Bangkok Loop Trip : Putrajaya ke Lopburi

25hb November 2022 (Jumaat)
Putrajaya - Padang Besar - Hat Yai - Bangkok - Lopburi 

9.00 pagi 
Kali ini trip Bangkok Loop 2022 bersama anak lelaki kita, Anas atau nama manjanya Ujang. Kami bergerak dari rumah dengan jasa baik kawan opis yang sanggup hantarkan kami ke Putrajaya Sentral untuk naik ERL ke Stesen KTMB Bandar Tasik Selatan (TBS). 

10.30 pagi 
Dalam 12 minit kami dah sampai ke stesen TBS. Nasiblah sampai awal ke TBS. Kalau tidak, tercari-cari jugak di mana stesen ETS  tu, tiada label tiada petunjuk melainkan kena "ringan mulut" untuk bertanya. Rupa-rupanya ETS tu sama stesennya dengan komuter. Jadinya untuk mengelakkan tertukar salah naik train, kena perhatikan no. train

Kalau tidak makin haru ler, nasib la mulut ni ringan untuk bersembang dengan penumpang-penumpang yang lain. So ada salah sorang daripada mereka tu yang nak ke Padang Besar jugak. Senanglahh skit. Just kami perhatikan dia jer lah. Tambah plak, ETS Platinum ni tidak tepat masanya. Delay hampir 20 minit jugak. 

3.00 petang
Perjalanan dari TBS ke Padang Besar lebih kurang 507km. Jarak perjalanan dalam lingkungan 6 jam. Kali ni kita berjalan-jalan di dalam train. Dari hujung ke hujung. Kami dijangka sampai ke Padang Besar jam 4.30 petang. Memang ada banyak masa. 

Dalam train ni ada ruang solat yang sama besar dengan washroom. Ruang ni boleh memuatkan dua orang dewasa dalam satu-satu masa. 

Selain surau dan washroom yang luas, ada kafe yang jual makanan dan minuman. Harga tak delaa mahal cam "harga yahudi". Satu nasi goreng yang ala-ala Air Asia tu RM11 - 13. :( Nasib air milo atau kopi 3in1 harganya RM2.80 jer. 

4.45 petang 
Kami selamat sampai ke Stesen Keretapi Padang Besar dengan yang kosong tiada penumpang. Rupa-rupanya penumpang yang ramai tu adalah student yang totally turun di Arau Perlis. 

5.15 petang 
Kami beli siap-siap SIM kad AIS dengan harga RM25 seorang dan segala pergerakan kami ke airport Hat Yai diuruskan oleh penjual simkad di stesen keretapi dengan bayaran RM150 untuk sebuah kereta yang dikongsi tiga orang. :)

6.00 petang
Kami selamat check-in Thai Lion Air dan jadi penunggu tegar di Hat Yai International Airport

Kali ni kami jarak kami fly lebih kurang 778km, 1 jam 45 minit. Kami datang awal ke airport sebab ada masalah web check-in. Datang awal satu hal, flight plak asyik delay jer.. jam 11.15 malam waktu Thai baru kami terbang ke Dong Mueang International Airport (DMK)

1.00 pagi
Sesampai ke Bangkok, hujan lebat sangat. Ada shuttle bus yang menjemput kami dan kali ni mode menunggu lagi. Tunggu driver plak. Penat jangan cakap la.. 30 minit menunggu baru muncul, padahal dah berbincang banyak kali yang kami akan sampai jam 1.30 pagi. 

Dah la tu, driver yang tak reti langsung English dan Malay ni, tak nak bagi kami masuk dalam kereta. Macam-macam betullah. 

Padahal dah tunjuk bukti yang kita pernah bersembang sama-sama sebelum terbang. Aishhh aku tak paham sungguh dengan driver yang banyak songeh ni. 

Dah la hotel yang kitorang booking awal, tiba-tiba jer batalkan tempahan. Terpaksa mencari hotel baru di Lopburi. Kali ni, kita cari yang 24 hours frontdesk. Seb baik ada dan harganya berbaloi. Lega... 

Dengan driver yang banyak songeh ni, semua benda nak kita tunjukkan, dia hanya tau bawak kereta jer. Isi minyak, makan, dan hotel pun kita kena belanja. Nasib laa ada bawak duit lebih.. kalau tidak. kami yang kena tidor dalam kereta. hik3.. seb bek tak gitu..

1.30 pagi
Baru kami gerak ke Lopburi dengan meredah hujan yang lebat, yang driver pun tak reti bersembang. Saborr jer laaa... 

3.45 pagi
Kami selamat sampai ke Lopburi. Hotel Siam Interplace ni, memang best. Luas biliknya dan kemas sangat. Penyambut tetamunya pun OK sangat. Boleh speaking English. Tak perlu kami nak pakai google translator.

Selesai perjalanan hari pertama kami, ada lagi 5 hari untuk jejalan di Thai ni. 
Jadi, jarak perjalanan hari pertama adalah 1,453km dengan menaiki kereta, teksi, ERL, ETS dan kapal terbang. 

Orait, see u then at next entry. Hari Kedua la plak.


Post a Comment

0 Comments