukan haemoglobin. Ini menyebabkan buah aprikot baik dimakan untuk membantu dalam merawat anemia.

9. Merawat Masalah Kulit
Minyak aprikot dikatakan baik untuk penjagaan kulit kerana ia mengandungi vitamin A. Ia mudah meresap pada kulit dan memastikan kulit tidak rasa berminyak sebaik disapu. Selain mampu digunakan untuk mengekalkan kulit halus dan bersinar, ia dikatakan juga mampu memperbaiki sejumlah penyakit kulit termasuklah ekzema, kegatalan, kudis buta dan masalah kerengsaan.

10. Melegakan Simptom-Simptom Asma
Minyak aprikot dikatakan mengandungi sifat-sifat antiasma secara semulajadi dan dikatakan mampu membantu memberi kelegaan terhadap penyakit dan simptom-simptom asma. Minyak patinya dikatakan mengandungi perangsang dan agen meningkatkan perembesan bronkial.

 


Banyak khasiat buah aprikot ni, rasanya pun sedap sangat๐Ÿ˜‹ samada kering ataupun fresh.



11 September, 2008

8 Jenis Rezeki Dari Allah


1.Rezeki Yang Telah Dijamin
‎ูˆَู…َุง ู…ِู† ุฏَุงุจَّุฉٍ ูِูŠ ุงู„ْุฃَุฑْุถِ ุฅِู„َّุง ุนَู„َู‰ ุงู„ู„َّู‡ِ ุฑِุฒْู‚ُู‡َุง ูˆَูŠَุนْู„َู…ُ ู…ُุณْุชَู‚َุฑَّู‡َุง ูˆَู…ُุณْุชَูˆْุฏَุนَู‡َุง ูƒُู„ٌّ ูِูŠ ูƒِุชَุงุจٍ ู…ُّุจِูŠู†ٍ
"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya." (Surah Hud : 6)

2. Rezeki Karena Usaha
‎ูˆَุฃَู† ู„َّูŠْุณَ ู„ِู„ْุฅِู†ุณَุงู†ِ ุฅِู„َّุง ู…َุง ุณَุนَู‰
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya." (Surah An-Najm : 39)

3. Rezeki Karena Bersyukur
‎ู„َุฆِู† ุดَูƒَุฑْุชُู…ْ ู„َุฃَุฒِูŠุฏَู†َّูƒُู…ْ ูˆَู„َุฆِู† ูƒَูَุฑْุชُู…ْ ุฅِู†َّ ุนَุฐَุงุจِูŠ ู„َุดَุฏِูŠุฏٌ
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu." 
(Surah Ibrahim : 7)

4. Rezeki Tak Terduga
‎ูˆَู…َู† ูŠَุชَّู‚ِ ุงู„ู„َّู‡َ ูŠَุฌْุนَู„ ู„َّู‡ُ ู…َุฎْุฑَุฌًุง( ) ูˆَูŠَุฑْุฒُู‚ْู‡ُ ู…ِู†ْ ุญَูŠْุซُ ู„َุง ูŠَุญْุชَุณِุจُ
"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya." (Surah At-Thalaq : 2-3)

5. Rezeki Karena Istighfar
‎ูَู‚ُู„ْุชُ ุงุณْุชَุบْูِุฑُูˆุง ุฑَุจَّูƒُู…ْ ุฅِู†َّู‡ُ ูƒَุงู†َ ุบَูَّุงุฑًุง ( ) ูŠُุฑْุณِู„ِ ุงู„ุณَّู…َุงุกَ ุนَู„َูŠْูƒُู… ู…ِّุฏْุฑَุงุฑًุง
"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.” (Surah Nuh : 10-11)

6. Rezeki Karena Menikah
‎ูˆَุฃَู†ูƒِุญُูˆุง ุงู„ْุฃَูŠَุงู…َู‰ٰ ู…ِู†ูƒُู…ْ ูˆَุงู„ุตَّุงู„ِุญِูŠู†َ ู…ِู†ْ ุนِุจَุงุฏِูƒُู…ْ ูˆَุฅِู…َุงุฆِูƒُู…ْ ุฅِู† ูŠَูƒُูˆู†ُูˆุง ูُู‚َุฑَุงุกَ ูŠُุบْู†ِู‡ِู…ُ ุงู„ู„َّู‡ُ ู…ِู† ูَุถْู„ِู‡ِ
"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya." (Surah An-Nur : 32)

