1. Hari Arafah. Hari di mana Allah SWT sendiri mendekati hamba-hambaNya. Perkara ini disebutkan dalam hadis yang sahih. Sabda Rasulullah ﷺ:
ما من يوم أكثر من أن يعتق الله فيه عبدا من النار من يوم عرفة، وإنه ليدنو ثم يباهي بهم الملائكة فيقول: ما أراد هؤلاء؟“Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya dari neraka seperti Hari Arafah. Pada hari tersebut Allah mendekati mereka dan berbangga dengan mereka (hamba-hambanya) di sisi malaikat dan berkata: Apa yang mereka mahukan?” (Sahih Muslim)
2. Hari Arafah ini tidak sama dengan malam Lailatul Qadar. Andai malam Lailatul Qadar dirahsiakan dari hamba-hambanya, maka pada hari Arafah ini kita telah pun maklum mengenai waktunya.
3. Justeru pada Hari Arafah ini, perbanyakkanlah berdoa. Ini kerana, menurut Rasulullah, sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah. Sabda Baginda:
: خير الدعاء دعاء يوم عرفة، وخير ما قلت أنا والنبيون من قبلي لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah. Dan sebaik-baik zikir yang aku sebutkan dan juga para Nabi yang terdahulu sebelumku adalah (zikir):لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير
4. Bagi yang mampu berpuasa, maka berpuasalah. Kerana Rasulullah bersabda, mereka yang berpuasa pada Hari Arafah, Allah akan menghapuskan dosa mereka. Sabda Baginda:
صيامُ يومِ عرفةَ، أَحتسبُ على اللهِ أن يُكفِّرَ السنةَ التي قبلَه والسنةَ التي بعده“Puasa pada hari Arafah, aku berharap Allah akan mengampunkan dosa tahun terdahulu dan dosa selepas daripadanya.” (Sahih Muslim)
Semoga Allah terima segala amal kita.
Kredit : @rahimazhari
0 Comments