Satun ke Narathiwat - Ride Malaya 2018

 #throwback
22hb Ogos 2018 (Rabu)
Satun - Hatyai - Pattani - Narathiwat
Jarak : 321 KM

Assalamualaikum awak semua...
Orait, pada entri yang lepas, boleh baca di sini, Ride Malaya - Putrajaya ke Satun


Sebelum tu, meh kita layan dulu klip ini...



Setelah kita tuang minyak rantai dan panaskan enjin daddy, di pagi hari raya yang hujan lebat tu, kita dijamu oleh tuan resort ..putu beras dan air milo manis yang amat.




Setelah bermandi hujan yang lebat dari Satun sehinggakan membatalkan kita nak bersolat hari raya di Satun, kita pun sampai ke Songkhla dalam keadaan kering. Kali ini, kita terlalu lapar, terasa nak brunch di Chalatat Beach, warung yang selalu kita singgah pada waktu dulu


Kat stesen minyak ini, kita isi dalam 12 liter dengan harga 320THB. Semasa berhenti di sini, diorang tanya, kita nak ke mana... Apabila diberitahu yang kita nak ke Narathiwat, semua cakap, jangan pergi.. takut.. banyak bom. huhuhuhhuh.. tapi kita nak cari saudara mara kita, bom pun bom laa ... janji dapat jumpa diorang. 

Then kita terus menyusur ke Samila Beach, orang ramai di Golden Mermaid... biarlah daddy je  yang posing. 




Then selesai di Golden Mermaid, kita mencari The Great Serpent. Nak cari kawasan ni, tanpa waze dan hanya main ingat-ingat je, bukan perkara yang mudah sebenarnya. huhuhuhu... Beberapa kali tersalah simpang dan beberapa kali terskidding gara-gara tak perasan, yang depan kita tu simpang tiga dan brek depan tak berapa "makan"




Dah ternampak orang jual air kelapa mawar. hihkhihhkhk.. apa lagi, kita order la satu. Harga segelas air kelapa dengan ais krim yang boleh letak pulut, jelly, lobak asin, choc rice, coklat syrup dan kekacang ni, harganya baru 30THB. Kalau kat Malaysia, hurmm.. tak de nya dapat rega macam ni. 



Kalau dah sesorang, mana yang ada ngan kita, semua jadi kawan. Helmet ngan moto pun jadi objek hidup.. hihkhkhkhhi



Selesai layan bayu Teluk Siam... kita pun bergerak menghala ke Pattani. Di Pattani, kita aim nak singgah makan tengahari di Sakom Beach. Pendek kata, perjalanan kita kali ini adalah menyusur pesisir pantai, sejak dari Satun, Songkhla dan Pattani...


Pattani atau "Pantai Ini" adalah satu daripada empat wilayah di selatan Thailand yang mempunyai 85% penduduk yang beragama Islam dan sebagai antara wilayah baru yang diwujudkan dari negara Pattani yang asal, demografinya tidak jauh berbeza dengan wilayah majoriti Melayu Islam yang lain seperti Narathiwat, Yala, Satun dan Songkhla.

Sedikit sejarah Pattani....yang kita cedok dari Wikipedia

Pada asalnya, Pattani merupakan sebuah kerajaan Melayu Islam yang merdeka. 

Setelah Kerajaan Ayutthaya jatuh pada tahun 1767 di tangan Burma, Dinasti Chakri yang baru ditubuhkan berjaya menghalau penjajah Burma dari Siam dan menaruh minat untuk meluaskan pengaruhnya ke kawasan selatan termasuk Patani. 

Serangan pada tahun 1785 berjaya menakluki Patani. Untuk mengukuhkan penguasaannya, Siam melantik orang Melayu sendiri sebagai gabenor di Patani dengan Raja Kampung Laut Tuan Besar dari Kelantan sebagai gabenor yang memakai gelaran raja atau sultan atau dalam bahasa Siam sebagai Phraya. 

Phraya Patani ke-V dan terakhir iaitu Sultan Abdul Kadir Kamarudin Syah telah dibuang negeri ke Kelantan kerana terlibat dalam pemberontakan untuk membebaskan Patani daripada Siam pada tahun 1902 sekaligus menghapuskan sistem beraja Melayu di Patani. 

Pada 1909, penguasaan Siam terhadap Pattani diperkukuhkan dan diakui oleh British secara rasmi akibat perjanjian yang dimeteraikan dengan Empayar British. Narathiwat dan Yala ditadbirkan secara berasingan. 


Di Pattani, kita memang da berhajat untuk ke Masjid Jamek Pattani Darrussalam. Masjid ini adalah masjid yang telah mengambil masa 9 tahun untuk disiapkan yang dibina pada tahun 1954. Masjid ini adalah masjid yang terbesar di wilayah Pattani yang boleh memuatkan 3000 jemaah dalam satu-satu masa.

Kos pembinaan untuk masjid terbesar yang menjadi tumpuan umat islam untuk menunaikan ibadah dan mendalami ilmu agama islam ini adalah sebanyak THB 46 juta. Fuh...


Seni binanya nyata mempunyai persamaan dengan bangunan simbol cinta Taj Mahal di India itu kerana mempunyai kolam besar yang panjang di hadapan pintu masuk utamanya. Bangunan cantik itu mempunyai kubah yang besar selain dikelilingi empat yang lebih kecil dan dua menara. - sumber Metro Harian


Yang membuatkan kita kagum dengan budaya orang islam Siam ini, di setiap masjid begitu meriah. Suasananya amat berbeza di Malaysia. Masjid seumpama shopping complex. Begitu ramai dengan anak-anak muda dan famili. 