7. Rezeki Karena Anak
‎ูˆَู„َุง ุชَู‚ْุชُู„ُูˆุง ุฃَูˆْู„َุงุฏَูƒُู…ْ ุฎَุดْูŠَุฉَ ุฅِู…ْู„َุงู‚ٍ ู†َّุญْู†ُ ู†َุฑْุฒُู‚ُู‡ُู…ْ ูˆَุฅِูŠَّุงูƒُู…ْ
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.” (Surah Al-Israa' : 31)

8. Rezeki Karena Sedekah
‎ู…َّู† ุฐَุง ุงู„َّุฐِูŠ ูŠُู‚ْุฑِุถُ ุงู„ู„َّู‡َ ู‚َุฑْุถًุง ุญَุณَู†ًุง ูَูŠُุถَุงุนِูَู‡ُ ู„َู‡ُ ุฃَุถْุนَุงูًุง ูƒَุซِูŠุฑَุฉً
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.” 
(Surah Al-Baqarah : 245)



20 August, 2008

Air Rebusan Untuk Cuci Rahim


Air rebusan untuk cuci rahim selepas period
Banyak khasiat. Boleh diamalkan sebulan sekali dah cukup untuk segarkan badan, buang angin dalam badan.   

Bahan-bahan:
~ Halia besar ibu jari 
~ Kunyit besar ibu jari 
~ Daun pandan 3 helai 
~ Serai 4-5 batang 
~ Madu atau gula batu  

Cara cara membuat :  
1) Serai diketuk 
2) Halia dan kunyit dihiris jangan terlalu nipis 
3) Air 3 cawan 
4) Campur dan rebus dengan bahan bahan yang lain tadi sehingga mendidih  

* Jika nak hilangkan keputihan boleh tambah daun sireh 2 helai  
* Jika nak ketatkan miss V, tambahkan sebiji manjakani.  
* Boleh diminum sejuk sejuk ataupun suam-suam. Ikut pada tahap kesukaan masing masing.  

Anak dara juga boleh amalkan minuman ni sebulan sekali. In shaa Allah badan jadi segar, rasa ringan jer.  Selamat mencuba semua ๐Ÿ˜Š  

Credit : Ct Arfan Amir



11 July, 2008

Kisah Seorang Tua


Sebuah teksi berhenti di belakang kereta isteri saya yang menghantar saya untuk rawatan. Driver teksi keluar mengambil wheelchair kerana orang tua yang dibawanya tak berupaya berjalan.

Saya tolong menyorong ke dalam dan duduk di sebelahnya. "Saya tengok Tuan Haji selalu dihantar oleh teksi, tak ada anak ke?" Soal saya memula bicara.

"Isteri dah meninggal. Anak dah kerja dan dah kahwin, tinggal berasingan. Saya tak mahu suruh anak hantar kerana saya takut mereka berdosa kerana menolak, memberi alasan, atau menghantar dengan macam-macam perasaan. Biarlah saya upah teksi."

Dia diam sejenak. Saya dah bersedia mendengar luahan hatinya.

"Sekarang saya sedar, kita bela anak untuk menyenangkan hidupnya. Jangan mengharap untuk menyenangkan hidup kita."

Dia mula mengesat air mata. 

"Dosa berkata uuh! pun sudah cukup besar pada seorang anak, inikan pula menolak, memberi alasan dan bermuka masam bila diminta sesuatu. Biarlah, saya anggap saya sudah menamatkan tugas memelihara mereka. Biarlah mereka merenangi hidup tanpa diganggu."

Allahuakbar! Saya pula yang menitis air mata.

Kata-katanya benar-benar meredupkan hati saya. Bukan tak pernah menolak permintaan ayah, bukan tak pernah memberi alasan untuk tidak menunaikan permintaannya, bukan tak pernah bermasam muka dengannya.

Ya Allah!

Orang tua ini bukan sahaja berjaya menunaikan tanggungjawabnya, tetapi melakukan lebih lagi dengan mengelak anak-anak terjerumus dosa.

