gambar dari tafsirq.com |
Allah SWT menceritakan kisah kehidupan dan kejadian pada masa silam dalam al-Quran. Perkara ini bertujuan agar umat manusia boleh mengambil pengajaran daripada kisah tersebut. Di antaranya iaitu kisah tentang seorang wanita yang menjadi ratu di sebuah negeri.
Dia adalah Ratu Balqis, puteri seorang raja bernama Al-Hadhad bin Surahbil. Ketika ayahnya ajal semakin dekat, dia mengumpulkan para penguasa Himyar.
Dia berkata kepada mereka;
''Wahai kaumku, aku telah mengumpulkan penduduk negeri dan menguji beberapa orang ilmuwan dan cendekiawan, namun aku tidak melihat ada seseorang yang menyamai atau melebihi kecerdasan dan kepandaian Balqis. Aku akan mengangkatnya menjadi ratu dan penguasa yang akan mengurus urusan kalian.''
Penduduk negeri itu menyetujui pilihan rajanya sehingga Balqis pun menjadi ratu. Ketika itu umurnya baru mencapai 30 tahun. Dia pun menggantikan ayahnya menjadi pemerintah sepeninggalan ayahnya.
Ternyata kematian Raja Al-Hadhad bin Surahbil sezaman dengan kematian Nabi Daud AS yang juga menjadi penguasa negeri di samping sebagai seorang nabi. Demikianlah kehendak Allah SWT ketika Nabi Sulaiman AS memegang tampuk kekuasaan sepeninggalan ayahnya, iaitu Nabi Daud AS, ternyata masa itu juga Balqis menjadi ratu yang berkuasa menggantikan ayahnya.
Suatu hari, Balqis mengumpulkan sekalian tenteranya dalam jumlah besar untuk berangkat menuju Mekah dalam rangka menunaikan umrah. Menziarahi Kaabah di Mekah merupakan kebiasaan yang sudah lama dilakukan oleh mereka sebelumnya. Padahal, mereka iaitu penyembah matahari dan berhala. Dia membawa pasukannya menuju Iraq, Nahawan, dan Azerbaijan. Negeri-negeri itu ditaklukkannya dan tunduk di bawah kekuasaannya.
Kemudian, dia dan pasukannya kembali ke negeri Yaman dan memperbaiki empangan Ma'rib yang rosak lalu memperbaiki istananya yang sangat terkenal dengan keunikannya. Keunikan istana ratu Balqis terletak pada jumlah pintu dan jendelanya. Pintu istananya berjumlah 7 buah dan jendelanya berjumlah 360 buah. Masing-masing jendela terkena sinar matahari sekali dalam setahun.
- Muhammad Ismail Al-Jawisy, Rijal wa nisa nazala fihim al-Quran:133
0 Comments