"Ramai yang struggle dan susah dengan ekonomi yang tak sihat ini. Namun amat sedikit yang mahu kembali mencari solusi dengan senjata sedia ada dalam ISLAM"
"Kau boleh tenang menaiki pesawat walaupun kau tak kenal pun siapa juruterbangnya. Tapi kenapa kau selalu resah menempuh hidup sedangkan kau tahu Tuhan yang mengatur segalanya? Sedarlah, kau milik Dia"
"Berhati-hatilah dengan mereka yang memalukan atau berkata buruk tentang orang lain sedang apabila berdepan dia berpura-pura baik"
"Tubuh ini pinjaman dari Ilahi. Sebelum kita kembali, carilah bekalan dan sucikanlah hati kerana mati itu pasti. Ianya dirasa cuma sekali. Tinggalkan dunia dan hidup abadi. Kau takkan pulang kembali. Gunakanlah peluang ini, hidup ini cuma sekali. Fikirkanlah guna mata hati, jangan menyesal di sana nanti. Mati itu pasti."
"Bermain media sosial perlu ada “mood management” yang baik. Sekiranya kalian sedang resah, gelisah, bimbang, muram, baru kena marah baru ada masalah, maka jauhi media sosial. Biasanya luahan di sini akan menyebabkan kalian lebih terjurus untuk menulis perkara yang tidak rasional dan ianya boleh jadi memburukkan lagi keadaan. "
"Sembunyikanlah kebaikanmu dengan serapat-rapatnya, sebagaimana engkau menyembunyikan aib dirimu"
"Tidak setiap kebaikanmu akan dibalas kebaikan yang sama oleh manusia, kerana mereka cepat lupa. Berharaplah hanya kepada Allah, yang tidak akan pernah lupa membalas kebaikan hambaNya."
"Saat orang lain salah faham tentang dirimu, sedangkan engkau tidak mampu menjelaskannya maka satu hal yang mungkin mampu menghiburmu.
"Sesungguhnya... Aku tidak akan dihisab oleh Allah kerana prasangkaanmu, tapi aku akan diadili olehNya atas kenyataan perbuatanku""
"Hidup ini terlalu singkat untuk kita terlupa saling menghargai dan mensyukuri. Terlalu singkat untuk berdendam dan membenci. Terlalu singkat untuk kita berasa gembira dan sedih. Sekiranya masih ada kesempatan waktu. Bersihkan hati untuk saling menghargai dan saling memaafkan kerana kita tidak tahu bila kita akan pergi."
"Tak perlu pening dengan orang yang tidak suka dengan kita, sebab menuju jalan syurga tidak lalu depan rumahnya"😀
"Ya Allah! Jika aku menyakiti orang lain, berikanlah kekuatan untuk aku meminta maaf. Dan jika orang lain menyakitiku, berikanlah kekuatan untuk aku memaafkannya. Aminn"
"Nasihat itu adalah teguran dari Allah yang didatangkan melalui manusia. Maka nilailah dengan hati, bersyukur masih ada yang peduli"
0 Comments