Ayah dan emak siapa juga akan mengorbankan seluruh kudrat yang ada demi kesejahteraan anak yang lahir bukan atas paksaan tetapi naluri yang Tuhan jadikan. Jauh di sudut hati mereka mengharapkan anak-anak tempat bergantung di hari tua. 

Tetapi bagai dikata oleh orang tua yang saya temui, akhirnya apabila zaman berubah, ramai anak yang terlupa, yang teralpa apabila sibuk mengejar dunia, ada anak yang hilang pertimbangan antara bapa yang telah tak berupaya serta membebankan dengan dunia yang perlu dihambat!

Bapa yang baik akan meneruskan pengorbanannya seperti orang tua yang saya ceritakan, sehingga akhir hayatnya.

Berhentilah memberi alasan kepada ibu dan bapamu kerana mereka tak pernah memberi alasan untuk memenuhi permintaanmu kecuali apabila mereka benar-benar tidak berupaya!!

Al-Fatihah kepada ibubapa kita samada yang masih hidup atau telah meninggal dunia. Aamiin.



11 June, 2008

Waktu Fisiologi Tubuh Berfungsi


๐Ÿ•”5 - 7 pagi
Waktu di mana usus besar bekerja. Mesti disiplinkan diri untuk buang air besar dalam waktu ini. Jika tak, penyakit akan berkumpul.

๐Ÿ•–7 - 9 pagi
Wajibkan diri untuk bersarapan. Jika tak, metabolisma badan akan turun mendadak. Sebab tu kadang-kadang orang bersarapan lewat lepas pukul 9, berat badan naik mendadak walaupun makan sekali sehari!

๐Ÿ•˜9 - 11 pagi
Organ limpa bekerja. Elakkan makan dalam waktu ini.

๐Ÿ•š11 - 1 petang
Jantung bekerja secara optimum. Elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika. Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini.

๐Ÿ•1 - 3 petang
Usus kecil bekerja. Sebaiknya buang air besar kali kedua dalam waktu ini.

๐Ÿ•’3 - 5 petang
Pundi kencing bekerja. Sebaiknya buang air kecil dalam waktu ini.

๐Ÿ•”5 - 7 petang
Ginjal bekerja secara optimum. Elakkan badan terlalu dehydrated. Banyakkan minum air dalam waktu ini.

๐Ÿ•–7 - 9 malam
Perikardium bekerja. Elakkan makan makanan yang berat pada waktu ini.

๐Ÿ•˜9 - 11 malam
Waktu terbaik utk berehat dan tidur.

๐Ÿ•š11 - 1 pagi
Hempedu bekerja. Elakkan makan, berat badan akan naik mendadak.

๐Ÿ•1 - 3 pagi
Hati bekerja untuk singkirkan toksik. Elakkan berjaga. Sering berjaga pada waktu ini berpotensi untuk kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik untuk deep sleep.

๐Ÿ•’3 - 5 pagi
Peparu bekerja. Bagi pesakit asma, elok amalkan bangun pada waktu ini. Peparu menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi. Ibadah solat sangat digalakkan waktu ini.




27 May, 2008

7 Mahkota Dunia Akhirat

(1) MAHKOTA ZIKIR
ู„ุงَ ุฅِู„َู‡َ ุฅِู„ุงَّ ุงู„ู„َّู‡ُ ูˆَุญْุฏَู‡ُ ู„ุงَ ุดَุฑِูŠูƒَ ู„َู‡ُ ، ู„َู‡ُ ุงู„ْู…ُู„ْูƒُ ูˆَู„َู‡ُ ุงู„ْุญَู…ْุฏُ ูˆَู‡ُูˆَ ุนَู„َู‰ ูƒُู„ِّ ุดَู‰ْุกٍ ู‚َุฏِูŠุฑٌ

(2) MAHKOTA TASBIH
ุณُุจْุญَุงู†َ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุจِุญَู…ْุฏِู‡ِ ุนَุฏَุฏَ ุฎَู„ْู‚ِู‡ِ، ูˆَุฑِุถَุง ู†َูْุณِู‡ِ، ูˆَุฒِู†َุฉَ ุนَุฑْุดِู‡ِ، ูˆَู…ِุฏَุงุฏَ ูƒَู„ِู…َุงุชِู‡ِ

