Nutrien untuk anda sekeluarga. Jadi nutrien ini berfokuskan kepada pemakanan harian untuk orang dewasa dan kanak-kanak yang relate dengan keperluan nutrien yang penting yang diperlu diambil untuk seisi keluarga.
Apabila bercakap tentang pemakanan. Ia adalah suatu benda yang sangat penting sebab siapa kita atau macamana keadaan bentuk badan kita samada sihat ke, gemuk ke, kurus ke itu semua bergantung kepada pemakanan.
Untuk membina badan yang sihat, biasanya Shaklee akan mencadangkan 3 perkara utama yang ditekankan iaitu pemakanan yang sihat, senaman dan jugak pengambilan supplemen yang sebijaknya.
Jadi maklumat pemakanan adalah salah satu pemakanan harian, diet harian kita dan tabiat kita makan harian sangat penting sebenanryna sebab pemakanan itulah yang akan kiranya salah satu faktor yang memberi kesan kepada badan samada badan itu sihat ataupun ada penyakit seperti kencing manis ataupun kolestrol tinggi itu semua ada kaitan dengan tabiat pemakanan.
Dan mari kita lihat pemakanan sekarang kebanyakannya adalah tidak sihat sebab pemakanan sekarang banyak sangat makanan frozen, fastfood dan kebanyakan makanan sekarang adalah bermacam-macam yang mana ia akan membawa kita ke arah pemilihan makanan yang tidak sihat instead of pemakanan yang sihat.
Antara faktor besar yang mendorong perubahan pemakanan adalah era moden yang berubah. Zaman dahulu, kebanyakkan ibu adalah surirumah dan mereka mempunyai masa untuk memasak makanan yang sihat dan membuat pemilihan makanan yang sihat dan berkhasiat.
Tetapi zaman sekarang kebanyakkan ibu bekerja ataupun ada part time seperti membuat bisnes menjadikan mereka lebih sibuk dan tiada masa untuk menyediakan makanan yang lebih sihat untuk keluarga. Ditambah pula dengan tiada masalah sebenarnya, kalau sibuk zaman sekarang ada macam-macam makanan delivery, fast food ataupun frozen food memang semua jenis ada. Panaskan aje dah siap, ataupun call aje dah sampai.
Sebenarnya perkara inilah merupakan salah satu faktor yang menjadi kepada pelbagai jenis penyakit. Anak kecil lagi ada yang dah dapat sakit kencing manis ataupun usia masih muda lagi belum sampai 30, sudah ada masalah jantung disebabkan pemakanan harian yang memang kita dah biasa.
Makanan sekarang kan ada pelbagai jenis. makanan yang kita makan ni biasanya tinggi dengan karbohidrat, dan sangat rendah dengan serat, serta vitamin dan mineral. Protein kita tengok pada jenis makanan. ada protein yang tinggi dan ada protein yang rendah.
Contoh makanan yang biasa kita makan, Nasi lemak sebenarnya ia bukanlah makanan yang tidak menyihatkan. tapi kita lihat pada portion yang kita ambil. Kalau kita ambil nasi lemak yang normal, nasi lemak karbohirat yang tinggi, protein ada sikit-sikit dalam kacang dan ikan bilis tapi tidak lengkaplah dan ada dapat sambal yang ada minyak.. kolestrol. Kemudian telur ada protein sikit. timun ada 2 tiga keping. Maksudnya tidak dapat complete vitamin dan mineral. Jadi pentingnya tahu pemakanan seimbang.. itu yang paling penting.
Tabiat pemakanan kanak-kanak, kalau kita lihat kebanyakkan daripada mereka amat susah untuk memilih makanan yang sihat. Mereka telah didedahkan dengan makanan yang kurang sihat, fast food apabila keluar dan pemakanan yang manis.
Kebanyakkan makanan ini memang berkalori tinggi, mudah memberi rasa kenyang tetapi sebenarnya nutriennya sangat rendah. Pemilihan sayur dan buah-buahan juga tidak didedahkan menjadikan mereka kurang memakan sayur dan buah.
Jadi untuk ibu-ibu adalah pentingnya daripada kecik kena biasakanlah pemakanan yang sihat dengan memperkenalkan sayur dan buah kepada mereka supaya pemakanan mereka lebih seimbang.
Pentingnya pemakanan yang seimbang kerana pemakanan yang seimbang ia akan memberikan badan yang sihat dan mengelakkan pelbagai jenis penyakit. Dan jika kita memang tidak cukup nutrien makanan kita sememangnya tidak sihat dan lifestyle tidak berapa sihat dan supplemen tidak ambil jadi ia akan meberikan kesan lagi teruk pada badan.
1. Cepat Letih
Ada banyak faktor samada badan tidak cukup tenaga, tidak cukup protein, tidak cukup energy, boleh jadi jugak kalau badan tidak cukup oksigen maksudnya sel darah tidak mencukupi untuk membawa oksigen. Itu sangat penting. jadi pengambilan nutrien yang membantu menggalakkan penghasilan sel darah merah sebenarnya penting seperti vitamin B, iron dan vitamin C adalah penting untuk memberi tenaga pada badan dan jugak protein.
2. Imunisasi yang sangat lemah.
Anda mudah berjangkit dan mudah jatuh sakit disebabkan kekurangan nutrien speerti vitamin C di mana vitamin C sangat penting untuk penghasilan sel darah putih.
