Why Shaklee Omega Guard is The Best

Kebaikan Asid Lemak Omega-3. Apakah ia?

Omega-3 adalah sejenis lemak yang mana badan kita amat memerlukan lemak yang sihat. Ada banyak kebaikan asid lemak dalam badan kita dan pemilihan asid lemak yang betul itu penting. Asid lemak Omega-3 adalah sejenis polyunsaturated fatty acid yang memberi banyak manfaat untuk kesihatan. 

Pemilihan makanan yang ada lemak yang sihat itu penting. Lemak pun ada banyak jenis, ada yang trans-fat yang merbahaya untuk kesihatan yang boleh menyebabkan tingginya triglycerides dalam badan yang boleh mendatangkan pelbagai penyakit.

Tapi tidak pada asid lemak Omega-3 yang sejenis polyunsaturated fatty acid antara lemak yang paling sihat dari semua jenis lemak. Antara fungsinya untuk sel adalah membantu dalam penghasilan sel membran, sebab badan kita terdiri dari sel-sel yang bergabung. Setiap sel perlu ada sel membran. Omega-3 ini menyokong penghasilan sel membran untuk sel-sel dan tisu badan kita.

Ia sebenarnya, apabila sel membran kita lengkap, sihat dan cukup nutrien, ia juga akan membantu dalam nutrient intake ke dalam sel dan keluar sel itu lebih sempurna. Jadi sel badan kita berfungsi dengan lebih bagus, optimum dan efisien.


Selain daripada itu, asid lemak Omega-3 ini sebenarnya tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, ia merupakan essential fatty acid. Maksudnya kita hanya boleh dapat Omega-3 ini hanya daripada makanan sahaja maksudnya badan tidak boleh menghasilkan secara semulajadi.

Jadi pentingnya mendapatkan makanan yang ada Omega-3 ataupun pemilihan supplemen yang mengandungi Omega-3 untuk mendapatkan kebaikan Omega-3 kepada badan kita.


Selain daripada itu, asid lemak Omega-3 juga merupakan asid lemak yang kaya dengan DHA dan juga EPA dimana DHA dan EPA ini sebenarnya ia membantu untuk banyak kebaikan badan kita. Badan kita perlukan DHA dan EPA untuk fungsi yang optimum di mana ia memberi banyak manfaat kesihatan kepada kita.

Mesti ada yang tertanya-tanya. DHA itu apa dia, EPA itu apa?
Sebenarnya EPA itu ia stand for eicosapentaenoic acid, dan DHA itu, docosahexaenoic acid, dimana EPA dan DHA ini memang kaya dalam Omega-3 dan kebanyakan kita ambil sumber Omega-3 ini memang nakkan EPA dan DHA ini untuk kebaikan badan kita.




Kebaikan Omega-3 untuk Badan Kita.
  • Untuk Kesihatan Jantung 
Macamana DHA dan EPA ini membantu? DHA dan EPA ini adalah nutrien yang sangat bagus sebagai anti-keradangan.

Anti-keradangan ini sangat penting untuk badan kita. Sebab badan kita ini sangat mudah menghasilkan keradangan ataupun inflammation. Di mana kalau ada keradangan atau inflammation especially pada bahagian salur darah, ia boleh merosakkan salur darah dan boleh meninggikan lagi risiko untuk plak terhasil ataupun berada pada bahagian salur darah yang rosak tadi.

Jadi pentingnya menjaga kesihatan jantung melalui salur darah yang sihat. Elakkan daripada keradangan pada bahagian salur darah supaya dapat mengurangkan risiko sakit jantung.

Jadi apabila salur darah sihat, darah berjalan dengan lancar, dan jantung pun boleh mengepam dengan lancar dan bagus.

Jantung adalah organ yang sangat-sangat penting dalam badan kita. Sebab jantung ini akan mengepam lebih kurang 100,000 kali untuk mengalirkan darah ke seluruh badan. Kalau ada tempat yang tersumbat, jantung akan menjadi sangat stress dan turut memberi beban lebih kepada jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan kita.

Jadi, ia pun akan mendatangkan masalah seperti lemah jantung, bacana pulse rate yang tidak cantik, disebabkan oleh jantung yang memerlukan energy yang lebih untuk mengepam.

Jadi adalah pentingnya menjaga salur darah yang sihat.

Seterusnya, ada juga study yang menunjukkan bahawa pengambilan Omega-3 ini mampu mengurangkan tahap ataupun kadar trigliserida dalam badan kita.

