7 Cara Nak Kawal Nafsu Makan



1. Minum 2 gelas air putih sebelum makan
Minum sebelum makan, boleh buatkan perut terasa kenyang. 


2. Perbanyakkan makan ikan
Bagi seseorang yang memakan ikan, merasa lebih kenyang berbanding mereka yang mengambil daging merah - European Journal of Clinical Nutrition 


3. Ambil sayur berwarna oren dan hijau
Sayuran hijau dan oren seperti lobak merah, brokoli atau bayam mempunyai 90% air dan kaya serat. Jadinya, perut jadi cepat kenyang


4. Ambil cuka dan kayu manis
Gula dalam darah boleh dikawal dengan pengambilan cuka dan serbuk kayu manis selain memberi rasa cepat kenyang. - Department of Agricultural & Food Sciences, Zuric, Swiss

Ini kerana, jika kadar gula darah stabil, rasa ingin mengambil makanan manis atau tinggi karbohidrat menjadi kurang. Kadar gula dalam darah yang turun naik yang menjadi penyebab rasa lapar.


5. Makan karbohidrat kompleks
Kentang, oatmeal dan beras merah akan mempercepatkan rasa kenyang. Ia boleh menggantikan nasi putih atau pun pasta. - British Journal of Nutrition



6. Mengunyah kekacang
Kacang badam atau kacang tanah diambil sebelum makan. Kacang mengandungi serat, protein dan lemak yang membuatkan perut rasa kenyang.  

Namun, harus diingat, ambil dalam kuantiti segenggam je sehari kerana kacang mengandungi lemak dan kalori yang agak tinggi. 


7. Kurma
Mengambil kurma dalam 3 - 5 biji sudah memadai untuk membuatkan perut menjadi kenyang. Kurma antara buah yang kaya serat. 
Sumber- Majalah Rapi keluaran November 2015


Post a Comment

0 Comments