gambar dari tafsirq.com |
Nabi Lut AS yang mengingatkan kaumnya yang melakukan kekejian. Kaumnya tinggal di satu kawasan yang dikenali dengan Sadum. Mereka mengetahui bahawa perbuatan mereka ialah perbuatan keji. Lelaki menyukai lelaki lain. Mereka tidak menyukai perempuan.
Perbuatan mereka ini ialah perbuatan yang melampaui hukum manusia. Perbuatan mereka pada zaman ini lebih dikenali homoseksual. Tatkala Nabi Lut mengingatkan mereka kerana mereka telah melakukan perbuatan yang belum pernah dilakukan oleh umat terdahulu, Nabi Lut memberi amaran azab Allah SWT yang akan menimpa mereka.
Allah SWT pun menghukum mereka dan menyelamatkan Nabi Lut AS dan keluarganya kecuali isterinya. Isterinya termasuk orang yang dihancurkan oleh Allah SWT bersama kaumnya. Ketika Allah SWT akan menghancurkan kaum Nabi Lut AS, Dia mengutus 3 malaikan iaitu Jibrail, Mikail dan Israfil untuk menjadi tetamu ke rumah Nabi Ibrahim AS terlebih dahulu, kemudian menjadi tetamu Nabi Lut AS.
Ketika para malaikat itu menjadi tetamu ke rumah Nabi Lut, Nabi Lut bimbang akan keselamatan mereka. Padahal mereka ialah malaikat yang menjelma menjadi manusia. Akan tetapi Nabi Lut belum mengetahuinya.
Kebimbangan ini muncul kerana kaumnya menyukai lelaki sedangkan ketika itu malaikat Jibrail, Mikail dan Israfil menjelma menjadi manusia lelaki. Nabi Lut pun menyembunyikan kedatangan tetamunya tersebut.
Tetapi isterinya sendiri yang malah mengkhabarkan kedatangan tetamu itu kepada kaumnya sehingga mereka mendatangi rumah Nabi Lut. Inilah kesalahan yang dilakukan oleh isterinya sehingga ketika Allah SWT menghukum mereka, isterinya termasuk yang dihukum.
Mereka dihukum dengan cara ditenggelamkan ke dalam bumi. Bumi menjadi terbalik, yang di dasar bumi naik ke atas. sedangkan yang di atas terbenam ke dalam bumi. Para malaikat membalikkannya. Tempat itu pun berubah menjadi tasik yang tidak elok baunya dan airnya tidak boleh digunakan.
- Ibnu Hajar, Syarh Sahih Bukhari, Juz 10, 2000 : 161
Kisah kemungkaran kaum Nabi Lut boleh dibaca di sini... Kisah Nabi Luth dan Misteri Laut Mati
0 Comments