Dan kombinasi vitamin-vitamin yang lain membantu untuk penghasilan sel darah putih membantu untuk aktiviti sel darah putih tu lebih bagus seperti alisin di dalam Garlic Complex dibantu untuk aktiviti sel itu lebih lancar dan penting jugak untuk penghasilan komponen lain dalam badan seperti interferon dimana ia bantu untuk menguatkan lagi imun dan jugak vitamin A pun penting untuk imunisasi badan kita untuk repair semula sel darah putih yang telah bekerja untuk fight dengan phytogen yang masuk dalam badan. Jadi nutrien untuk imun adalah penting untuk make sure kita tidak cepat sakit dan tidak cepat berjangkit dengan orang yang sakit.
3. Kulit menjadi kusam
Ini boleh nampak melalui sel fizikal especially kulit muka yang orang nampak dulu, kesan daripada kulit kusam. Kulit kusam ini ada beberapa jenis nutrien yang kekurangan seperti protein yang tidak cukup untuk pembinaan sel-sel yang baru. Kemudian tidak cukup jugak vitamin seperti vitamin C dimana vitamin C adalah salah satu vitamin yang membantu untuk penghasilan kolagen. Kemudian pengambilan kolagen penting untuk menampakkan kulit yang lebih tegang dan kurang kedutan. Kemudian vitamin-vitamin lain seperti Omega-3 membantu untuk kelembapan kulit, Omega-6 kemudian vitamin B untuk perjalanan darah yang lebih sihat dan nampak lebih segar.
Untuk kulit ini kena jaga luar dan dalam.
Untuk dalam ia agak straight-forward. Tetapi ia bergantung juga kepada jenis kulit dan apa masalah paling penting apa problem kulit dan apa yang boleh difokus. Tetapi kalau tiada problem, apa yang anda nak perbaiki daripada kulit.
Dari segi luaran, sebelum hendak memakai skincare, kita perlu tahu apa jenis kulit terlebih dahulu supaya apa jenis skincare yang hendak dipakai itu sesuai dan bertepatan dengan keperluan kulit kita. Sebab setiap individu mempunyai jenis kulit yang berbeza, keperluan nutrien yang berbeza. Sebab pemakanan hirarki kita tidak sama. Setiap keluarga kadang-kadang makan lain dan cara pemakanan berbeza. Jadi perlu tahu apa yang perlu dan apa yang perlu ditambah.
4. Nafsu makan yang tinggi (craving)
Kesan nasfsu makan yang tinggi yang mana kita asyik nak makan makanan manis especially. Maksudnya badan kita tidak cukup nutrien, tidak lengkap. That's why asyik nak makan lagi. Sel tidak dapat cukup nutrein yang diperlukan.
5. Berat badan yang tidak stabil. Underweight ataupun overweight kesan daripada pemakanan yang tidak seimbang.
Selain daripada itu, kesan kepada kanak-kanak jugak adalah satu yang perkara yang merisaukan ibu bapa. Betul tak? Sebabnya kanak kanak ini pada waktu perkembangan mereka penting especially ketika bersekolah.
1. Tidak dapat fokus di sekolah.
Jika tidak cukup nutrisi yang kita bagikan kepada anak-anak kita, mereka akan rasa tidak dapat nak fokus kat sekolah dan cepat rasa mengantuk. Kenapa? Sebab darah tidak cukup oksigen yang sampai kat otak untuk bagi fokus. Dan dalam masa yang sama kena make sure jugak minum air kosong secukupnya dan ambil vitamin dan mineral selengkapnya.
2. Pertumbuhan dan perkembangan yang perlahan.
Kita boleh lihat pada beerat badan anak-anak. Check pada berat badan mereka. Masalah normal kanak-kanak adalah underweight dan lihat juga kepada ketinggian mereka, adakah tidak sama dengan kanak-kanak yang sebaya mereka. Sebenarnya dari segi pemakanan, boleh mengubah genetik. Tidak semestinya mak ayah kecik, anak pun kecik. Actually, kalau anak-anak diberi nutrien kalsium yang secukupnya, kanak-kanak itu boleh tinggi lebih dari ibu dan ayah.
3. BMI yang kurang.
Ketumpatan tulang akan menjadi maksimum ketika usia 20 tahun. Sebelum 20 tahun sewaktu anak ke sekolah dan belajar itu, bagi kalsium setiap hari kepada mereka. Jadi cadangan yang terbaik, boleh amik Mealshake bagi anak-anak usia di bawah 12 tahun sebagai sumber kalsium dan ketika sekolah menengah dan dah masuk universiti bolehlah ambil Ostematrix.
Daily Essential Set ini adalah gabungan vitamin yang mana ia penting untuk seisi keluarga.
Manfaat Nutrien - Protein
Keperluan protein seisi keluarga untuk ayah, ibu dan anak. Protein adalah sumber blok asas untuk pembinaan sel.
- Untuk ayah
Sel sangat penting untuk membina otot dan memberi tenaga terutamanya kepada ayah. Ada study yang menunjukkan pengambilan protein soya membantu untuk mengurangkan risiko masalah kanser prostat.
- Untuk ibu
Menggalakkan penghasilan kulit, sebab perempuan lebih fokus kepada kecantikan, kulit yang lebih segar, rambut sihat dan kuku yang kuat. Jadi itulah keperluan protein untuk ibu. Dan untuk wanita hamil pentingnya protein untuk perkembangan bayi dalam kandungan dan juga membantu penghasilan susu ibu. Sebab susu pun memerlukan keperluan protein dalam menghasilkan susu ibu.
- Untuk anak
Protein sangat penting untuk pertumbuhan, tulang yang kuat dan untuk remaja especially yang bersekolah menengah. Sebenarnya kalau amik protein yang cukup boleh membantu untuk kitaran bulanan yang sihat di kalangan mereka. Seaktu ini perubahan hormon sering berlaku ketika waktu kitaran haid. Keperluan protein sangat penting untuk penghasilan hormon.
0 Comments