"Sikap, kefahaman dan cara mengurus wang banyak menentukan keadaan kita semasa mengharungi kehidupan"
- Panduan Kewangan Peribadi & Keluarga, Cukup Wang Hati Tenang
Sebelum ni, penulis buku Cukup Wang Hati Tenang, Hajah Rohani Datuk Haji Mohd Shahir telah menyenaraikan beberapa situasi yang pernah atau tidak kita alami dalam story kita yang lepas, Cukup Wang Hati Tenang - Belenggu Keduniaan.
Kali ini, kita sambung bacaan dan kita olah berdasarkan pandangan peribadi kita yang mungkin tidak selari atau selaras dengan pandangan penulis buku ini.
Kaya Bukan Bererti Bahagia
Apa yang dimaksudkan dengan ketenangan dan kebahagiaan? Cukup wang, banyak wang atau tiada beban hutang?
"...tidak ada guna harta melainkan mereka yang datang kepada-Ku dengan keadaan hati yang tenang..."
- Asyu'araa' : 88-89
- Asyu'araa' : 88-89
Zaman sekarang, kejayaan diukur dengan status dan kedudukan kewangan. Namun, masih ramai orang yang kaya raya tidak dapat menzahirkan wajah-wajah ketenangan, melainkan kerunsingan dan kebimbangan. Tetapi alhamdullillah ada je jutawan yang berjiwa tenang yang bibirnya tidak lekang dari mengingati Allah dalam segala tindak tanduknya.
Dalam kajian National Opinion Center yang dijalankan di Amerika Syarikat pada tahun 1957 telah membuktikan kemiskinan itu pintu derita tetapi kekayaan itu tidak semestinya bahagia, apabila bagi setiap 2 perkahwinan di Amerika, satu daripadanya akan berakhir dengan penceraian berpunca dari wang.
Dalam asyik kita mengejar wang, kita terlupa akan keberkatannya. Tak salah kalau sekiranya kita mengumpul harta untuk memberi manfaat kepada orang sekeliling dengan bersedekah dan berwakaf serta membahagikan secara adil kepada waris-waris.
Masyarakat sekarang memerlukan orang kaya yang bersifat rendah diri dan mempunyai kekayaan jiwa. Kekayaan itu datangnya dari Allah dan kita wajib menjaga amanah dan memperlakukan dengan sebaik mungkin seperti yang dimaksudkan dalam surah at-Taubah : 34 - 35 yang melarang kita dari bersifat kedekut dan mementingkan diri sendiri.
- Petikan dan olahan dari Buku Cukup Wang Hati Tenang
Orait, kita berenti setakat ini dulu yer.. Kita sambung next next reading plak. Kali ni tentang panduan-panduan yang boleh diamalkan antaranya model Kubah Kehidupan. Tunggu.... #spreadlove

0 Comments