Assalamualaikum uols,
Pagi ni, kita terbaca satu artikel Gina Florio yang telah berjaya buang lemak-lemak yang berlebihan pada muka, leher dan mana-mana bahagian yang tak sepatutnya berlemak.
Kata Gina Florio ada 5 cara iaitu :
1. Kekalkan diet sihat yang ketat
- Nak hilangkan berat berlebihan, elakkan makan semua makanan segera, terproses ataupun makanan ringan dan kurangkan pengambilan kalori. Ianya bukan sehari atau seminggu, tetapi amik masa berbulan jugak ye.. Kena tabah kalau nak dapat hasil yang puas ati kan?
2. Senam Angkat Berat
Kata Gina, angkat berat banyak membantu membakar banyak kalori, membina otot dan buang lemak dengan cepat. Dan secara tak langsung ia membantu membuang lemak pada muka. Jadi, setiap minggu, Gina akan meningkatkan bilangan sesi latihan angkat beratnya.
3. Berlari 3 kali seminggu
Senaman kardio amat penting dalam proses menghilangkan berat berlebihan. Selain berlari, mendaki atau berbasikal, cara ini adalah cara yang paling best untuk meningkatkan heart rate dan membakar banyak kalori. Kata Gina, dia dapat feel beratnya turun dengan lebih cepat apabila dia meningkatkan sesi cardionya.
4. Tidur 7 hingga 8 jam setiap malam
Katanya, ramai orang selalu lupa yang tidur amat penting dalam proses membuang lemak badan. Disebabkan dia terlalu sibuk dengan aktiviti menurunkan berat badan, kerja dan personal life, dia memang perlukan rehat. Bukan hanya dapat menghilangkan berat dengan lebih cepat, tetapi dapat mengurangkan "sembap" dan tekanan yang mana membantu membuang air yang berlebihan pada mukanya.
5. Totally tidak amik alkohol
Katanya dengan tidak meminum arak, dia tidak lagi risau pada eyebag dan pipi bengkak. Jadi, mukanya lebih nampak bujur dan dia amat gembira dengan hasilnya setiap pagi.
Jadi... apa lagi, jom ler kita try. Kalau Gina boleh, kita pun boleh jugak kan. #spreadlove
0 Comments