#firsttime @Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia


31hb Oktober - 5hb November 2012
Makassar
Sulawesi Selatan

Tana Toraja. Nama yang memang tidak asing lagi bagi orang yang sering mengikuti dokumentari berkenaan Bumi Toraja ini.  Pada tahun 2012, ada satu rancangan TV3, Dunia Tersembunyi yang telah membuat dokumentari berkenaan Toraja.  

Di dada akhbar-akhbar arus perdana yang terkemuka seperti Harian Metro dan Utusan Malaysia juga ada bercerita mengenai Toraja ini.

Dalam diam-diam, kita menyimpan impian dan harapan untuk memijak tanah Toraja itu juga pada satu masa nanti.  Kebetulan kita terlibat secara langsung dalam Pasukan Mendayung Perahu Naga Putrajaya, tak disangka-sangka yang akhirnya menerbangkan kita ke sana. Bertuahnya nasib badan. Impian dan harapan tercapai juga.

Walaupun last-last minute, kita terpaksa menarik diri dari pasukan mendayung, kesempatan ini kita gunakan untuk menjelajah sendirian bumi Makassar, Makale dan Toraja disamping mendampingi masyarakat tempatan, serta turut mempelajari budaya dan dialek orang Bugis Makassar.

Pengalaman tersebut amatlah bermakna bagi kita sepanjang berada di bumi asing Sulawesi Selatan selama seminggu bermula pada 31 Oktober sehingga 5 November 2012.

Setibanya di lapangan terbang, kita ditahan oleh pegawai kastam kerana membawa masuk bekalan biskut-biskut kudapan kita sepanjang berada di bumi Makassar.  
Nasi Lemak yang memang sudah order siap-siap semasa booking tiket. 
Manalah tau tetiba terasa lapar di tengah-tengah malam atau semasa perjalanan tiada makanan halal, bolehla makan bekalan ini. Kita tak sangkalah plak biskut-biskut itu dirampas. Hurm, yang tak dirampas hanya dua tiga barang aje. 

Selebihnya Milo 3in1, Chipsmore, Maggi, biskut Julies dan Munchy's, pihak kastam sana dah amik. Nak buat macamana.  Sebelum ke mari ke sini, kita ada terbaca entri berkenaan makanan halal yang agak susah nak dapat di Makassar.
Katanya kita susah nak cam, yang mana satu muslim dan yang mana satu kristian. Sebab yang Kristian pun bertudung jugak, sama seperti yang muslim.

Penerbangan mengambil masa 2 jam 30 minit aje. Sama masanya dengan terbang ke Sabah. Apa-apapun, perempuan Sabah yang sebaris dengan kita yang juga turut beratur untuk proses check out di Imigresen Airport Sultan Hasanuddin ini pun nak ke Toraja. Katanya nak ketemu dengan ahli keluarga sebelah emaknya.




Tapi betullah jugak, semasa kita makan ikan bakar bersama orang tempatan Makassar, diorang telah bawak kita ke satu kedai makanan seafood mengadap Pantai Losari.  

Tak sangka plaks, itu kedai makan cina sebab tokey dan pekerjanya tak de langsung dialek cinanya, fasih betul berbahasa Melayu.  Dan cara hidup masyarakat Cina Makassar jugak hampir-hampir sama seperti masyarakat melayu di sana. Berbeza dengan cara hidup masyarakat TiongHua Malaysia. 


Jadinya, kita pun orderlah macam2 ikan. Adalah dalam 4 jenis ikan.  Harganya teramatlah murah sesangat tapi cara masakannya, kita  bagi chances pada kawan-kawan tempatan kita ni untuk order ikut selera masing-masing. Tujuannya, kita nak merasa masakan kegemaran orang Makassar. 

Sedang elok-elok nak makan, doa  dah dibaca, dah diamin, ades...kita terpandang susunan kotak-kotak Guinness elok je kat jalan menghala ke dapur.  Hurm...potong selera kita .  

