Ride Cuci Masjid An-Nikmah Bukit Piatu, Melaka

20hb Januari 2018 | Sabtu


Pagi semalam, kami bertolak dari Putrajaya jam 6.10 pagi selepas selesai solat subuh. Kami antara orang yang terawal sampai di Sri Pentas TV3.

Tak lama kemudian, ramailah group bikers lain sampai termasuklah geng kami, Kawasaki Lady Bikers (KLG). Fuh....

First time join program ni, penganjur hidangkan kami dengan nasi lemak dan air teh panas. Ladies KLG yg join ride kali ni dalam 15 orang. Terima kasih uols... muahsss.

Jom kita layan short clip sebelum kitorang bergerak ke Melaka.


Selepas taklimat ringkas dan bacaan doa, kami mula bergerak menghala ke PLUS Highway. Perjalanan bermula lebih kurang jam 8.40 pagi. Ops, ada macam2 jenis motor yang join dalam ride amal ni dan macam-macam group moto yang join ride amal ni. Antara moto yang sempat kita spot smlm, BMW mcm2 series, kawasaki, Yamaha, Honda dan moto gedi pun banyak. Yang group plak, sah sah Kawasaki Lady Bikers (KLG), MoVoC, BlackHawk, ARC, TV3 Bikers, SAM dan banyak laa. Fuh... memang ride ni dapat sambutan.

Lebih kurang 9.40 pagi, kami sampai laa kat Plaza Tol Ayer Keroh. Nak kata laju... biasa-biasa je. Rasanya, ride Satun Pak Bara 2017 tu lagi laju nisaq cyunx ni henjut Oyen. ekekekeke. Yang semalam, Nisaq mencilok lebih. Fuh, nasib bek kita da standby, tahu kereta banyak, dan moto pun banyak atas jalanraya smlm. 

Rupa-rupanya kan, ada hampir 200 moto penyertaan bikers untuk program ni. Patutla alat tak cukup, kami nak buat kijer. hik3.


Sementara nak tunggu polis mai eskort konvoi ni dr Ayer Keroh ke Bukit Piatu, sambil sambil ler kita berjalan cuci mata sambil2 berangan. Bukan apa, kita kan belum cukup "haul" nak boleh amik motot balik. Kita hormat pesan ayahanda. 

Apa apa pun, mekasih la yer pada Geng Lady Bikers Melaka, Kak Ann dan the gojes ladies sanggup mai konvoi beramai-ramai ngan kami orang ni. Terharu sangat tau. Pada yang belum kenal ngan Kak Ann ni, jom layan short clip ni dulu. Nanti2 kenal la ngan Kak Ann tokey Katering Kenduri Kendara Terhebat di Melaka.


Post a Comment

0 Comments