Jutawan MLM - Api Makin Marak


"Apa yang orang lain boleh buat, saya boleh belajar melakukannya"
- Usahawan MLM Shaklee Euphoria Group

Kita sambung dari bacaan kita yang lepas, Jutawan MLM - Lari Dari Api. Kali ini, jutawan Shaklee ini mengalami gelodak jiwa yang dahsyat, yang mana beliau amat menyampah dengan MLM dan berasa cukup "selesa" dengan keadaannya yang semakin hari, semakin tersepit. 

Kenapa sebegitu? Meh kita baca dulu. Cop,cop... sebelum tu kita nak ingatkan, ini adalah olahan dan pandangan kita tentang penulisan beliau yang tidak semestinya sama atau selari dengan maksudnya.

Api Makin Marak

Bak pesan orang tua-tua, jangan main api, nanti terbakar diri. Jangan biarkan api yang kecil, sebab bila da besar, boleh memakan diri. Jadinya... walaupun tidak selesa dan memberontak dengan kepanasan, akhirnya kita merelakan dalam paksa untuk rentung. 

Sepatutnya, apabila berada dalam keadaan yang tidak selesa, kita perlu jadi lebih kreatif, sebab peluang sentiasa ada. Namun, disebabkan terlalu memikkirkan masalah semasa, kita seakan tidak mampu untuk berbuat sesuatu untuk memperbaiki dan menambah baik keadaan kita. 

Jadinya, kalau kita tak suka dengan keadaan tu, jangan lah merelakan untuk suka. Keluarlah..  

Contohnya, kesesakan lalulintas, akibat da terbiasa sangat, kita seakan merelakan ianya menjadi cara hidup. Sama jugaklah dengan penagihan dadah. Kalau dah bertahun-tahun menagih, walaupun ia keji, akhirnya perkara yang keji itu menjadi cara hidup. 

Sedangkan, kita tahu, jika kita tidak menguasai, kita akan dikuasai. Kita hanya ada satu pilihan sahaja. Pilihlah!

Jadinya, disebabkan kemiskinan, tiada siapa yang mendekat melainkan orang yang miskin jugaklah. Seperti kata pepatah, pipit terbang dengan si pipit je. 

Bila si miskin hanya bergaul dengan si miskin, masing-masing berkongsi udara kemiskinan dan ceritanya cerita pilu. Tetapi, jika si miskin bertemu dengan si kaya, si kaya akan bercakap dari sudut pandangan beliau sahaja dan kata-katanya macam hikmat. 

Apabila kita berada dalam kemiskinan, kita hanya akan fikir serba serbi tak logik, tak masuk akal, dan tak mampu. Sedangkan tiada yang mustahil atas dunia ni. Nak atau tidak sahaja. 

Di tempat kerja, ramai yang menjadi ejen MLM, tapi mereka seolah-olah bercakap dari sudut pandangan mereka sahaja. Konon "boleh kaya raya", "boleh hidup senang lenang"tapi gaya hidup lebih kurang sama dengan kita jugak. Duit tak berapa nak cukup jugak. 

Ada juga yang taksub dengan produknya, bercerita dari sudut pandang dia sahaja. Sedangkan tidak fikir tentang pandangan kita yang tak tau hujung pangkal. Pendek kata, mereka bukan nak membantu kita keluar dari kepompong, tetapi mereka semata-mata nak dapatkan orang tajaan sahaja. 

Sedangkan, nak terus berniaga, kita tak perlu syok sendiri atau hanya memikirkan sudut pandangan kita je. Berniaga adalah untuk membantu dan memudahkan semua pihak. Bukan hanya satu pihak sahaja. 

Sebab itu, orang begitu menyampah bila sebut MLM. Sebab ramai yang tidak faham konsep MLM, tapi menyalahguna konsep ini. Dan menyebabkan banyak pihak keliru dan benci dengan MLM.

Si miskin hanya ingin keluar dari kepompong kemiskinan, pasal kaya tolak tepi dulu, yang diperlukan hanyalah duit tambahan ratusan ringgit setiap bulan bagi menampung keperluan hidup.

- Olahan dari petikan Buku Jutawan MLM - Razzi ArMansur

Post a Comment

0 Comments