Artikel ini adalah terjemahan dari artikel Why is a 24-hour train journey more comfortable than a 10-hour plane journey? yang disalin semula dari Quora Space: Travel Stories by Alice Twain | 2020
Sebelum itu, izinkan aku maklumkan dahulu perbandingan ini adalah di antara penerbangan biasa dengan keretapi kabin kelas II (atau yang paling rendah, mungkin kelas III).
Ini adalah cara kebanyakan kita berada semasa dalam penerbangan di udara. Korang pasti tau bagaimana keadaannya, kan?
Tempat duduknya yang sempit, ruang kaki yang sangat kecil dan terpaksa meminta laluan dari orang sebelah jika ingin ke lavatory (tandas) malah langsung tiada ruang untuk meregangkan badan atau pun berjalan-jalan.
Bagi penerbangan jarak dekat yang hanya memakan masa 2 hingga 3 jam, tidaklah menjadi masalah. Namun bagi penerbangan yang lebih dari 4 jam dan ke atas, tekanan dan kelesuan dalam diri pasti akan meningkat.
Selain itu, perjalanan dengan kapal terbang yang kebiasannya bunyinya sangat bising dan kuat, udaranya pula dikitar semula. Dah tak pasal-pasal kulit menjadi sangat kering dan tegang, dan kadangkala udara dalam kapal terbang itu berbau busuk (boleh sakit kepala).
Jadi mari aku bagitau perbezaan antara naik keretapi yang perjalanannya 24 jam berbanding naik kapal terbang selama 10 jam
Perbezaan
#1 Tempat duduk di dalam keretapi
Walaupun tidaklah besar mana, namun lebih luas dan menawarkan lebih banyak ruang kaki korang.
Jika korang terasa ingin berjalan-jalan, anda boleh berjalan-jalan dalam gerabak dari hujung ke hujung dan jika dah sampai ke kafe, korang boleh menikmati nescafe/ teh tarik/ espresso tak pun kudap-kudapan.
Tak pun, korang boleh je berdiri dalam gerabak dengan menikmati pemandangan sepanjang perjalanan untuk seketika. Selain itu, dalam keretapi juga ada wifi yang boleh disambung pada peranti mudah alih korang. Malah bunyi dalam keretapi itu jauh lebih senyap daripada bunyi dalam kapal terbang.
#2 Kabin
Untuk perjalanan selama 24 jam korang boleh menggunakan keretapi yang dilengkapi khas seperti ini:
Pada waktu malam, staf keretapi akan menukarkan tempat duduk kepada kabin iaitu tempat tidur berlipat kepada 4 katil 2 tingkat, supaya korang boleh berbaring dan tidur untuk beberapa jam.
Diorang juga menyediakan bantal, cadar dan selimut. Sebagai alternatif, korang boleh juga membawa sleeping bag sendiri atau hanya berbaring sebegitu.
#3 Koridor sisi
Terdapat juga koridor sisi yang dilengkapi dengan tempat duduk berlipat yang kekal boleh diakses sepanjang siang dan malam jika korang tidak boleh tidur tapi terasa ingin membaca.
#4 Bagasi mudah akses
Di dalam keretapi juga, korang boleh membawa bagasi bersama-sama. Jadinya, korang boleh membukanya jika ada apa-apa yang diperlukan dari bagasi korang.
#5 Kekerapan berhenti
Kebanyakan keretapi akan berhenti sekali atau 2 kali selama 15 hingga 20 minit di sepanjang laluan. Jadi korang memang sempat sangatlah keluar dari gerabak untuk hisap rokok luh atau menghirup udara yang lebih bersih ataupun membeli makanan yang dijual oleh penjaja.
Jadinya, untuk aku menempuh perjalanan dengan kapal terbang selama 10 jam, aku sememangnya perlu melengkapkan diri dengan bahan bacaan, stoking hilangkan rasa kebas, penyumbat telinga dan sebagainya.
Kemudian aku terpaksa hadap pulak, 10 jam yang penuh kebosanan dan kekal pasif di tempat duduk dan terpaksa menerima hakikat yang aku tak boleh membawa air ke dalam kapal terbang kecuali sebotol air yang jumlahnya kecil. Kalau nak minum air, sah-sahlah aku terpaksa minta dengan pramugari atau pramugara.
Sebaliknya, jika aku berdepan dengan perjalanan dengan keretapi selama 24 jam, aku akan melengkapkan diri dengan sebotol air besar 4L, dan jika kehabisan air, aku boleh berlari-lari membeli air di kafe atau kat mana-mana perhentian di sepanjang perjalanan.
Selain itu, aku juga boleh membawa makanan sendiri. Katakanlah, kalau aku menaiki keretapi pada jam 10 pagi, aku dah boleh prepare siap-siap makanan tengahari sendiri, beberapa bahan bacaan, alatan mengait, handphone dan tablet yang aku boleh sambungkan dengan wifi keretapi.
Aku juga boleh menonton sesuatu di Netflix atau salah satu filem yang ditawarkan oleh keretapi. Aku juga boleh menyemak akaun media sosial sendiri.
Apabila aku dah mula bosan duduk-duduk, aku boleh je berjalan-jalan, atau menikmati udara segar ketika berhenti nanti.
Pada waktu tengahari, aku boleh berjalan-jalan ke kafe dan menikmati secawan kopi. Pada jam 8 malam, aku boleh membeli sendiri makan malam yang akan dihidangkan di tempat duduk aku oleh staf keretapi.
Sekitar jam 10 malam, kabin pula disediakan untuk aku berbaring, berehat pastu tertidur. Lampu kecil itu pula membolehkan aku membaca jika saya tidak boleh tidur. Ataupun aku boleh je bangun dan berjalan-jalan di tepi koridor.
Menjelang 7 pagi keesokkan hari, sekali lagi staf keretapi akan menukarkan kabin kembali kepada suasana siang. Aku boleh mandi dengan cepat-cepat di tandas dan menuju ke kafe untuk minum secawan kopi dan bersarapan ringan.
Menjelang 10 pagi, aku sudah sampai ke destinasi dengan cukup berehat dan segar-bugar.
Peminat Quora
0 Comments