Apalah sangat dengan rasis tu...


https://www.istockphoto.com

sumber copy and paste Dr.Amirul Amin

Di hospital apabila ada mangsa kemalangan atau nak buat pembedahan, pernah tak kita dengar orang mintak:

"Aku tak nak guna darah orang Cina sebab diorang makan babi."

"Wa tanak dalah olang Melayu, nanti wa jadi Melayu maa."

"Ana minta doktor guna darah orang Islam sahaja ya. Syukran ya akhi."

"I request to use Christian blood only for my operation."

"Jangan masukkan darah orang keturunan lain kecuali darah orang Bugis".

"Buleh ko kawe nok mintok guno darah hok ore Kelate jah?"

"Untuk pembedahan saya ni saya minta jangan guna darah orang miskin, pastikan awak guna darah dari golongan bangsawan sahaja."

Takde kan? Sebab apa?

Sebab tak kiralah kita bangsa apa, agama apa, negeri mana, darjat dan pangkat apa, darah kita tetap sama merah, kan. Dan kita akan sedar semua sifat rasis dan nilai perbezaan kita akan hilang di saat kita memerlukan antara satu sama lain.


Post a Comment

0 Comments