Perempuan Dermawan


Diriwayatkan daripada Amr bin Al-Harith, daripada Zainab isteri Abdullah, dia berkata; 

Ketika itu aku berada di dalam masjid. Lalu aku melihat Rasullullah SAW bersabda; 

"Wahai kaum perempuan, bersedekahlah walaupun dengan perhiasanmu."

Ketika itu sudah biasa bersedekah untuk Abdullah dan anak-anak yatim yang ada di rumahnya (dalam pengasuhannya). Kemudian Zainab berkata kepada Abdullah; 

"Tanyalah kepada Rasullullah SAW, apakah sudah cukup bagiku bersedekah kamu dan anak-anak yatim yang ada di rumahku?"

Abdullah berkata; 

"Kamu sahaja yang menanyakan hal itu kepada Baginda SAW."

Kemudian aku pergi berjumpa dengan Rasullullah SAW. Aku pun berjumpa dengan seorang perempuan daripada golongan Ansar (penduduk asal Madinah) yang berada di pintu depan rumah Baginda SAW. Urusan perempuan Ansar itu sama denganku. 

Lalu Bilal r.a lalu di hadapan kami, kemudian kami meminta kepadanya supaya menanyakan hal ini kepada Rasullullah SAW. Kami meminta Bilal r.a supaya tidak memberitahu siapa kami. Bilal r.a pun masuk ke rumah Rasullullah SAW. dan menanyakan hal itu. 

Lalu Rasullullah SAW bertanya; 

"Siapa dua orang itu?"

Bilal r.a menjawab;

"Zainab."

Rasullullah SAW bertanya; 

"Zainab, siapa?"

Bilal r.a menjawab; 

"Isteri Abdullah"

Kemudian Rasullullah SAW berkata; 

"Ya, cukup, dan dia beroleh dua imbalan. Imbalan sedekah dan imbalan kerabat."

gambar dari tafsirq.com
Ibnu Hajar menyebutkan perintah Rasullullah SAW untuk bersedekah di dalam kitabnya Fathul Bari. Rasullulllah SAW memerintahkan para perempuan untuk bersedekah yang diwajibkan pada masa itu. Perintah Rasullullah SAW menunjukkan bahawa bersedekah itu wajib. 

Tetapi pendapat seperti itu, masih harus ditelaah lagi, kerana seandainya wajib nescaya harus ada kadar tertentu, sedangkan sedekah wajib tanpa kadar tertentu tidak dibolehkan. 

Mungkin perintah Rasullullah SAW untuk bersedekah menunjukkan wajib atau sunnah, seperti sedekah perhiasan atau barang dan harta lain. 

Terlihat di dalam hadis itu, seorang isteri beroleh imbalan sedekah walaupun diberikan kepada suaminya. Suaminya termasuk orang yang berhak mendapat sedekah, walaupun isteri tidak wajib untuk menafkahkan suami. 

- Ibnu Hajar, Fathul Bari Syarh Sahih Al-Bukhari, Juz 5, 2000 : 82

Post a Comment

0 Comments