Bismillahirrahamanirrahim...
Kita dah nak sampai ke penghujung kisah kita menjelajah di Utara Asia Tenggara. Sekarang kita just nak tunjukkan, apa je yang ada di Pai hinggalah ke Chiang Mai. Tiada lain misi kita kali ini, melainkan untuk mencari dua lagi batu tanda viral di kalangan bikers yang dah pernah ke sini.
Macam biasalah, episod sebelum ini, kita ada ceritakan kisah perjalanan kita dari Mae Hong Son City ke Pai. Macamana giler punya selekohnya, hampir-hampir jadi giler kita dibuatnya, hik3. Ini dia, episod sebelumnya, uols boleh klik,
Bhgn.12 : Jelajah 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar)
Bhgn. 13 - Pai in Love
1hb Februari 2018
Pai - Chiang Mai City
Pai adalah pekan kecil yang terletak di antara Mae Hong Son City dan Chiang Mai. Budayanya totally dipengaruhi oleh Burma kerana penduduknya adalah dari etnik Tai keturunan Shan Burma. Lagipun, lokasi Pai ini dekat sangat dengan Burma (Myanmar). Sebelah bukit je pun, hik3.
Actually, Pai amat terkenal di kalangan backpackers kerana atmosferanya yang sejuk, nyaman dan banyak-banyak sangat tempat lepaking yang best-best dan happening di sini. Nak tau lebih lagi mengenai Pai ini, boleh klik
10 of The Best Things To Do In Pai, Thailand
|
Pai Forest Fire Control Station |
|
Pai Town |
|
Kat Pai, ada belon panas. Wow!!! |
|
Patung Puak Karen di salah sebuah guesthouse |
|
Banyak monumen cenggini di guesthouse in Pai |
|
The Flintstones |
|
First time, kita tengok signboard macam ni |
|
Uniknya! Atas bumbung pun ada pokok bunga |
|
Kawasan tumpuan di Pai Coffee in Love |
|
Pekannya kecil je, tapi ada airport. Kelasss gitu!!! |
|
Kita dah sampai kat kedai makan Halal@Pai, Mae Hong Son |
|
Seriously...marbelous |
|
Kedai makan Armina Pai ini, memang unik. Wajib singgah! |
|
Macam-macam cara dan gaya orang Pai nak menarik pelancong singgah, ye! |
|
Tugu Tha Pai Memorial Bridge |
Jambatan besi ini terletak di KM8, Highway 1095, Jalan Mae Malai - Pai. Actually, jambatan ini dibina sewaktu Perang Dunia Kedua terjadi dalam sekitar tahun 1941 - 1942 oleh tentera Jepun semasa hendak menakluk Burma dari Chiang Mai ke Mae Hong Song. Pada ketika itu, Burma dibawah jajahan British.
Jambatan ini dibina di atas Sungai Tha-Pai, di Ban Tha-Pai dengan menggunakan gajah dan tenaga buruh paksa dari penduduk kampung itu sendiri. Alahai, kesiannya!!!
Namun, setelah kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua itu, tentera Jepun telah membakar jambatan tersebut. Tetapi atas desakan keperluan kegunaan harian, jambatan itu dibina semula oleh penduduk kampung Tha-Pai. Dan ia kekal ada sehingga sekarang. Kalau tak dak jambatan ni, tak de laa gambor kita cenggini, ye...
|
Tha Pai Memorial Bridge atau Tha Pai World War II Memorial Bridge |
|
Patung-patung ini dibina dari bahan-bahan buangan |
|
Fuh, kreatif betul diorang ni kan... |
|
Akhirnya, misi kita dah selesai - Batu tanda viral yang terakhir |
|
Kucing dan Motosikal memang faborite kita, awaknya! |
|
Nama kedai kopi ini memang menakutkan dan mengerikan. Sampaikan nak pergi toilet pun kita takut...huhuhuh |
|
Banyak betul patung ahli sihir kat kedai kopi ni |
|
Akhirnya kita sampai juga kat Chiang Mai City |
|
Tinggalan kota lama Chiang Mai yang masih dipulihara |
Dalam sekitar jam 5.00 petang, kita pun sampailah ke
Chiang Mai City. Setelah pulangkan
Honda CB500 tu, kali ini kita sewa motosikal kecik pula untuk pusing-pusing di
Mae Rim besok. Dengan motosikal kecik ni, senanglah skit pergerakan kita di dalam bandar Chiang Mai yang sesak dan panas ni. Memang panas berbahang macam Kuala Lumpur jugak.
|
Antara kedai halal yang ada di Anusarn Market, Chiang Mai |
|
Pulut mangga kegemaran kita. Tapi, tak uumphh macam pulut mangga selatan Thai |
Malam tu, kita keluar untuk makan dan intai-intai souvenir di
Anusarn Market. Setelah puas berjalan, jomlah kita balik. Esok pagi kita nak ke Mae Rim pulak. Nak pergi main dengan Harimau. Wah... kita tak sabar dah.
Orait, apa-apa pun, kita stop di sini dululah ye. Kita jumpa di next next story pulak. Boleh klik
Bhgn. 14 : Jelajah 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar). Sehingga berjumpa lagi. See ya.
#spreadlove - Canon Rider was here...
0 Comments