Tetiba ada idea nak himpunkan semua koleksi footage yang tak berapa nak ada ni dalam ruangan blog Simple Rules of Life ni. Sebabnya YouTube Canon Rider da ada dua channel. Satu, Canon Rider dan yang satu lagi Canon Rider aka Mawar Melati.
So... macam kompius sungguh kita dibuatnya...
Actually kita start buat footage ni, sejak dari tahun 2014. Sebelum ni hanya bantu boss kita buat montaj untuk Jabatan menggunakan Swish ke apa namanya. Payah kot guna menda tu...
Lepas tu, kita terjumpa satu software yang sedia ada dalam Windows iaitu Windows Movie Maker. Kita pun try ler... Nampak macam menarik. Sebab senang, drag dan boh lagu je. Senang sesangat.
Maka bermulanya ceritanya di sini... jom layan!!!
Opss, cop cop! Kita mohon maaf pada story link yang tak dapat dibuka ye! Actually, ini cerita lama yang kita copy paste dari blog www.mawarmelati.com.my yang ada masalah teknikal. Maaf ye! Nanti story-story tu kita up jugak kat sini.
Opss, cop cop! Kita mohon maaf pada story link yang tak dapat dibuka ye! Actually, ini cerita lama yang kita copy paste dari blog www.mawarmelati.com.my yang ada masalah teknikal. Maaf ye! Nanti story-story tu kita up jugak kat sini.
2014 - Junaidah 2010-2014
Ini adalah footage himpunan gambar-gambar kita ngan ex-boss kita yang akan berpindah keluar dari Jabatan. Kita sedih dengan perpisahan ini, sebab beliau adalah boss terbaik yang kita ada. Itu yang kita buat footage untuk dia. Kira kenangan la tu...
2015 - Pray 4 Ayahanda Mac Kamphaeng Phet Mei 2015
Footage ini dibuat semata-mata nak minta sumbangan daripada mana-mana sahabat bikers bagi membawa pulang Ayah Mac yang mengalami kemalangan di Kamphaeng Phet, Thailand semasa on the way ke 1000 corner bersama Hazim. Mereka berdua je.
Alhamdullillah, tak sampai sejam footage ini up, dah ada dari kalangan rakan bikers sanggup mendermakan RM5,000 untuk urusan penempahan kapal terbang. Malangnya penerbangan terpaksa dibatalkan kerana pihak penerbangan tidak sanggup mengambil risiko.
Namun, Allah permudahkan usaha membawa pulang Ayah Mac melalui jalan darat bermula dari Bangkok ke Bukit Kayu Hitam. Selepas tu, Ayah Mac dirawat di Hospital Pulau Pinang. Sekarang, Ayah Mac telah pulih sepenuhnya dan makin merata plak ride dia. Ishhh..kalu dah bikers.
Footage ni pula adalah footage perpisahan 3 orang pegawai kanan Jabatan kita bekerja. Kita belajar-belajar je buat ni. Macam projek budak sekolah kot. Tak pernah buat projek formal. But kita try. Alhamdullillah.. boleh diterima. hik3
Setelah lama berdiam dengan KLG, ini first time ride kita dengan Cik Mas. Kali ni, Cik Mas ajak kita ride eskot majlis kawin anak sedara Sis Nafeez kat Ipoh. Rakaman footage ride diambil oleh salah sorang sahabat biker... dan kita pula hanya snap itu ini. Dan after that, kita try laa gabungkan footage ni.. Hasilnya... wow!!! kita suka...
Ini the best... walaupun menggunakan SJ Cam yang reganya RM200 tu, hasilnya.. kita puas ati ler. Ini iftar yang terbaik dalam idup kita. Alhamdullillah. Apa-apa pun terima kasih pada Cik Mas dan rakan-rakan yang banyak membantu dalam menjayakan rakaman yang tak sengaja ni, hik3.
Yang ini TTS KLG dengan ahli-ahli baru yang baru join group dan majlis perpisahan Zira yang akan pencen setahun dari ride dengan KLG. Dia dapat tawaran masuk PULAPOL. Masa ni kita try guna apps. Cepat siap tapi hurm..features nya amatlah terhad. Tak best sangat.
