Diabetes

Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah tinggi daripada normal (biasa). Diabetes berlaku apabila organ pankreas tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin dengan berkesan. 

Makanan yang dimakan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. 


Insulin akan membantu gula dalam darah masuk ke dalam sel dan tisu badan untuk membekalkan tenaga. 

Apakah itu insulin?


Insulin merupakan salah satu hormon dalam tubuh manusia yang dihasilkan oleh sel beta pulau langerhans yang berada di dalam kalenjar pankreas. Insulin disebut juga sebagai protein yang berfungsi untuk mengawal kadar gula (glukosa) di dalam tubuh. Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh memasuki sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. 


Gejala Diabetes 


  • Kerap dahaga
  • Kerap lapar
  • Kerap membuang air kecil
  • Keletihan
  • Pengurangan berat badan
  • Penglihatan kabur
  • Kebas pada tangan dan kaki

Dapatkan pemeriksaan kesihatan di klinik berhampiran sekiranya anda mengalami gejala-gejala ini. 


Kesan Diabetes




  • Mata - Katarak, pendarahan dalam mata dan penyebab buta
  • Saraf - Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki, luka dan gagren
  • Otak - Angin ahmar (strok)
  • Buah pinggang - Kegagalan buah pinggang
  • Jantung - Sakit jantung 



Ketahui Fakta Diabetes 

  • 1 daripada 5 rakyat Malaysia menghidap diabetes
  • 48% rakyat Malaysia berumur melebihi 30 tahun tidak menyedari bahawa mereka menghidap diabetes.
  • Diabetes tidak boleh diubati tetapi boleh dikawal dengan jayanya. 
  • Diabetes boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat. 



Pemakanan 

Kenapa perlu mengawal pemakanan?

  • Mengawal paras gula yang sesuai di dalam darah.
  • Mencapai/ mengekalkan berat badan unggul.
  • Memperolehi semua zat yang diperlukan oleh badan.
  • Mengelakkan atau melambatkan komplikasi.
Bagaimana untuk kekal sihat dan ceria?
  • Kawal pemakanan.
  • Berdisiplin dalam pengambilan ubat.
  • Patuhi temujanji doktor.
  • Urus hipoglisemia dan hiperglisemia dengan baik. 
  • Lakukan senaman secara berkala. 


Cegah Diabetes
  • Pantau BMI 

  • Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran

Hadkan pengambilan makanan tinggi gula, garam dan lemak.
  • Bergerak aktif dan bersenam

Amalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 5 kali seminggu dalam tempoh 30 minit setiap sesi. 
  • Hindari rokok dan alkohol

Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol sekiranya anda sedang merokok dan ketagih alkohol. 



  • Ketahui faktor risiko

Berumur lebih dari 30 tahun
BMI lebih 
Wanita yang mempunyai sejarah diabetes ketika hamil
Wanita yang melahirkan bayi lebih dari 4kg
Menghidap hipertensi

  • Jalani pemeriksaan saringan diabetes secara rutin

Jika anda berisiko, sila jalani saringan diabetes setahun sekali.

  • Dapatkan pertolongan untuk mengubah gaya hidup

Dapatkan sokongan dari ahli keleuarga dan rakan-rakan
Minta bantuan dari anggota kesihatan di klinik kesihatan terdekat.



Post a Comment

0 Comments