Daripada Amr bin Syuaib, daripada ayahnya daripada datuknya, ia berkata,
Sesungguhnya ada seorang wanita datang menemui Nabi SAW wanita itu membawa seorang anak perempuannya. Di tangan anak perempuan itu ada dua gelang besar yang terbuat daripada emas. Kemudian Nabi SAW bertanya,
"Apakah kamu mengeluarkan zakatnya?"
Wanita itu menjawab;
"Tidak."
Nabi SAW bertanya;
"Sukakah kamu apabila Allah SWT memakaikan gelang kepada dua tanganmu dengan gelang yang diperbuat daripada api nanti pada hari akhirat?"
Lalu wanita itu melepaskannya dan memberikannya kepada Nabi SAW sambil mengatakan bahawa kedua gelang tersebut iaitu sedekah bagi Allah SWT dan Nabi SAW - Hadis Riwayat Abu Daud
Dalam riwayat yang hampir sama, daripada Amr bin Syuaib, daripadanya ayahnya, daripada datuknya, ia berkata;
"Sesungguhnya dua orang wanita menemui Nabi SAW, sedangkan di tangan kedua wanita itu terdapat dua utas gelang yang terbuat daripada emas. Kemudian Nabi SAW bertanya kepada kedua-duanya;
"Apakah kalian menunaikan zakatnya?"
Keduanya menjawab;
"Tidak"
Kemudian Nabi SAW bertanya kepada keduanya;
"Sukakah kalian jika Allah SWT memakaikan gelang kepada kalian nanti pada hari kiamat dengan gelang yang diperbuat daripada api?"
Keduanya menjawab;
"Tidak"
Lalu Nabi SAW berkata;
"Tunaikanlah zakatnya.""
Hadis tersebut menerangkan kewajipan menunaikan zakat emas dan perak, walaupun keduanya adalah perhiasan yang dipakai oleh wanita. Nabi SAW tidak melarang wnaita memakai perhiasan yang terbuat daripada emas, melainkan emas yang dipakainya mesti telah mencapai nisabnya untuk dibayarkan zakatnya.
Hadis tersebut mengancam kaum wanita yang memakai perhiasan daripada emas, namun belum mencapai nisab, dan ia tidak membayar zakatnya, dengan amaran akan dimasukkan ke dalam neraka. Bahkan ia bukan hanya dimasukkan ke dalam neraka, melainkan ada selepas tambahan baginya, iaitu gelang api yang akan dipakaikan oleh Allah SWT dikedua tangannya.
Bersyukurlah kerana dengan pemberitahuan Nabi SAW, wanita dan anaknya tidak masuk ke dalam neraka dan terbebas daripada amarannya.
- Muhammad bin Abdur Rahman bin Abdur Rahim, Al-Mubarakfuri, Tuhfatul Ahwazi, Juz 2 : 171
0 Comments