Jika trigliserida melebihi dalam badan, ia petunjuk yang tak bagus, sebab ia akan meningkatkan lagi risiko sakit jantung dan juga strok.

  • Untuk Fungsi Otak yang Sihat

Yang pertama, menjaga kesihatan minda sangat penting sebabnya ia boleh membantu untuk mengelakkan penyakit yang berkaitan dengan tua seperti Alzheimer yang berkaitan dengan minda.

Yang kedua sangat penting juga untuk kesihatan minda supaya kita boleh berfikir dengan lebih pantas, lebih cepat dan juga untuk ingatan. Jadi pentinglah sebenarnya kesihatan minda ataupun kesihatan otak.

Dan sebenarnya otak kita ini 60% terdiri daripada lemak. Jadi pentinglah kita mengambil sumber lemak yang sihat untuk menyokong kesihatan minda. Jadi, salah satu nutrien yang penting adalah asid lemak Omega-3 yang akan membantu menyokong kesihatan.

Jadi, macamana DHA dan EPA ini membantu untuk minda yang sihat?
Sebabnya kita punya sel-sel otak kita yang dipanggil neuron, dan sel-sel otak kita ini tidak berhubung jadi ia perlukan sokongan daripada asid lemak yang sihat especially DHA yang akan membantu kesihatan neuron. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, sel membran memerlukan asid lemak Omega-3 dan neuron memerlukan DHA untuk sokongan sel yang sihat.

Jadi apabila sel neuron kita sihat, transmission yang berlaku di antara sel neuron ke sel neuron yang lain akan berlaku dengan lebih lancar, dengan lebih bagus sebab sel-sel neuron kita sihat.

Jadi untuk minda yang sihat yang pentingnya ialah untuk kognitif, ingatan, pembelajaran dan juga untuk elakkan daripada penyakit yang berkaitan dengan usia seperti Alzheimer.

Jadi, kalau kita lihat di televisyen, iklan-iklan susu mesti ada DHA. Kenapa? Untuk perkembangan sel-sel otak, perhubungan sel-sel otak yang lebih lancar. Jadi macam inilah juga keperluan DHA untuk otak kita.

  • Membantu Kesihatan Sendi
Kesihatan sendi sangat penting untuk kita bergerak setiap hari. Jadi, macamana Omega-3 ini membantu? Sebab Omega-3 fatty acid ini mempunyai sifat anti-keradangan. Biasanya joint yang sakit, yang bengkak, mereka mempunyai keradangan pada bahagian sendi. Jadi mengurangkan rasa sakit apabila kurangnya keradangan apabila ada sifat anti-keradangan dalam nutrien yang kita ambil.

Selain daripada itu, untuk sendi yang sihat asid lemak Omega-3 juga membantu daripada masalah osteoathritis.

Osteoathritis ini biasanya didapati pada orang yang berumur yang ada masalah sendi dan tulang. Jadi apa EPA dan DHA ini buat, ia akan inhibit protein yang terhasil yang boleh menyebabkan masalah osteoathritis. Jadi ia kurangkan risiko untuk osteoathritis.

Dan selain daripada itu, asid lemak omega-3 juga bertindak sebagai lubricant untuk sendi supaya ia bergerak dengan lebih sempurna tanpa rasa sakit.

  • Ibu Hamil (Love Your Baby)
Untuk ibu hamil boleh ambil asid lemak Omega-3 sepanjang kehamilan. Ini penting sangat untuk perkembangan otak dan penglihatan bayi.

Sepanjang kehamilan EPA dan DHA  boleh diambil tetapi ia bergantung kepada keadaan ibu tersebut. Contohnya, sekiranya ibu ada masalah low blood pressure, ataupun ibu yang ada high blood pressure yang tinggi perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Tetapi bagi ibu hamil yang normal, boleh ambil sepanjang kehamilan.

Dan sebenarnya untuk trimester ketiga adalah sangat penting. Sebab waktu ini perkembangan otak dan penglihatan bayi akan menjadi sangat cepat untuk perkembangannya. Kena cukup DHA dan EPA untuk anak.


  • Kesihatan Kulit (Love Yourself)
Asid lemak Omega-3 membantu kita untuk kesihatan kulit. Macamana ia membantu? Sebab asid lemak ini adalah asid lemak yang akan menyokong sel membran. Jadi biasanya kalau kita semakin berusia, kulit kita akan semakin kering. Asid lemak akan mengelakkan masalah kekeringan di bahagian kulit seterusnya mengurangkan penghasilan kedutan di bahagian kulit kita.   

