Betong Thailand


6hb Disember 2014
Betong, Thailand

Trip kali ini yang terakhir untuk jalan-jalan bagi tahun 2014. Tahun yang paling best, paling banyak dugaan, banyak kesilapan, banyak kejayaan, banyak kegagalan dan banyak, banyak, banyak lagi.

Pendek kata, tahun 2014, tahun yang paling mencabar dan menguji imun diri.

Alhamdullillah, dengan izinNya, selepas balik dari trip Ho Chi Minh - Phnom Penh - Seam Reap - Aryanphratet, merentasi 3 buah negara bersama-sama anak-anak kita yang masih kecil pada November 2014, kita dipelawa dari salah seorang kenalan lama untuk join ride ke Betong, Thailand...


Wah, ini satu peluang yang jangan sekali-sekali dilepaskan. Bumi Thai memang kita suka sangat. Pantang diajak, pantang dipelawa...

Misi kita plaks, sememangnya nak penuhkan Buku Merah (Pasport) dengan cop-cop imigresen luar Malaysia  dan kenal-kenal dengan budaya dan makanan kat sana. 

Dua minggu sebelum ride, kita da "berjalan-jalan" dengan Google Earth, di bumi Betong. Baca blog sana-sini.  Dan yang pasti, blog yang kita sering kunjungi semestilah blog TayarGolek.com, itulah sumber rujukan utama kita sebelum ikut mana-mana trip.  Maklumlah, kita ni jiwa bikers. Jiwa bikers ni lain skit, tak sama ngan jiwa kaki shopping.

Kita da set mind siap-siap, agar tak apa-apa sepanjang perjalanan yang jaraknya lebih kurang 416km.  Manalah tau, tetiba kita tumbang tengah-tengah jalan. Air kuat (Pearl Kacip Fatimah), smartphone, earphone dan USB Powerbank dah ada semuanya dalam beg sandang.  Bimbang terlena atas motor. Haghu nanti...

Terserempak dengan group LC yang menghala ke Batu Kawan, Penang

Seawal pagi Sabtu, pukul 5.30am, member-member kita da ready suit up. Kita pun da.  Ada 6 buah motor, ada Versys, XJ6, TNT600 dan Z800 yang mula bergerak dari Rawang menghala ke Kuala Kangsar, Gerik seterusnya Betong.

Dalam pukul 7.30 pagi, kami selamat sampai di Shell Petrol Station. Alahai, lupa plaks nama tempat tu.



Kami berenti untuk bersarapan di warung tepi jalan bersebelahan aje dengan Shell. Makan nasi lemak 50sen. Sedap tapi da sebab terlalu excited nak masuk Betong, perut pun tak terasa lapar.



Masjid Betong


Nasi Pappid (paprik)
Alahai, lama tak tengok kendi comel ni
Mee Maggi Gambar Muka gegurl. Apa rasanya eik?
Tugu Jam - pusat Betong. Pusing-pusing, masuk sana sini, kot mana-mana pun, akan jumpa tugu ini balik.
Peti Pos Gergasi yang pertama kali, kita jumpa. Besar sungguh.




Hujan di Betong. Alahai, bestnya layan tido.

Inilah Betong. Pengalaman berada di Betong amatlah berbaloi walaupun banyak tempat yang kami tak pergi disebabkan kesuntukan masa. Pekannya damai, tenang dan sejuk. Tang sejuk tu memang mengalahkan Cameron Highland, persekitarannya jauh lebih bersih dari Putrajaya dan semestinya udaranya memang segar dan bersih. Pekannya dikelilingi bukit-bukau dan hutan belukar.

Barangan di sana, agak murah berbanding barangan di Hatyai. Namun, pilihannya agak terhad. Walaupun ada 7e di Betong, tapi sayangnya air minuman kegemaran kita memang tak ada dalam 7e tu. Jenuh mencari, memang tak ada. 



Apa-apapun, ketenangan, kedamaian dan kemesraan Betong amat menggamit kenangan kita di rantau orang bersama rakan-rakan. Betong memang besh.

Post a Comment

0 Comments