Jutawan MLM - Lari dari Api

“Berkat usaha saya lari dari api, akhirnya saya menjadi jutawan” 
– Usahawan MLM Shaklee Euphoria Group

Lari dari Api

Api yang dimaksudkan oleh beliau, adalah kemiskinan. Kemiskinan itu ibaratnya api yang marak dan besar yang boleh memakan diri. Kadang-kadang kita terbiasa dengan api, sudah boleh tahan dengan kepanasan api. Tetapi sampai bila?

Miskin bukan ketentuan hidup. Miskin bukan sesuatu yang untuk diwarisi. Kadang terjadi konflik, fizikal dan mental untuk menyetujui hidup dalam kemiskinan. Serba kekurangan, serba tak cukup sehingga terpaksa meminjam dan meminta. Gali “lubang” sana dan tutup “lubang” sini. Benarkah kita sukai atau memang kita terpaksa menyukai kerana kita tiada pilihan. Bukankah kita ni manusia yang bebas untuk memilih?

Kita nak kaya? Tapi kaya tu datang dari mana? Kalau bekerja dengan gaji RM3,000 termasuk kerja lebih masa, dengan tanggungan 2 -3 mulut yang perlu disuap, jangankan kaya, senang pun jauh sekali.

Istilah kaya tu hanya harapan kosong. Walaupun kita tau, janji Allah yang kejayaan dan perubahan hidup takkan terjadi dengan sendirinya kalau kita berusaha dengan tangan dan akal serta doa yang berterusan.

Kadang-kala kita risaukan masa depan kita dan anak-anak. Tapi kita tak mampu nak berbuat apa-apa. Jadinya kita hiduplah dengan seadanya. Gaji pun tak sempat disimpan. Belum cukup seminggu pun lagi terima gaji, duit gaji dah nak kehabisan. Sampai bila kita nak sebegini…

- Olahan dari petikan buku Jutawan MLM, susunan Razzi Armansur

Post a Comment

0 Comments