Keturunan yang Berbakti Kepada Ibu


gambar dari tafsirq.com
Berbakti kepada kedua orang tua iaitu perintah Allah SWT dan RasulNya. Terutama kepada ibu yang telah mengandungnya dengan susah payah, melahirkannya dengan memepertaruhkan nyawa, kemudian menyusui sampai kenyang, yang kadang-kadang menjadikannya sakit kerana itu.

Selepas itu merawatnya dengan penuh kasih sayang dan kesabaran, rela berjaga malam demi anaknya, memerhatikan makanannya, mengubatinya ketika sakit, dan mendampinginya siang dan malam.

Oleh kerana itu, orang tua berhak untuk dihormati dan ditaati, di samping taat kepada Allah SWT.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, ia berkata;

Ada seorang lelaki yang taat beribadah kepada Allah SWT, rajin sembahyang, dan tekun beribadah di tempat ibadahnya. Lelaki soleh dan ahli ibadah itu bernama Juraij. Pada suatu masa, Juraij dipanggil oleh ibunya. Ketika itu, Juraij tengah melaksanakan sembahyang (sembahyang sunat).

Juraij mendengar panggilan itu, dan di dalam hatinya Juraij berkata;

"Ya Allah, ibuku memanggil. Apakah aku harus membatalkan atau meneruskan sembahyangku?"

Kemudian Juraij menetapkan dalam hatinya untuk meneruskan sembahyangnya. Dia berfikir, nanti sahaja selepas sembahyang dia akan menemui ibunya. Ternyata ketika Juraij tidak menjawab panggilan ibunya, si ibu berasa diabaikan, tidak dihormati, dan tidak dihargai oleh Juraij sehingga si ibu marah dan berdoa;

"Ya Allah, janganlah engkau wafatkan Juraij kecuali dia terfitnah oleh wanita"

Selepas itu, datang seorang wanita yang mengembalakan kambing ke tempat Juraij melaksanakan ibadah. Wanita itu mengajaknya berbuat zina. Tentu sahaja ajakan wanita itu ditolak oleh Juraij. Beberapa lama kemudian, wanita itu mengandung dan melahirkan sehingga orang bertanya;

"Wahai wanita, anak siapa ini?"

Wanita itu menjawab;

"Dia adalah anak Juraij."

Lalu orang marah. Mereka pergi ke tempat ibadah Juraij dan merobohkannya. Juraij bertanya;

"Ada apa ini?"

Mereka menjawab;

"Kamu telah berzina dengan wanita ini dan melahirkan seorang anak hasil perzinaan"

Mendengar jawapan itu, Juraij berasa difitnah. Kemudian Juraij bertanya kepada bayi yang masih kecil;

"Wahai bayi, katakanlah siapa ayahmu?"

Bayi itu menjawab;

"Ayahku adalah seorang pengembala kambing"

Mendengar perkara itu, orang meminta maaf kepada Juraij dan membina tempat ibadah daripada emas, tetapi ditolak oleh Juraij. - Hadis Riwayat Bukhari

- Imam Bukhari, Sahih Al-Bukhari, 1206, 1427H/2006M : 162

Post a Comment

0 Comments