Rezeki datang dari pelbagai arah dalam pelbagai bentuk dan tak kira masa. Masa yang kita terasa lapang sangat sampai kita boleh bersantai-santai dengan family itu REZEKI. Rasa tenang jiwa tanpa ada rasa sakit hati dan dengki apatah lagi iri hati dengan sesiapa juga REZEKI.
- Rasa bahagia itu juga REZEKI
- Anak itu REZEKI
- Ramai kawan REZEKI
- Duit lagi-lagilah REZEKI
- Makanan dari jiran sebelah pun REZEKI.
- Kadang-kala manusia ini tak berfikir punca dan asbab murah REZEKI.
Mungkin kerana anda murah senyuman, murah tenaga membantu sesiapa saja, murah memberi pada yang memerlukan.
Mungkin kerana REZEKI yang sedikit anda berbagi-bagi (keluar sikit masuk melimpah). Asbab bersedekah mungkin, REZEKI masuk bertalu-talu. Jangan terlalu berkira. Sungguh REZEKI Allah itu masyaAllah LUAS sangat.
Aturan Allah itu indah, apa yang diberi terima apa adanya. Fikir baik-baik, Insha Allah dapat yang baik-baik.
WHAT U GIVE U GET BACK MORE.
Nikmat mana lagi yang kita nak dustakan.
0 Comments