(3) MAHKOTA DO'A
ุฑَุจَّู†َุง ุงุٓชِู†َุง ูِูŠ ุงู„ุฏُّู†ْูŠَุง ุญَุณَู†َุฉً ูˆَูِูŠ ุงู„ْุงุٓฎِุฑَุฉِ ุญَุณَู†َุฉً ูˆَู‚ِู†َุง ุนَุฐَุงุจَ ุงู„ู†َّุงุฑِ

(4) MAHKOTA ISTIGHFAR
ุงَู„ู„َّู‡ُู…َّ ุฃَู†ْุชَ ุฑَุจِّู‰ ู„ุงَ ุฅِู„َู‡َ ุฅِู„ุงَّ ุฃَู†ْุชَ ุฎَู„َู‚ْุชَู†ِู‰ ، ูˆَุฃَู†َุง ุนَุจْุฏُูƒَ ูˆَุฃَู†َุง ุนَู„َู‰ ุนَู‡ْุฏِูƒَ ูˆَ ูˆَุนْุฏِูƒَ ู…َุง ุงุณْุชَุทَุนْุชُ ، ุฃَุนُูˆุฐُุจِูƒَ ู…ِู†ْ ุดَุฑِّ ู…َุง ุตَู†َุนْุชُ ، ุฃَุจُูˆุกُ ู„َูƒَ ุจِู†ِุนْู…َุชِูƒَ ุนَู„َูŠَّ ، ูˆَุฃَุจُูˆุกُ ุจِุฐَู†ْุจِู‰ ูَุงุบْูِุฑْ ู„ِู‰ ، ูَุฅِู†َّู‡ُ ู„ุงَ ูŠَุบูِุฑُ ุงู„ุฐُّู†ُูˆุจَ ุฅِู„َّุง ุฃَู†ْุชَ

(5) MAHKOTA PERLINDUNGAN
ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„ู‡ِ ุงู„َّุฐِูŠْ ู„ุงَ ูŠَุถُุฑُّ ู…َุนَ ุงุณْู…ِู‡ِ ุดَูŠْุฆٌ ِููŠ ุงْู„ุฃَุฑْุถِ ูˆَู„ุงَ ِููŠ ุงู„ุณَّู…َุงุกِ ูˆَู‡ُูˆَ ุงู„ุณَّู…ِูŠْุนُ ุงْู„ุนَู„ِูŠْู…ُ

(6) MAHKOTA PERISAI BENCANA
ู„َุง ุฅِู„َٰู‡َ ุฅِู„َّุง ุฃَู†ْุชَ ุณُุจْุญَุงู†َูƒَ ุฅِู†ِّูŠ ูƒُู†ْุชُ ู…ِู†َ ุงู„ุธَّุงู„ِู…ِูŠู†َ

(7) MAHKOTA PENENANG HATI
ู„َุง ุญَูˆْู„َ ูˆَู„َุง ู‚ُูˆَّุฉَ ุฅِู„َّุง ุจِุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ْุนَู„ِูŠِّ ุงู„ْุนَุธِูŠْู…ِ




20 April, 2008

What U Give U Get Back More - Rezeki@Nikmat


Rezeki datang dari pelbagai arah dalam pelbagai bentuk dan tak kira masa. 
Masa yang kita terasa lapang sangat sampai kita boleh bersantai-santai dengan family itu REZEKI. Rasa tenang jiwa tanpa ada rasa sakit hati dan dengki apatah lagi iri hati dengan sesiapa juga REZEKI.
  • Rasa bahagia itu juga REZEKI
  • Anak itu REZEKI
  • Ramai kawan REZEKI
  • Duit lagi-lagilah REZEKI
  • Makanan dari jiran sebelah pun REZEKI.
  • Kadang-kala manusia ini tak berfikir punca dan asbab murah REZEKI.
Mungkin kerana anda murah senyuman, murah tenaga membantu sesiapa saja, murah memberi pada yang memerlukan.