Footage ni, kita guna kamera DSLR. Kamera SJ Cam kita da rosak. Hanya himpunan gambar-gambar semasa ride. Dan waktu ini, kita masih lagi guna software Windows Movie Maker. Berat kott laptop kita nak siapkan footage ni...
Tapi yang bestnya dalam ride ni, kita dapat bersua dengan Nabil Raja Lawak. Time tu dia tunggang Ducati. Ride ni memang melibatkan pelbagai jenis motor. Dari kapcai yang berpuluh-puluh cc tu sampai laa motobike yang beribu-ribu cc.. Lahai. syok... Kisahnya ada kat sini... KLG - Bikers Bebas Dadah.
Footage ini pun sama lah.. kawan kita Erpy, bagi pic dan minta kita buat klip. Ok... ini ride dia dengan kawan-kawan ke majlis kawin salah seorang opis mate dia. Kenapa MRT? Sebab dia kerja kat MRT lah (Mass Rapid Transit). Semua lagu dan susunan gambar, dia yang arahkan itu ini.. Kita just ikut apa yang dia nak... Kan bagus begitu, KERJASAMA.
Cara nak buat footage ni menggunakan software Windows Movie Maker ada kita tunjuk dalam blog ni. Ce klik sini... Preparation Create Simple Video MRT 125Z Fly To Bahau 2016.
Waktu ini, footage kita try guna apps sebab nak cepat. Tambah plak rakaman guna handphone Lenovo 6000A. Yang tak tak tak best macam biasa features memang terhad.
Rakaman ni dibuat bermula di Plaza Tol Rembau. Waktu tu, geng KLG diminta membantu satu NGO ni, mengedarkan bendera sempena Hari Kemerdekaan. Lahaiii. .rasa macam VIP kot, ekekekekekekeekkeek...
Yang ini pun sama... kita guna apps jugak. Nak cepat dan gambar semua tersimpan dalam handphone. Lebih mudah dan cepat. Cuma...macam biasa laa.. nak edit tu.. lahai.. features terhad. Urghhhh...
Erpy, kawan wechat kiter.. Dok kat sebelah taman kita je pun. Minta kita snap pic dengan bigbike dia dan 125ZR si kuning raja.
Kita ikut ler, sempena birthday dia kan...
Sayangnya, selepas beberapa bulan footage ni siap, Erpy excident dan koma. Si Kuning Raja terdampar.. total lost.
Setelah 12 bulan struggle, Erpy dah pulih tetapi masih lagi dalam proses recovery akibat kecederaan pada tulang lengan dan tangan. #prayforerpy
Sempena majlis perpisahan Datuk SU JAC, kita diarahkan untuk siapkan satu footage ni. Da la masa tu baru masuk kerja dah kena wat job ni.
Bagi kita tak de masalah, sebab kita suka cabaran ni, cuma komputer kita je yang tak support Adobe Affect. Cikgu Adobe Effect yang kita import dari Bahagian Korporat, Mahkamah Persekutuan, da ada kat sebelah. Tapi bila nak buat.. komputer plak asyik hang jer. So, cikgu pun serender tak jadi nak ajar kita guna Adobe Affect. Sedih kot kita masa tu.
Alternatifnya, kita nak tak nak, terpaksa guna Windows Movie Maker jugaklah. Kalau pakai movie maker, memang cenggitu je laa effectnyer dan memang makan masa berminggu-minggu jugak ler baru siap this simple klip.
Yang ini kita guna apps Cyberlink Power Director. Apps ni memang best sesangat. User friendly. Tak sesal download kot. Yang ini, kita buat footage suka-suka je. Informal. Saja nak test apps. Memang berbaloi, hik3.
Yang ini kita dengan anak-anak saja je laa join event Kementerian Alam Sekitar tanda sokongan pada program Kerajaan. Tambah plak, design bajunya menarik perhatian kita.
Nak dapatkan baju ni, kena daftar larian 5km dari Floria Putrajaya - Masjid Besi - Floria Putrajaya. Dekat je pun. Nak daftar kenala bawak barang-barang terbuang, macam kertas atau botol air. Memang best event tu taw... Ramai retis yang join dan kita dapat 3 bekas popcorn free yang sedap jugak . Wow!!!
Ini rakaman kita semasa bercuti kat Penang. Dah tu kenapa tajuk Tanjung Bidara? Apa kaitannya?
