Belum lagi selesai entry untuk Bangkok Loop, kita dah beria-ria untuk teruskan trip Putrajaya - Jakarta - Bali - Bandar Seri Begawan - Labuan - Limbang - Miri - Putrajaya
Mengapa begitu beria-ria?
Kali ini trip dengan si sulong plak. Bangkok Loop dengan si bongsu. Si Sulong nak ke Jogjakarta.
Tapi kita nak kenal jugak dengan Bali, Jakarta, Bandar Seri Begawan, Miri dan sekitar-sekitarnya. Trip ini adalah trip untuk mengenal bumi Allah.
Jangka trip insha allah pada pertengahan November 2023. Jadi dah mula kena buat research untuk penyediaan itinerary, booking transport, hotel dan macam-macam lagi.
Itinerary yang terbaik adalah 6 bulan sebelum trip. Kalau kurang dari 6 bulan, haaa parah. Mengundang banyak bencana buang duit.. sebab macam-macam kemungkinan boleh berlaku sepanjang trip seperti yang terjadi pada Bangkok Loop trip yang lepas.
First-first:-
1. cari-cari artikel tentang tempat yang hendak dituju
2. Kaji peta untuk pengiraan jarak dan lokasi attraction or hotel / transport
3. Surf Tripadvisor, traveloka, klook, booking, agoda, trivago, cheapflight, skyscanner dan lain-lain untuk tawaran penginapan dan pengangkutan yang termurah dan terbaik
4. Dokumen travel (passport dan travel insurance)
5. Duit belanja
6. Tips dan hacks untuk penjimatan semasa trip
7. Do's and Dont's sepanjang trip
8. Semakan tukaran wang
9. Penyediaan bajet
10. Stamina
11. EQ practices
Good luck mawar and Inas for the next trip
0 Comments