26hb Mei 2018
Presint 17, Putrajaya
Kali ini adalah kali kedua asya buat cupcake. Last time, dia try buat cupcake perasa coklat tanpa bantuan mama langsung. Just follow resepi dari internet. Ituler Asya yang kita nak sangat dia jadi Chef yang terbaik di Malaysia suatu masa nanti.
Macamana Asya boleh minat ke dapur?
Dari kecik lagi, dia memang suka masuk ke dapur. Suka tolong kita masak. Kita bukan pandai masak pun, tapi kita suka masak menda yang simple dan cepat. Yang paling penting cepat. Untuk cuba resepi baru, memang kita akan follow buku, selepas tu, kita akan ikut citarasa sendiri ler...
Asya ni selain suka bereksperimen, dia juga suka merakam... Memang sesuai sangat laa kalau nak jadi chef. Dia memang berkeyakinan tinggi, tiada rasa malu-malu berbanding Inas, si Sulong kita tu.
Cubaan masak Cupcake perisa coklat, memang marbelous!! ... memang sedap. Rasa nak makan lagi. Terbayang-bayang cupcake Asya yang giler moist tu.
Cupcake Perisa Vanilla...
Kali ini, kita try beli tepung yang da siap adun. Just masukkan air, telur dan minyak sahaja. Cupcake yang asya buat ni, kita nak bawak untuk iftar bersama keluarga ayahanda dan kakak kita. Jadinya, memang tak leh nak bereksperimen sangatlaa Asya oii...
Mungkin ouls da biasa dengan brand ini kan. Brand Nona ni, ada sejak zaman kita sekolah lagi. Senang sangat. Nak masak kek oren ke, strawberry ker.. memang kompom jadinya... Harga tepung Cupcake Vanilla dalam RM10.30 untuk 24 cawan. Cawannya pun disediakan.
So, apalagi, Asya pun mulalah meneruskan prosesnya ikut je instruction di kotak. Minyak sayuran tu, Asya boh minyak zaitun....fuh! itulaa kot yang buat rasanya sedap sedap sangat.
Lain kali kena beli bekas pembakar cupcake yang 12 kot. Lambat betul nak siap kalau pakai yang 6 je. Hampir dua jam membakar, barulah siap kesemua 24 cawan cupcake Asya. Apalagi, untuk hidangan Asya boh Whipping Cream dan chocolate rice.. Tapi pix nyer kita tak snap pun...
Jadinya untuk berbuka di restoran Nasi Arab Seksyen 7, Bandar Baru Bangi tu, kitorang hanya bawak cupcake Asya yang istimewa sedap ni. Fuh! laku abih... sedaplah kata kan... tak sesiakan Asya?
Nanti buat lagi taw. Kali ini bagi kawan-kawan Asya Tahun 6 tu rasa plak yer! Orait, guys, setakat ni aje laa update pasal cupcake Asya. Next projek, Asya kata, projek biskut raya plaks. Wow!!! mama tak yah beli biskut rayalaa ye untuk tahun ni, kan.. #spreadlove
0 Comments