Mungkin kerana REZEKI yang sedikit anda berbagi-bagi (keluar sikit masuk melimpah). Asbab bersedekah mungkin, REZEKI masuk bertalu-talu. Jangan terlalu berkira. Sungguh REZEKI Allah itu masyaAllah LUAS sangat.

Aturan Allah itu indah, apa yang diberi terima apa adanya. Fikir baik-baik, Insha Allah dapat yang baik-baik.

WHAT U GIVE U GET BACK MORE.
Nikmat mana lagi yang kita nak dustakan.



14 March, 2008

Cuci Darah, Turunkan Asid Urik dan Hilangkan Sakit Lutut

๐ŸŒฑHerbal Tea (cara orang Thai)  
1) Detox darah 
2) Reduce uric acid 
3) Hilangkan sakit lutut  

Ramuan ini adalah untuk sakit lutut berpunca dari kelembapan di lutut dan sendi-sendi lain seperti siku, pergelangan tangan, kaki dan jari-jari tangan dan kaki.   

Bahan: 
๐ŸŒฑSerai 4-5 batang 
๐ŸŒฑDaun pandan 2-3 helai 
๐Ÿ’ฆAir 2 liter   

 ❤ Rebus semua bahan hingga mendidih dan tutup selama 15 minit dengan tudung periuk tertutup. 

❤ Tutup api dan biarkan sebentar. 

Minum lepas 15 minit, masa masih suam, minum sepanjang hari. Akan membuat kencing lawas, jadi jangan minum 2 jam sebelum tidur.  
❤ Ulangi buat teh ini dan minum untuk tempoh seminggu dan lihat perubahannya, insha Allah. 
 
✅Ada banyak sebab kenapa sakit lutut, selalunya akibat berat badan berlebihan.
✅Kelembapan yang kita panggil reumatism yang menyebabkan artritis dan kurang cecair lutut akibat panas. 
✅Kelemahan di buah pinggang dan aliran darah yang tak lancar akibat blocking di lutut. 
 
Kita berusaha, Allah yg menyembuhkannya.  


Kredit: 
Puan Sara Saad  Wansu Cu 
23 June 2020



12 February, 2008

Ketumbar Untuk Pembuluh Darah yang Sihat


Mengatasi penyempitan pembuluh darah dengan cara semulajadi menggunakan ketumbar. 
  • Sering mengalami kesemutan?.
  • Sering menguap walaupun sudah cukup tidur?
  • Sering terasa kebas-kebas kaki tangan?
  • Sering migrain?
  • Sering sesak nafas?
  • Sering terasa malas?
  • Sering terasa tiba-tiba burem (kabur)?
Baiklah jika kita mengalami salah satu dari keluhan di atas, Ana Mahabu tuliskan mana tahu dapat membantu masalah anda. Caranya kita gunakan ketumbar biji : 
  • 2 sudu teh ketumbar masukkan ke dalam gelas.
  • Siram dengan air mendidih.
  • Biarkan selama 20 minit. 
  • Tapis dan minum. 

 Sebelum ini pun kita tahukan khasiat ketumbar biji. Sebelum kita ketahui apa manfaat ketumbar kita lihat dulu ciri-ciri penyumbatan darah dan darah beku

* Kulit pucat.
* Kesemutan di jari tangan atau kaki. 
* Mati rasa atau kebas di anggota-anggota tubuh (misalannya tangan dan kaki).
* Mengalami kekejangan. 
* Sakit kepala. 
* Badan terasa tidak seimbang. 
* Penglihatan kabur atau sebahagiannya hilang. 

Manfaat lain dari ketumbar. 
  • Meningkatkan kesihatan tulang
  • Membantu masalah alergi kulit
  • Membantu meredakan sariawan (radang mulut)
  • Melancarkan peredaran darah
  • Menurunkan kolestrol jahat 
  • Menjernihkan penglihatan
  • Membantu wanita dalam meringankan sakit ketika haid
Alhamdulillah setelah minum air ketumbar banyak perubahan yang saya rasakan menjadi sakit kepala kesemutan pun dah ok.  


Nak minum ikut keperluan badan masing-masing.  Ana Mahabu minum 1 hari sekali. Selama seminggu. Kalau ada penyakit eloklah diamalkan tiap hari hingga sembuh. Kalau untuk jaga kesihatan seminggu 3 kali dah memadai.