Dahulu, nama asal Penang adalah Tanjung Bidara. Kita baru je tau, taw. Selepas selesai jejalan kat Tanjung Bidara, kita terus ke Sarang Art Hub, Tanjung Malim. Sarang Art Hub ni, best. Memang patut pergi. Kita ada cerita dalam blog Simple Rules of Life ni, tentang kisah Pak Din Nasi Dalcha, Tanjung Bidara to Sarang Art Hub, Tanjung Malim. Silalah baca yer!!! Mekasih in advance.
Waktu ini, kita minta Muacha aka Asya, anak kita tu amik rakaman. Yela, adiknya, si Ujang Cute tu sedang buat persembahan Keyboard dalam majlis Anugerah Kecemerlangan sekolah dia. Rugi kalau tak rakam. This is first time kot!!!
Alhamdullillah.. tapi footage ni dilajukan dan bunyiknya macam kartun.hik3. Kalu tak dilajukan, sah-sah boleh lenaaaa...
2017- Power up Betong
Kisah ni, kisah kita ride dengan Nisaq Oberlander bersama Charity Bikers Group ke Betong pada Oktober yang lepas. Kisahnya ada di sini. Power Up Betong. Baca lah yer... baca taw. Yang paling kita kesal, klip asal da terpadam, terpaksa download dari Page Facebook Canon Rider. Sebab tu, gambar nya tak sharp dan pecah-pecah. Huhuhuhu.
Selepas balik ride dari Betong pada Oktober yang lalu, aiiik bulan November, member kita ajak kita ke Betong lagi..Itu yang tajuk nya OMG Betong Lagi. Ce klik sini untuk kisahnya.
2017 - Trip Rumah Rakit Zaman Dulu2@Kenyir Lake
Footage ini, jangan jelezzzoss tau. Ini footage trip kita bercuti dengan famili Kak Long dan Kak Ngah di Sungai Tembat,Kenyir Lake, Terengganu. Woww, memang menarik kot. Ce ce tengok luh dan baca kisahnya, di sini... Bermalam di Rumah Rakit Zaman Dulu-Dulu, Tasik Kenyir.
Yang ini pula, himpunan semua klip dan gambar yang ada dalam DSLR dan handphone Huawei kita. Footage ini dirakam menggunakan handphone Huawei tanpa monopod (selfie stick). Perghhhh... itu yang rakamannya Ya Alllah... bergegar2. Ekekekekeke. Kelakar bila tengok klip ni.
Pas tu, satu lagi kan, kita rasa kita kena ubah cara ambil footage ni. Fening kot, berpusing-pusing. Rasa nak termuntah pulak nengoknye. Maklumlah, da lama tinggal. Apa-apa pun, kita suka dengan footage ni. This is the best ride kita dalam tahun 2017.
Haa...untuk footage ni, kita guna software Cyberlink Power Director version trial 30 hari. Memang best. Banyak template dan dan dan tak berat langsung untuk rendering pada laptop kita. Best!!! Rekemended bagi yang beginner macam kita nak belajar-belajar buat video. Ini kisah kita masa ride ritu... ce klik KOG Border Ride Pak Bara Satun 2017
Footage ni, kita hanya edit sahaja. Nisaq Oberlander yang bagi input kat kita minta kita edit. Outputnya, tadaa....ini kita hanya guna apps Cyberlink je taw. Best!!!! Sejam da boleh siap.
TTS ni diadakan sempena nak amik baju ride untuk konvoi ke majlis kawin salah seorang rakan bikers KLG, Fyda Farid yang akan bernikah pada 13hb Januari nanti. Katanya konvoi yang melibatkan 200 buah motor bermula dari Tesco Ampang. Perghh.. ramai nya awak.
Sayangnya kita tak dapat nak join, sebab kita ada hal pada waktu tu. Apa-apa pun selamat pengantin baru untuk Fyda, semoga kekal bahagia sampai jannah. Kalau tak, sure kita ada footage terbaru untuk up kat Channel Canon Rider khas khas khas untuk uols.
Orait.. itu je kita nak kongsi.. By the way, harap harap uols enjoy yer dengan footage kita tu yer. Nanti ada footage lagi. kita warwar kan... Enjoy!!! Lagi satu, kalu uols ada software video editor yang senang dan mudah, meh meh ler kongsi. Kita nak try. Canon Rider was here... #spreadlove
0 Comments