Wow!!! Kelas INSTA serendah RM 10 je


Macam tak percaya je kan? 

Hari ni, 10 Oktober 2015, buat pertama kalinya, Melati join kelas Insta yang dianjurkan oleh Mommy Hanum. 

Objektif kelas ini dianjurkan adalah untuk memberikan pendedahan asas kepada pengguna-pengguna insta yang nak berjinak-jinak dengan teknik pemasaran instagram. 



Kelas ini hanya berskala kecil je yang mana ia terbuka untuk ahli group WahMillionaire Shaklee sahaja. Untuk kelas kali ini, hanya 10 orang peserta je yang terlibat. 

Ada banyak tips yang dikongsikan sepanjang sesi perkongsian ilmu perniagaan ni antaranya : 

Branding - pemilihan nama 
Seeloknya pilihlah nama yang mudah diingati, senang dicari dan ada nilai komersial.


Edit profil 
Kebanyakan followers instagram ini lebih kepada cash on delivery. Jadinya, maklumat pada profil tu, nak tak nak mesti ringkas, tepat dan jelas. 


Setting Akaun
Bagi akaun perniagaan yang masih baru nak bertapak, seeloknya set as public untuk menarik ramai followers berkunjung ke galeri instagram kita.



Poster Flat Lay Berjiwa 
Gambar yang menarik pasti boleh mendapat ramai followers dan banyak likers. 

Untuk mereka design yang menarik pada poster, banyak apps yang boleh dipasang pada smartphone. Antaranya, Studio, Pic Arts, Cymera, FotoRus dan macam-macam lagi.

Konon nak buat flat lay.. tapi langsung tak menjadi.

Tarik Followers dan Likers
Ada empat teknik untuk dapatkan followers dan likers iaitu :
  • Melalui facebook friends dan no. telefon 
  • Targeted follower
  • Copy follower dari Insta produk mahal 
  • Guna Crowdfire Apps
Antara kegunaan Crowdfire Apps ini adalah untuk menambah followers dan membuang unfollowers. Ia juga sesuai untuk copy follower dari instagram akaun orang lain. 



Memang ini dia rules jika berinstagram.

Sebenarnya banyak sangat info yang dikongsikan dalam kelas ini. Memang terbaik dan Melati amat berpuashati. 

Banyak sangat tips dan info yang disampaikan sehinggakan membuatkan kita berdialog sebegini, 

"ooowwwwh.. macam tu.. "

sebab menda-menda sebegini kita tak perasan, kan. 

Padahal, dengan teknik teknik yang biasa kita buat tu, memang boleh "boom" kan galeri instagram dengan likers untuk setiap poster yang dipos.


Selain dapat meningkatkan followers yang secara tak langsung perniagaan kita berkembang maju.



Untuk tips dan info yang lebih lanjut, sila klik pautan di bawah.

Di penghujung masa, Mommy Hanum telah menyampaikan hadiah berupa vitamin Shaklee yang terbaik kepada peserta yang mendapat followers yang tertinggi sepanjang sesi pembelajaran berlangsung. 

Antara hadiah yang diberikan kepada peserta kelas insta

Begitu juga beberapa hadiah vitamin juga disampaikan kepada peserta yang dapat menjawab dengan tepat bagi soalan-soalan kuiz yang diutarakan. 

Dan episod yang paling best sekali, Melati dihidangkan dengan kek coklat ganache yang enak sehingga menjilat jarilah. Sedap sangat... 

Kek coklat ganache yang memang umph.. sedap sesangat

Akhir sekali, Melati nak kongsi kata-kata ini. 




Post a Comment

1 Comments

Cikna said…
Sis dpt hadiah x, cikna pun suka guna 'cymera' simple&cantik sng nk edit.....;-)