Memang tak bersentuh laa makanan dan minuman selepas itu. Sah-sah makanan dan minuman kat restoran tu tak halal. Memang bab-bab makan kita perhatikan sangat. Sebab Mak kita ada berpesan, jangan amik dan makan benda haram, nanti bila dah menjadi darah daging, hati jadi hitam.  Apabila dah hitam, susahlah kita dalam segala perkara. Takutnya...
Ojek
Setibanya di hotel, yang betul-betul di simpang empat di bandar Makassar, kita perhatikan, hotel ni macam besh je, disambut pula dengan keramahan pekerja hotel tersebut, makin berbunga-bungalah hati kita. Hotelnya bersebelahan dengan rumah sakit (hospital). 
Vector
Setiap pagi, apabila kita bangun dari tidur, pemandangan pertama adalah kesibukan trafik di simpang empat tu. Best dan seronok bila perhatikan gelagat masing-masing yang kelam kabut keluar mencari rezeki.

Maklumlah, Putrajaya kita ni bandar yang tenang dan damai. Kat sana pulak, bising dan kecoh. Pit pit pit, pon pon poooooon, semuanya seolah-olah bersembang sesama sendiri. Kereta, motor even lori, semua orang tekan hon. Kata orang sana, itu tandanya mereka bertegur sapa sesama sendiri. Owhh, begitu.
Angkutan Kota
Apabila malam plaks, jalanraya simpang empat tu, telah bertukar menjadi tempat anak-anak muda berkarya sehingga larut malam. Tidak kira remaja atau kanak-kanak perempuan lelaki, semuanya seolah-olah berseronok. 

Ada yang petik gitar, ketuk-ketuk tin, menyanyi solo atau beramai-ramai, menari bermacam-macam gaya, ada yang memanjat signboard, melompat-lompat dan ada juga yang meminta derma di atas jalanraya.


Tugu utama yang pasti ketemu dari airport ke hotel, hotel ke stesen bas
Tapi tak da pun orang keluar dari kereta marah-marah, jerit-jerit atau maki hamun diorang, seolah-olah tak de apa-apa yang berlaku pun. Mereka da biasa kot. Walau pun bising, kita berasa terhibur sangat. Sekurang-kurangnya ada suara orang yang menemani kita yang duduk sorang-sorang. 

Tahu-tahu sajalah,  kita memang jarang sangat menonton tv even sendirian. Kalu tonton pun, sekadar menjeling je. nak menonton betul-betul pun, time waktu berita je lah atau dokumentari yang best2. 

Sebut pasal tv, yang bestnyer di sana, tiada iklan-iklan mengarut seperti di Malaysia. Di sana, iklannya lebih berkisar kepada produk minuman kesihatan.  Iklan shampoo ke, deodoran ke, iklan ntah apa-apa, tak nampak plak di mata kita sepanjang berada di sana. Iklannya pun tak de memakan masa berminit-minit. satu dua iklan je then terus sambung dengan cerita. Berbezalah. Memang berbeza.
Masjid Agung Baiturrahim
Masjid Hunto Sultan Amai
Masjid lagi. Di Makassar memang banyak masjid
Kembali kepada hari pertama kita di sana, setibanya di hotel, perkara wajib yang perlu buat, kita akan cari simkad untuk hubungi keluarga terlebih dahulu, kononnya nak bagitau yang kita da selamat sampai di rantau orang.  Aish, tak sangka plak yang tuan punya kedai simkad tu akhirnya menjadi tempat rujukan dan tourist guide pada kita sepanjang berada di sana.

