(Ho Chi Minh City - Phnom Penh - Seam Reap)
04 - 09 Nov 2014
Perjalanan akan bermula. Cuti sudah apply, flight sudah book dan seterusnya...research, belek-belek blog member-member yang pernah pergi ke sana, intai-intai TripAdvisor dan Lonely Planet serta surfing maklumat laman web Cambodia dan Vietnam Government.
Almaklum, pergi bersama-sama anak-anak, agenda untuk shopping bukanlah agenda utama, tetapi memberi pendedahan kepada tempat-tempat bersejarah dan terkemuka di dunia. Sekurang-kurangnya, apabila belajar sejarah-sejarah dunia, mereka lebih jelas dan mudah faham serta lebih ambil tahu berkenaan perkembangan di persekitarannya. Sejarah adalah subjek yang penting dalam hidup kan...kita lebih tahu apa yang perlu kita capai, kejar dan kita mahu kan..
0 Comments