Perlu apa mencari salah
Diri sendiri harus beralah
Mendidik diri bukan mudah
Kerana Iblis tak pernah kalah
Usah dipinta hidup yang mudah
Tapi..
Mohonlah hati yang tabah
Kerana ujian hidup adalah fitrah
Kesabaran itu indah
Kemarahan itu pemusnah
Sungguh..
Memang tak mudah
Melawan godaan cukup payah
Perlukan pengorbanan untuk berubah
Hidup di dunia sebagai khalifah
Hanya menumpang di bumi Allah
Laksanakan setiap perintah
Agar kehidupan lebih berkah
dijauhkan dari segala musibah
dan dikurniakan rezeki melimpah
serta dibukakan pintu Raudhah
Namun...
Jika hati mudah goyah
Segalanya pasti punah
Selalulah bermuhasabah
Semoga diberikan hidayah
agar tergolong umat yang solehah
Sentiasa akur dan pasrah
jangan pernah berkeluh kesah
tatkala dirimu lemah
disaat hidupmu susah
kerana nasib boleh diubah
dan...
perancangan Allah tak pernah salah
jangan pernah mengalah
sentiasalah cuba beralah
yakin dan percayalah
tawakal dan redhalah
syukur dan pasrah
berserah serta berdoa pada Allah
pasti akan ada hikmah
ujian dan musibah itu adalah anugerah
hadapilah dengan tabah
hanya kesabaran menjadikan ia indah
0 Comments