Bhgn. 12 : Jelajah 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar)

Bismillahirrahamanirrahim...

Impian kita untuk sampai ke Mae Hong Son dan ke Boten, sudah tercapai. Alhamdulillah, kiranya misi kita tu dah selesai. Jadi, ceritanya kali ini, cerita tentang pencarian batu tanda "viral" di kalangan para bikers yang pernah ride ke sini.

Bagi yang belum lagi membaca kisah kita yang sebelum ini, boleh klik, Bhgn. 11 : Jelajah 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar)

Bhgn. 12 - Misi dah Selesai!

1hb Februari 2018
Mae Hong Son City - Pai 

Selepas semalaman menginap di Puchomjan Guesthouse, kita pun berpatah balik ke Mae Hong Son City. Actually, penginapan kita kali ini, 10km terkeluar dari Mae Hong Son City. Jadi untuk ke Chiang Mai melalui Pai, memang kena berpatah balik. Seriously, kita tak sarankan menginap di sini. Rugi...jauh sangat dari bandar.

Sinki kayu @Puchomjan Guesthouse
Kabus
Orang Utara memang suka masakan "grilled"

Kebanggaan Mae Hong Son City
Praya Singhanaj Raja atau lebih dikenali sebagai Chan Ka Lay adalah gabenor yang pertama dilantik oleh Raja Indhawijayanon pada tahun 1874 setelah Mae Hong Son ni dinaiktaraf menjadi sebuah bandar. Dulunya, Mae Hong Son ni hanya kem latihan gajah liar. Gajah-gajah tu dilatih untuk tujuan peperangan dan kerja-kerja buruh yang lain. Kesiaaaan kat gajah-gajah tu, kan.

Bagi yang nak tau lagi sejarah Gabenor Chan Ka Lay ini, boleh je baca penerangan kat batu peringatan ni. Nak tau apa yang menarik di Mae Hong Son, boleh klik, 10 Top-Rated Tourist Attractions in Mae Hong Son 

Sejarah Praya Singhanaj Raja
Hospital

Pasu kecik yang unik kat Mae Hong Son
Mandalay Massaage - kita tak pernah try
Anak-anak nak ke sekolah
Sibuknya jalan pagi Khamis dengan anak-anak yang nak ke sekolah
Bye-bye the City of Three Mists
Lambang signboard cenggini memang banyak di area Mae Hong Son ni
Dari Mae Hong Son City ke Chiang Mai, jaraknya 244km, huhuhuh...yang ini lagi 225km, maknanya jauh lagi perjalanan
25kmj jer...
Yeah!!!.. kita dah jumpa batu tanda viral ni
Mandi cahaya pagi dululah ye...
Tak sabar, tak sabar, tak sabar...hik3
Cantiknya awan
Kita berenti bergambor dulu...
Kira 75kmj tu paling laju le kat Mae Hong Son Loop ni
Kita berenti lagi...

Berenti untuk beli makan pulak
Kita beli ubi keledek dan jagung bakar. Tapi sayang, panasnya sekejap je sebab udara kat situ teramatlah sejuk.
Waktu ni, kita ada beli dua jagung dan dua ubi keledek, konon-konon nak buat berbekal. Kita beli sebab harganya murah sangat.

Gara-gara, tak sampai 5 minit, ubi dan jagung tu dah mulai sejuk, kita pun bagi jelah kepada pelancong mat saleh yang ada berhenti bergambar di situ.

Kat Mae Hong Son ni, ada banyak, banyak sangat guanya.
Kita dengan pelancong Korea
Kita sorang je, kalau berempat pasti seronok main buai ni, kan
Kita baru perasan kulit kita dah mulai hangus
Jom teruskan lagi perjalanan
Skit lagi nak sampai Pai, lagi 85km...
Dengan selekoh cenggini, sejauh 85km...Mae Hong Son City to Pai, huhuhu...
Pelik bebenor namanya
Agaksnya nak pi hantar ke rumah pengasuh lah ni ye!
Baru nak pergi ataw baru balik dari kebun ni, sis?
Akhirnya sampai jugak kita ke Pai...Yeaaaah. Kita nak makan nasi goreng, tomyam, ayam gajus, popia.. uish, lapor ni!!!
Itulah, lega sesagat apabila kita dah masuk Pai. Maknanya kita dah boleh makan nasi. Ada restoran halal yang sedap di Pai ni. Dalam fikiran kita masa tu memang nak makan macam-macam. Maklumler, perut dah lapor, awaknya.

Oraitlah, kita berhenti setakat ini dulu la yer. Kita berjumpa di next next story bergambar lagi! Boleh klik Bhgn. 13 : Jelajah 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar). See ya... #spreadlove - Canon Rider was here...

Post a Comment

0 Comments