Ana Mahabu



02 January, 2008

PENTING! Untuk Peringatan Kita Semua


 ✅ PENTING - Utk peringatan kita semua..

TEKANAN DARAH BP tinggi
120/80 - Normal
130/85 - Normal (Kawalan)
140/90 - Tinggi
150/95 - Terlalu Tinggi

PARAS GULA
3.7- Hipo (gula rendah)/Hyper
4.0 - Normal
5.0 - Normal (kawalan)
5.7 - Tinggi
6.0 - 7.0 - Terlalu Tinggi
Jika bacaan gula terlalu tinggi, awas anda bakal stroke.

DENYUTAN NADI
72 per minit (standard)
60 - 80 p.m. (Biasa)
40 - 180 p.m. (tidak normal)

SUHU BADAN
98.4°F = 36.8°C (Normal)
99.0°F = 37.2°C ke atas (Demam)

Serangan Jantung dan Minum Air Panas
Ini adalah artikel yang sangat baik. Bukan sahaja mengenai air suam selepas makan, tetapi mengenai Serangan Jantung. 

Orang Cina dan Jepun minum teh panas dengan makanan, bukan air sejuk, mungkin sudah tiba masanya kita mengamalkannya tabiat minum air panas semasa makan. 

Bagi mereka yang suka minum air sejuk, artikel ini boleh digunakan untuk anda. Ia sangat memudaratkan untuk minum air semasa makan. Kerana, air sejuk akan menguatkan barangan berminyak yang anda baru sahaja makan. Ia akan perlahankan penghadaman. 

Apabila enapcemar ini bertindak balas dengan asid, ia akan rosak dan menjadi lebih cepat diserap oleh usus daripada makanan pepejal. Ia akan merangkumi usus. Tidak lama lagi, ini akan menjadi lemak dan membawa kepada kanser. Lebih baik minum sup panas atau air suam selepas makan.

Kentang goreng dan burger adalah musuh kesihatan jantung terbesar. Coke selepas itu memberi lebih kesan yg lebih buruk. Elakkan mereka.

Untuk Jantung & Kesihatan Anda
Minum satu gelas air suam apabila sebelum anda hendak tidur mengelakkan pembekuan darah pada waktu malam untuk mengelakkan serangan jantung atau strok.

Ahli kardio berkata, jika semua orang membaca mesej ini dan menghantarnya kepada 10 orang, anda boleh yakin bahawa kami akan menyimpan sekurang-kurangnya satu nyawa.

Bergembira dan nikmati hidup.
๐Ÿ’‰ KUMPULAN DARAH YG SERASI

Jenis Darah Serasi
O- boleh menerima O-
O+ boleh menerima O+, O-
A- boleh menerima A-, O-
A+ boleh menerima A+, A-, O+, O-
B- boleh menerima B-, O-
B+ boleh menerima B+, B-, O+, O-
AB- boleh menerima AB-, B-, A-, O-
AB+ boleh menerima AB+, AB-, B+, B-, A+, A-, O+, O-

 Ini adalah mesej penting yang dapat menyelamatkan nyawa! Kehidupan boleh diselamatkan.


KESAN AIR
๐Ÿ’Kami tahu air adalah penting tetapi tidak pernah tahu mengenai perkara itu waktu khas anda perlu minum. 

Adakah anda?
๐Ÿ’ฆ Minum air di masa yg betul. ⏰Memaksimumkan keberkesanan pada badan manusia;
  • 1 gelas air 1 minit selepas bangun - ๐Ÿ••⛅ membantu aktifkan organ-organ dalaman.
  • 1 gelas air 30 minit ๐Ÿ•ง sebelum makan - membantu penghadaman.
  • 1 gelas air sebelum mandi ๐Ÿšฟ - membantu menurunkan tekanan darah anda.
  • 1 gelas air sebelum pergi tidur - ๐Ÿ•™ menghindari stroke atau serangan jantung.
Semoga info ini memberi manfaat kepada anda semua. Selamat beramal cara hidup yang sihat.
SEMOGA BERMANFAAT๐ŸŒน