Sayur dan buah mempunyai banyak khasiat dan nutrien yang sangat penting untuk tubuh badan kita. Tetapi, tahukah anda yang setiap warna sayur dan buah tu mempunyai khasiat dan nutrien serta fungsi yang tersendiri yang terdiri daripada Lycopene, Anthocyanin, Beta-Karotein, Zeaxanthin #NutritionistKKM
Pengambilan sayur dan buah yang secukupnya mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia 2020 dapat membantu memberi ketahanan imuniti terhadap badan kita. Oleh itu, mari lah sama-sama kita cukupkan pengambilan sayur dan buah setiap hari.
- Merah (Lucopene/Lutein) - Mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung seperti cili, buah delima, epal
- Ungu (Anthocyanin) - Meningkatkan sistem ketahanan badan dan daya ingatan seperti anggur, terung, kobis ungu
- Kuning (Beta-Karotein) - Meningkatkan kesihatan mata dan agen anti-penuaan seperti pisang, labu, oren
- Hijau (Zeaxanthin) - Baik untuk pembentukan sel darah merah dan imuniti badan seperti sawi, kailan, kangkung dan semua sayur hijau
- Kelabu/ Putih (Indoles) - Menyokong imuniti badan seperti cendawan, bunga kobis
0 Comments