21 Petua Gerenti Anda Suka Tentang Pandan


Kenal tak pokok ni?
Namanya pokok pandan. Bagi orang kampung setiap rumah ada je tanaman ni. Selain kegunaannya sebagai penambah aroma kepada makanan dan penggunaan lainnya, pokok  ini banyak juga khasiat kepada kesihatan.

Sekadar petua saja bukan gerenti jadi, sapa suka cuba boleh je dan tak suka abaikan.

Antaranya :
Menurunkan darah tinggi
Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira kira setengah gelas saja. Minum airnya.

Mengubati lemah saraf
Ambil 3 daun pandan. Cuci bersih kemudian dipotong-potong. Rebus dengan 3 gelas air hingga tersisa 2 gelas saja. Setelah suam, minum ramuan tersebut dua kali sehari tiap pagi dan petang  masing masing satu gelas setiap kali minum.

Mengatasi lemah syahwat
Selain digunakan sebagai ubat lemah saraf, daun pandan juga berkhasiat untuk mengubati lemah syahwat pada lelaki. 

Ambil sehiris halia, sekeping kulit kayu manis, beberapa biji halba, tiga daun pandan. Cuci bersih dan potong kecil kecil. Rebus dengan empat gelas air hingga tersisa dua gelas. Minum ramuan tersebut dua kali sehari setiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum. 

Menurunkan bacaan gula
Ambil akar yang terjuntai beberapa batang, cuci bersih, rebus dan buat minuman pagi segelas dan petang segelas.

Mencuci kewanitaan
Rebus daun pandan, daun inai, daun sirih, buah manjakani dan sikit garam. Setelah suam buat cuci kewanitaan.

Merawat gaut
Ambil tujuh helai daun rebus dari air lima gelas hingga jadi dua gelas. Setelah suam bolehlah minum. Segelas pagi dan segelas petang. Buat setiap hari. 

Menghilangkan bau badan
Blender daun pandan dengan limau. Gosok-gosok pada badan, ketiak dan kemudian sabun serta bilas. Buat beberapa kali.

Matikan kuman dalam darah
Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.

Menurunkan kolesterol
Selain menurunkan tekanan darah tinggi, mengamalkan minum air rebusan daun pandan akan menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.

Mengatasi sembelit
Rebus daun pandan dan minum airnya.
Melembutkan daging
Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.

Buka selera makan
Sehari 2 gelas minum air rebusan daun dapat membuka selera makan.

Makanan tidak cepat basi 
Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.

Merawat rambut
Kisar 10 helai daun pandan yang segar dan campur dengan 100ml santan kelapa tua. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 30 minit. Basuh kepala dengan air atau syampu.

Melicinkan kulit
Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.

Rawat resdung, jeragat dan jerawat gajah
Blender daun bersama buah limau, kemudian sapu pada muka. Setelah itu dibilas bersih. Boleh juga bahan ini dicampur dengan bedak sejuk. Tampal tebal-tebal apabila dah kering gosok gosok dengan sapu tangan dan kemudian dibilas dengan air suam.

Pewangi alami 
Ikat atau potong daun pandan kecil-kecil ke dalam bekas dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah untuk bau atau sebagai penghalau lipas semulajadi.

Merawat susah tidur
Ambil daun pandan, jemur kering, digunting kecil kecil, masukkan dalam bantal. Maksudnya sebagai ganti kekabu atau kapas. Masukkan juga jintan putih dan jintan manis. 

Pewarna asli 
Kisarkan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman.

Buang angin dalam badan
Rebus 3 helai daun bersama dengan sehiris halia serta seketul gula batu dan diminum suam.

Mengecutkan rahim 
Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.



©

Post a Comment

0 Comments