Preparation Create Simple Video MRT 125Z Fly To Bahau 2016


Alkisahnya macamana boleh ada video nim?

Tak lain tak bukan, ini semua gara-gara Mr. Erpy yang beria-ria sangat minta sediakan video untuk semua koleksi pix ride to Bahau.

Walhal, punyalah banyak pix kabur dan ada sesetengahnya terpaksa jugak crop. Secara tak langsung, menjadikan paparan video agak terjejas.

Tapi kan, walaupun kabur atau blur, kalu kena ngan angle nya.. sebenarnya cantik jugak taw.

Jadinya, meh Mawar Melati share skit preparation yang perlu ada sebelum nak bikin klip video simple ni seperti: 

  • Software Windows Movie Maker 
    • software ni mudah dikendalikan dan memang sesuai untuk beginner.




  • Gambar yang diambil secara landskap
    • ini untuk elakkan editing seperti "crop" selain untuk elakkan nampak latar belakang hitam pada video.


  • Gambar jelas dan "cantik"
    • gambar "sharp" dapat hasilkan paparan yang berkualiti.




  • Lagu mp3 atau mp4
    • elemen yang perlu ada dan memang penting pun dalam pembikinan video. 


  • Trimmed Footage 
    • sekiranya ada rakaman video, seeloknya, trim dulu footage tu dan save dalam folder yang sama. Actually, semua fail seperti lagu dan gambar perlu disimpan dalam satu folder yang sama. 


Done. Hanya ini je lah kot yang dapat share untuk kali ni. Harapnya sharing ni dapat dijadikan guideline ye. 

Rasanya lah kan, after this, Mr Erpy da boleh create sendiri da video nya. 

Actually, video ni tak amik masa yang lama pun untuk dibikin. Tak sampai 12 jam pun untuk di"publish"... sebabnya waktu ni, Mr Erpy yang jadi tuan direktor duduk sebelah Mawar Melati. 

Makanya kerjanya menjadi lebih cepat dan mudah. Bukan ke teamwork tu kan mempercepatkan kerja... 

Apa-apa pun selamat menonton ye.


Post a Comment

0 Comments