Persediaan Family Road Trip Ke Hatyai, Thailand - 14 hingga 16 Mac 2015

Rasa da tak sabar betul nak mulakan road trip ni. 

Apa-apa pun meh sini Melati kongsikan beberapa perkara penting sebelum memulakan perjalanan ni. 

Jom kita mulakan dengan;  

Dokumen : 


1. Passport dan salinannya. Pastikan tarikh tamat passport enam (6) bulan sebelum

2. Lesen Memandu dan salinannya

3. Surat Kebenaran Membawa Kenderaan (sekiranya geran atas nama orang lain)

4. Borang Arrival & Departed diambil semasa membeli insurans kenderaan 

5. Borang Kastam yang diberikan semasa pendaftaran kenderaan di Pos Kastam Thailand kat border, simpan dokumen tersebut elok-elok dan jangan sesekali misplaces taw. Nanti tak pasal-pasal kena denda **RM2000 semasa check-out nanti.

6. Sesalinan Geran Kereta 

7. Road Map Checkpoint - koordinasi lokasi

8. Insuran kenderaan (keluar negara) 

9. Matawang Thai Baht secukupnya - fuel, makan, souvenir, fees entrance, fare dan shoppin

10. Aktifkan ATM Card, Debit/Credit Card. Manalah tau emergency case tak cukup duit

11. Sediakan tips RM1 atau RM2 semasa check-in/check-out kat Pos Imigresen Thailand* 

12. International/Local simkad untuk internet

* Tidak semua Pos Imigresen Thailand amik tips 


Keperluan Diri :


1. Gayung - ada sesetengah hotel, tidak menyediakan saluran paip


2. Bekalan ubat - paracetamol, minyak angin, minyak nyunyi, bandage, pil chi kit teck aun, supplemen (Melatinyer sah2 supplemen yang best & terbaik tu), multivitamin dan lain-lain

3. Air Tenaga dan Makanan ringan - roti, maggi, biskut, granola bar, air mineral dan lain-lain

4. Sunblock/Lotion/Hands Sanitizer/Tissue/Wet Tissue

5. Toileteries

6. Iron

7. International plug

8. USB Powerbank

9. Laptop

10. Buku Cerita Anak-anak

11. Charger Handphone

12. Sleeping Bag

13. Bantal Kecil

14. Traveller Pillow

15. Buku Catatan

16. 3 pasang pakaian harian dan sepasang baju tidur untuk seorang

17. Selipar

18. Stokin


Kamera :


1. Body Camera


2. Lens Pendek/Panjang

3. Flash

4. Tripod

5. Charger

6. Spare Battery

8. Spare Memory Card 

9. Beg Kamera


Kereta :


1. Servis minyak enjin


2. Tayar

3. Plug

4. Touch n Go dan Smartag

5. Break

6. Radiator

7. Tong Air

8. Jack and Tools, Segitiga Keselamatan dan Spare Tyre

9. Minyak enjin


Lain-lain : 


1. Walkie Talkie


2. Bantal Bucuk

3. MP3 

4. CD/DVD 

5. USB Mini Car Charger


Sebelum nak mulakan perjalanan : 

1. Buat double check pada check list



2. Check wallet/purse/handbag - keluarkan mana-mana barang yang tak diperlukan

3. Check kalendar dan jadualkan semula mana-mana appointment yang dibuat


4. Basuh dan sidai semua baju

5. Dirikan Solat Sunat Musafir


6. Pastikan semua peralatan elektrik dimatikan

7. Buang sampah

8. Kunci rumah

9. Baca doa




Kat sini Melati nak tunjukkan beberapa gambor semasa Melati berada di Hatyai buat pertama kali dengan menaiki Minibus pada tahun 2012. 

Tips jangan lupa, sebut Sawadikap dulu sebelum memulakan salam taw. 

Pekan Danok


Alahai, cute nyer...


Inilah Thailand. Terkejut badak semasa pertama kali Melati terpandangkan wayar yang berselirat ni


Tuk-Tuk
Stesen Minyak pertama yang ditemui selepas Border


Di dalam minibus Siam. Tambang *RM6.50 untuk ke Hatyai dari Danok (Sadao Border)




Post a Comment

0 Comments