17 Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah


1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a
Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan; 
“Ya Allah jadikan hatiku bersih”
 
2. Selawat keatas Nabi Muhammad SAW paling minima 100 kali sebelum tidur
Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
 
3. Solat taubat
Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
 
4. Membaca Al-Quran 
Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang dan terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3 kali.
 
5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari
Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
 
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif 
Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah; "Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)"
 
7. Program minda/cuci minda 
Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata dan katakan di dalam hati;  

“Ya Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif.”

Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).
 
8. Berpuasa
Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
 
9. Cuba ingat tentang mati 
Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
 
10. Kekalkan wuduk
 
11. Bersedekah
 
12. Belanja orang makan
 
13. Jaga makanan
Jangan makan makanan yang subhah.
 
14. Berkawan dengan ulama
 
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
 
16. Pesan pada orang, jadi baik
 
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut dan sebagainya)
Jangan dengar orang mengumpat.💫



 

Post a Comment

0 Comments