Selain daripada itu, ada juga orang yang cepat inflame pada bahagian kulit muka. Jadi akan ada masalah kulit, nampak sembap ataupun jerawat sebab inflammation jugak. Asid lemak Omega-3 akan membantu mengurangkan keradangan pada kulit kita.

  • Sistem Imunisasi Badan
Asid lemak Omega-3 pun penting jugak. EPA dan DHA akan membantu dalam meningkatkan kesihatan imun. 

Macamana? Dengan ia membantu memberi sokongan bagi penghasilan Sel B dalam badan kita. Sel B merupakan sejenis sel imun dalam badan untuk penghasilan antibodi supaya badan kita akan lebih kebal.

  • Kesihatan Sperma (Love Your Man)
Kesihatan sperma yang sangat penting untuk lelaki. Macamana ye? Sebab EPA dan DHA ini akan membantu komponen fosfolipid pada sel sperma supaya sel itu lebih sihat dan perlindungannya lebih tinggi dan bagus.

Selain daripada itu, waktu kematangan sperma dalam testis pun memerlukan DHA dan EPA untuk jadi sihat dan lebih sempurna.

Jadi kita dah pun tau, yang banyak sangat kebaikan asid lemak Omega-3 untuk badan kita, kan.  


Kenapa Perlu Pilih Shaklee Omega Guard

1. Shaklee Omega Guard mempunyai gred farmaseutikal. Maksudnya Shaklee Omega Guard bukan lah sejenis ubat tetapi kualitinya telah memberi kesan yang sangat bagus. Contohnya, kalau ambil ubat, ada kesan yang terus. Tetapi pengambilan Shaklee Omega Guard juga memberi kesan yang sama kerana ia mempunyai gred farmaseutikal 

2. Untuk Shaklee Omega Guard bagus dan terbaik kerana ia mempunyai proses penyulingan berkali-kali sehingga tiga kali proses penyulingan. Sangat penting proses penyulingan sebabnya : 

         i. untuk menapis heavy metals (logam berat) yang terdapat dalam minyak ikan.

        ii. untuk mendapatkan minyak ikan yang berkepekatan yang tinggi 

       iii. untuk mengelakkan adanya masalah trans-fat supaya minyak ikan berkualiti dapat dihasilkan.

3. Minyak ikan Shaklee Omega Guard ini juga mempunyai kepekatan EPA dan DHA yang tertinggi berbanding minyak ikan lain. Dan Shaklee Omega Guard adalah minyak ikan yang terbaik yang ada di pasaran. 

4. Ia mengandungi 7 spektrum lengkap asid lemak Omega-3 yang tulen. Kita ada asid lemak Omega-3, asid lemak Omega-9, asid lemak Omega-11 dan asid lemak Omega-6 yang digabungkan dalam Shaklee Omega Guard. Biasanya untuk mendapatkan spektrum yang lengkap ini kita boleh juga dapatkan daripada ikan. Dapat semua... tetapi  Shaklee Omega Guard ada kesemua 7 spektrum tersebut dan ia pula amat tinggi EPA dan DHA yang memberi banyak manfaat kepada kesihatan badan.

5. Shaklee Omega Guard kurang bau hanyir dan kurang bau ikan.

6. Shaklee Omega Guard juga telah diiktiraf oleh Friends of The Sea. Persijilan Friends of The Sea ini sangat penting untuk make sure  source omega itu berpanjangan. Friends of The sea ini akan dapat jika sekiranya kita mengikut semua garis panduan yang ditetapkan oleh Friends of The Sea. Contonya, untuk menangkap ikan, Shaklee akan memilih tempat tangkapan yang sesuai umpamanya Shaklee tidak akan menangkap ikan pada waktu ikan itu sedang bertelur. Ini adalah untuk mengekalkan sustainable source pada masa akan datang.

Maksudnya kalau ada persijilan Friends of The Sea ink, minyak ikan itu boleh dihasilkan dalam jangka masa yang panjang. Kita pastinya inginkan produk yang bagus itu berpanjangan sehinggakan anak cucu kita pun boleh makan juga, kan.

Jadi, inilah dia kebaikan-kebaikan Omega Guard dan kenapa perlu pilih Shaklee Omega Guard. Sekiranya ada soalan, boleh ajukan pada bahagian komen ataupun wasap kepada Vivix Shaklee Putrajaya

Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini. Sehingga berjumpa lagi. See ya... #spreadlove - Hidup Sihat Tanpa Ubat

Post a Comment

0 Comments