Pengguna Bijak






Sebagai pengguna, kita berhak untuk mendapat nilai yang terbaik semasa berbelanja. Jadi, pastikan kita memilih barangan atau perkhidmatan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. 




Jangan sesekali lupa untuk membuat perbandingan harga sebelum membeli supaya kita mendapat nilai yang setimpal dengan apa yang dibayar. 

Pastikan juga kita hanya membeli barangan yang diperlukan sahaja. Langkah ini turut boleh membendung inflasi.




Tunjukkan hak kita sebagai pengguna dan jauhi peniaga yang tidak beretika yang sering mengeksploitasi kita dengan cara menaikkan harga sewenang-wenangnya dan menyediakan perkhidmatan yang tidak berkualiti. 

Kuasa membeli di tangan kita. Manfaatkannya hari ini. 



Post a Comment

0 Comments