Pasangan suami isteri tersebut masih adik-adik lagi, si suami berusia 19 tahun dan si isteri pula 21 tahun. Belum ada anak lagi, baru kahwin 2 tahun.  Walaupun dialek Makassar amat asing bagi kita, tapi boleh la sembang skit2 dengan diorang. "Iyek" aje la..maksudnya "Ya".
 Toyota Avanza paling banyak di Makassar
Apa saja yang boleh letak pada motor, letak aje. Sama pemandangannya di Vietnam.
Semasa kita bertanyakan tempat makan, si isteri ada tunjukkan "warung tolak" tu, mana nak selera kita nak makan.  Bukan nak mengada-ada, tapi kita fikirkan pasal aspek kebersihan dan halal haram. Itu aje... 

Then dia tunjukkan restoran sebelah kedainya. Kita tanya halal ke tak. Hurm, tak pula dijawab.  Nak tak nak, kita makanlah skit. Buat alas perut, mana nak boleh tahan, belum makan apa-apa lagi.  Hanya beralaskan nasi lemak je atas flight tadi.
Tong gas yang kecik keciput untuk "warung tolak". Cute sungguh...
Hari kedua, kita meronda-ronda di sekitar Makassar dengan menaiki teksi. Pada masa tu, kita tak kenal lagi TayarGolek.com. Lagipun, Hans Tayar Golek rasanya belum sampai sini lagi dengan Red Versys nya kot.  Betul ke?

Yang bestnyer tentang pengangkutan teksi di sana, even teksi di seberang jalan, kita di sebelah sini, teksi akan berhenti dan berpusing henti tepat depan kita. Tak perlu kalut-kalut nak lintas jalan yang asyik penuh, tak pernah lengang dengan kereta dan motor yang bersimpang siur.

Betul-betul pemandu tu jemput kita selangkah, terus masuk ke dalam teksi. Terasa macam VVIP je gitu. Patutlah orang asing sukakan Indonesia, servisnya memang terbaik. Layanan masyarakat di sana memang terbaik.
Suasana biasa di waktu pagi. berjualan di kaki lima jalan depan kedai sebelum kedai dibuka. 
Kebetulan kita di sana, musim orang sibuk berkempen untuk pilihanraya Januari 2013.  Parti Bulan Bintang... :)
Inilah yang kita maksudkan dengan "warung tolak"
Universiti pun banyak di Makassar
Namanya Aceh, tapi ada Banglades pulak. Mana satu nim...:)
Hari ketiga, kita telah merancang untuk berkunjung ke Tana Toraja. Pagi-pagi lagi, kita dihantar oleh teksi hotel ke stesen bas. Dari hasil pembacaan, perjalanan ke sana memakan masa 5 - 6 jam. Kita da seronok sangat da. Tak sabar betul nak melayan scenery sepanjang perjalanan merentasi bandar, pekan dan kampung menuju ke Utara Sulawesi yang jaraknya sejauh 346km.  

Kalu di Hatyai, jualan kain baju, souvenir dan aneka jeruk dan makanan. Tetapi di Makassar, jualan hasil tani oleh penduduk tempatan. 
Cantiknya, bangunannya berwarna pink
Warna bangunan di Makassar yang betul-betul menarik minat kita. 
Colourful gitu. Penunggang motor di sana, terpaksa "bungkus" tubuh badan mereka kerana persekitarannya terlalu berdebu dan panas.
Design bumbung cam Minangkabau je
Kem Tentera katanya pak supir (pemandu teksi).  Warna hijo muda lembut-lembut gitu...alahai :) 

Kita tergelak besaw bila terpandangkan signboard dari gabus ni. Kreatif dan satu haram pun kita tak paham. Dan kita tak nak plak cuba-cuba nak paham...:)
Stesen Bas untuk ke Tana Toraja. 
Yang peliknya, untuk masuk stesen bas pun, nak kena bayar. Sama jugak nak masuk pasaraya pun, nak kena bayar... 

Setakat ini dulu la ye, nanti kita kongsikan lagi pengalaman lone ranger di rantau orang. Nantikan sambungan perkongsian perjalanan menuju ke Utara Sulawesi. Perjalanan yang bagi kita amat mencabar dan menyeronokkan.  

Post a Comment

0 Comments