Teringat sewaktu mula-mula daftar menjadi rakan bisnes MJ atau nama penanya Mak Jemah pada 12 Februari 2015 yang lalu.
"Serius ke ni Mak Jemah, boleh berjaya ke wat menda ni? Ini je duit yang saya ada."
Gusar jugak sebenarnya. Mau taknya, hanya tuhan saja yang tau, apa perasaan Melati pada waktu tu.
Itu je duit simpanan yang Melati ada selepas banyak menda yang terjadi sebelum ni.
Nak tau kisahnya, boleh baca kat entry Siapa Melati.
3 sebab utama kenapa Melati sanggup join MJ
- percaya dengan produk yang memang berkesan dan dipercayai ramai.
- mencari pendapatan tambahan untuk tampung kos sara hidup.
- Ada group coaching dan mentor yang akan memberi bimbingan untuk berjaya dalam biz.
Melati memang tak tau la plaks syarikat MJ ni adalah Multi Level Marketing atau dikenali sebagai MLM atau pun Network Marketing.
Rupa-rupanya syarikat MJ ini adalah perintis kepada MLM yang ada di seluruh dunia ni. Hebat tul, kan?
Apa konsep MLM ni sebenarnya?
Berdasarkan pembacaan dari Buku Nutrisi Shaklee, katanya, MLM ni adalah perkongsian.Orang yang ada karektor suka berkongsi pasti akan berjaya dalam MLM.
Mereka akan sentiasa menyebarkan kebaikan. Itulah konsep MLM sebenarnya.
MLM bukannya menjual barang.
Bukannya mendesak orang untuk membeli barang dan memaksa orang menjadi ahli. Bukan begitu caranya.
MLM bukannya skim piramid, scam, pak mantelo dan sememangnya bukanlah organisasi penipuan.
MLM adalah cara kita menyebarkan kebaikan tentang sesuatu produk dan berkongsi peluang atas dasar untuk membantu orang.
"Contohnya:Melati kongsikan tentang kebaikan vivix untuk pesakit diabetis. Kemudian, pesakit tersebut nak beli vivix ni.
Da beli, Melati ceritakan pulak tentang kebaikan syarikat yang Melati bawa ni dan peluang-peluang yang ada seperti dapat diskaun sekiranya jadi ahli, dapat cash bonus, car bonus, trip percuma dan sebagainya.
Dan sekiranya pesakit diabetis tu setuju, Melati kongsikan pula cara-cara untuk menyebarkan kebaikan vivix ini kepada orang lain pula. "
Inilah konsep MLM sebenarnya. Membantu sesama kita untuk sama-sama berjaya dalam bisnes yang dijalankan.
Bukannya memancung, tikam belakang atau bermain dengan taktik kotor untuk berjaya dan dipandang tinggi.
Kebanyakan orang salah faham tentang MLM ni.
Kata Guru Amirul dalam Vlog di Youtube, 100% orang tak faham MLM di Malaysia. 90% pula yang da masuk MLM pun masih tak faham apa itu MLM.
Sebab tu lah, ada ramai di kalangan kita, bila dengar je MLM, semuanya fobia.
Kalau tak kerana segelintir pihak yang mengambil kesempatan dan menyalahgunakan konsep MLM, pasti MLM akan diterima oleh seluruh masyarakat dunia. Betul tak?
Donald Trump pun sanggup buat MLM sekiranya syarikat miliknya bankrap, tau.
Kata Ustaz Azhar Idrus pula, MLM yang haram adalah MLM yang hanya mencari ahli baru tapi tiada produk yang "dibawa".
Itu memang salah dari segi hukum syarak.
Ini adalah kerana ia hanya menguntungkan pihak atas sahaja, sedangkan pihak bawah yang bekerja keras, bertungkus lumus ini, akan mengalami kerugian sekiranya syarikat tersebut bankrap atau lingkup.
MLM ini juga boleh juga diibaratkan seperti Petani dan biji benihnya. Meh layan sat citer ini.
Itu sahaja yang dapat Melati kongsikan cerita sal MLM ni.
Setiap kejayaan, adalah bermula dengan usaha.
Mana ada kejayaan datang bergolek pada kita kalau kita tau mengeluh dan mengomel je.
Jom berusaha dan berusaha... untuk hasil yang berganda. Barulah namanya usahawan..
Tak gitu?
Sentiasa berfikiran positif dan ghairah untuk menyebarkan kebaikan.
Insha Allah, kejayaan pasti milik kita dan MLM akan diterima pakai semula oleh masyarakat kita.
0 Comments