Sayangnya, kita yang basah kuyup semasa tiba di masjid ini, tidak lah dapat untuk menunaikan solat jamak takhir, kita telah dipelawa oleh adik adik manja yang sudi untuk membawa kita ke Masjid Kerisik. 

Masjid Kerisik @ Krue Se ini adalah sebuah lagi masjid ikon untuk masyarakat Islam di bumi Pattani. Masjid ini mempunyai tiang bulat mempamerkan gaya seni bina Asia Barat dan satu ciri penting ialah bumbung berkubah yang tidak pernah selesai pembinaannya.


Berdasarkan penduduk Kampung Ban Bana yang menempatkan sebuah makam di tengah laut yang dipercayai mempunyai kaitan dengan masjid bersejarah itu. Masjid itu dikatakan dibina sewaktu pemerintahan Raja Naresuan Besar (1578 - 1593) dan berdasarkan cerita legendanya, Ko Lim Chiao, seorang gadis China datang ke Pattani dengan menaiki kapal untuk melihat abangnya yang sudah berkahwin dengan anak perempuan Gabenor Pattani.

Abangnya juga dikatakan sudah memeluk agama Islam dan dalam proses pembinaan Masjid Krue Se.

Disebabkan Lim Chao tidak berjaya mengambil abangnya pulang ke kampung halaman, selepas meletakkan sumpah menghalang bumbung masjid selesai, dia dikatakan menggantung dirinya di pokok berhampiran masjid dan abangnya dikebumikan di tempat yang sama.

Meskipun cerita legenda itu tidak dapat disahkan, namun pembinaan masjid yang tidak selesai hingga sekarang secara tidak langsung dipercayai mempunyai kaitan dengan sumpahan itu.


Masjid Kerisik bukan saja dikunjungi pelancong tempatan dan asing disebabkan keunikannya, malah ia adalah satu tempat bersejarah yang menyaksikan pembunuhan beramai-ramai masyarakat Islam ketika baru selesai menunaikan solat pada 2013. Sehingga ke hari ini, masih ada kesan tembakan di pintu masjid meskipun bahagian lain masjid sudah dibangunkan semula penduduk setempat.





Semasa berhenti di sini pun, kita disapa nak kemana. Apabila diberitahu ingin mencari saudara mara di Narathiwat, alhamdullillah.. famili Cha-Bang-Ang ni, mendoakan kita selamat sampai seadanya.



Seboleh mungkin kita nak sampai sebelum jam 6.00 petang waktu Thai ke Paksina Resort. Bukan apa, orang kata, kat sana ada perintah berkurung bagai.. hihkkhhikh.. (padahal tak de pun). 

Ada lagi... orang kata "Jangan pakai helmet kalau masuk Narathiwat"...aiyoyo.. kita pakai je.. selamba je lalu depan soldadu. Tak de tahan pun. Rupa-rupanya orang Thai je yang dilarang pakai helmet kalau di wilayah "panas" ni. 

Kalau pakai, sah soldadu akan tahan dan akan check segala bagai. Kesian.... 


Yang tak bestnya, semasa melintasi Pattani dan Narathiwat, terlalu banyak pos pos roadblock polis. Jangan sesekali masuk laluan kereta, kalau ada laluan motosikal, elok lalu ikut situ.. angkat tangan dan anggukkan kepala pada soldadu (respek dude)... pasti ada yang senyum dan angkat ibu jari. hihkhkihhkk.. syokkkkk sekejap.


Setibanya di sini, kita tengok meriah je kawasan ni. Semasa berhenti dan memeta kawasan situ dengan waze... sempat laa bermesraan dengan anak-anak kecil yang tak tau nak sembang malay. huhuhu... 






Selesai mandi dan bersiap, kita pun follow mak sepupu (sepupu kepada arwah bonda) untuk ketemu dengan sanak saudara di Kampung Baru, Natrathiwat. 





Kita ini datang menyampaikan pesan yang ibu kepada arwah Bonda (nenek kita) yang merupakan ibu saudara mereka ini yang rindu sangat nak jumpa dengan anak-anak saudara di Narathiwat ni. Tambah pulak nenek kita dah tak sihat. 

Bagaimana kita ada saudara mara sebelah sini? 

Cerita moyang kita dulu, yang sempat kita manja-manja semasa kita usia 10 tahun, diorang terpaksa ikut moyang ke Narathiwat kerana kependudukan Jepun.... Wallahualam.. 

Jadinya, untuk program seterusnya, esok pagi setelah selesai menziarahi masjid paling tua di Thailand, masjid 390 tahun, Telok Manok, kita akan menziarahi keluarga di Tanjung Mas pula sebelum kita pulang ke tanahair kita.

Orait.. itu sahaja yang boleh kita kongsi untuk kali ini.. Semoga ianya mendatangkan manfaat. Insha Allah. Opss sebelum itu, perbelanjaan kita pada hari kedua : 

Petrol : THB 320
Makan : THB 200
Hotel Paksina Resort : THB 600

Sehingga berjumpa lagi... #spreadlove #canonriderwashere #sayangimalaysiaku #kitapunya

Post a Comment

0 Comments