La Tahzan

Buat kamu yang bersedih, nukilan dari Dzuriasikim Dzulkefli

T.me/Petuadankesihatan 

quote
Yakinkan diri berkali-kali, meskipun bertahun bersama dengan seseorang, kita hanya akan berakhir dengan perpisahan.  Jangan lupa hal ini ya.  Supaya hati kita sentiasa bersedia.  Segalanya hanya pinjaman Tuhan.

quote
Solatlah selalu agar hati mu tenang.  Istigfar lah agar kecewa mu hilang.  Dan jangan lupa untuk berdoa selalu agar kebahagiaan mu datang.

quote
Jauhkan diri mu dari seseorang jika berasa tidak dihargai dan tidak diperlukan.  Jadikan kehadiran orang yang tidak menghargai mu sebagai pengajaran.  Bukan salah orang itu, tetapi barangkali kamu yang terlalu berharap.  Move on ok...

quote
Segala waktu yang baik akan menjadi kenangan terindah.  Segala waktu yang menyedihkan dan sulit akan menjadi pelajaran hidup.  It’s ok.  Kamu akan semakin matang dan jadi lebih kuat nanti.

quote
Adalah lebih baik untuk menerima kenyataan dari terus berbohong kepada diri atau dibohongi berterusan.   Redha dengan segala ketentuan Tuhan.  Dia tidak pernah mengambil sesuatu dari mu tanpa menggantikannya dengan yang lebih baik.  Meskipun kamu berasa yang diambil itu adalah yang terbaik.  Kamu faham bukan?

quote
Usah terlalu fikirkan kata-kata orang tentang kamu.  Hanya kamu dan Tuhan yang tahu segalanya tentang mu.  Hanya kamu yang melalui segala kesakitan, kekecewaan, kebahagiaan dalam hidup mu.  You don’t have to explain everything….

quote
Jangan pernah merayu kepada manusia ya.  Hatinya milik Tuhan.  Hati kamu juga milik Tuhan.  Berdoa selalu untuk yang terbaik.  Barangkali suatu hari nanti hati mu juga akan berubah.  Dan kamu menjadi malu kerana pernah merayu kepada seorang hamba.  Tuhan bisa membolak balik hati kita semua dengan sangat mudah.  Trust Allah.

quote
Selalulah berdoa agar mata kita sentiasa melihat yang terbaik.  Hati kita sering memaafkan hal yang terburuk.  Fikiran kita dapat segera melupakan kenangan silam yang menyedihkan.  Dan semoga jiwa kita tidak pernah lelah untuk terus tabah.

quote
Tuhan memberikan mu segalanya pada waktu yang tepat.  Tidak akan pernah terlalu awal.  Tidak akan terlewat walau sedetik.  Sabar sedikit sahaja lagi ya.

quote
Perancangan Tuhan Maha Hebat.  Jangan marah dengan takdir.  Suatu hari nanti, kamu akan mengerti mengapa ada banyak orang yang hadir untuk menyakiti mu.  Mengapa kamu harus bersabar sekian lama.  Mengapa harus perlu pergi jauh dari tempat yang kamu suka.  Mengapa perlu jadi sakit begini.  Ketika itu kamu akan bersujud syukur.  Tuhan sedang menggenggam semua doa-doa mu.  Dia tidak pernah tidur….



#spreadlove Putrajaya


Post a Comment

0 Comments