Berpegang teguhlah pada janji Allah SubhanahuwaTaala bahawa orang yang sabar akan mendapat ganjaran pahala yang sangat banyak.
Tidak kira apa pun ujian yang datang, ingatlah Allah SubhanahuwaTaala sentiasa bersama kita.
Yakinlah, Allah SubhanahuwaTaala bersama-sama orang yang sabar. Kesabaran itu sangat-sangat dituntut oleh Allah SubhanahuwaTaala. Sabar itu adalah sifat ahli-ahli syurga.
Perbanyakkan memohon keampunan kepadaNya, agar tidak terlalai. Berbahagialah mana-mana hati yang mana hatinya sentiasa ada Allah SubhanahuwaTaala.
Sesungguhnya Susah Senang Kehidupan Kita Ini Adalah Ujian Dari ALLAH SubhanahuwaTaala.
Apa Yang Terjadi Di Dalam Kehidupan Kita Ini Juga Adalah Takdir Dari ALLAH SubhanahuwaTaala. Takdir Hidup Kita Telah Tertulis Sejak Azali Lagi. Jadi Sentiasa Redha Ketentuan Dari ALLAH SubhanahuwaTaala.
Ingatlah ALLAH SubhanahuwaTaala Menyukai Orang Yang Sentiasa Sabar, Tabah dan Bersyukur Menjalani Takdir Hidupnya.
Sahabatku ingatlah
Ketika HATImu sedang bersedih untuk memilih.
Pilihlah untuk terus TERSENYUM, walaupun kita memiliki segunung perasaan MURAM.
Pilihlah untuk bangkit SEMULA, walaupun kita telah JATUH dan MALU.
Pilihlah untuk SABAR dan REDHA, walaupun kita ada alasan untuk KECEWA.
KERANA ALLAH SubhanahuwaTaala sentiasa bersama orang yang SABAR.
dan
Ketika kaki tersesat tak tentu arah,
Ketika bahu melemah tiada sandaran,
Ketika hati perit tiada pengubat.
Ingat ini...
👉🏻 "Hasbunallah wanikmal wakil", Cukuplah Allah Menjadi Penolong Kami
👉🏻 "La Tahzan Innallaha Ma'ana", Jangan bersedih Sesungguhnya Allah bersama kita
👉🏻 "Innallaha ma'asshobirin", Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar
Jangan pernah mengira kita sempurna dalam bersendirian kerana Allah SubhanahuwaTaalasentiasa ada, sentiasa mengetahui apa yang ada dalam hati setiap hambaNya.
Kita rasa kita tak kuat, tapi hakikatnya Allah SubhanahuwaTaala turunkan setiap ujian itu pada kita kerana Allah SubhanahuwaTaala tahu hambaNya itu kental hati dan perasaan.
Jika ada iman maka itulah pembimbingnya. Jadilah orang yang sabar, kerana sabar itu indah pada akhirnya. Payah tapi berbaloi untuk saham akhirat.
Renungkan;
“Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada ALLAh dengan sabar dan solat” – al-Baqarah : 153 @PetuaDankesihatan
Apabila kita rasa kecewa, rasa down, rasa tidak diperlukan, yakinlah Allah SubhanahuwaTaala sentiasa ada bersama.
0 Comments