Ikan Bakar Tangling Lake Garden, Kuala Lumpur

5 Mac 2018
Ikan Bakar Tangling
Lake Garden, Kuala Lumpur

Selepas selesai urusan kita di Hospital Serdang dengan klinik Pakar Orthopedik khusus untuk lutut, kita terliur plak nak makan ikan bakar. Kita pun cerita-cerita laa dengan kawan pasal kecur liur nak makan ikan bakar yang sedap di KL ni. 

Kawan kita pun ngajak ler kita makan ikan bakar di Tangling. Ooo, ada ikan bakar, ingatkan ada nasi lemak yang glamer tu jer.. Apa lagi, berdesup le kita ke Jalan Tangling. 

Kedai ikan bakar ni, betul2 berhadapan dengan Klinik Kesihatan Tangling dan dekat sesangat ler dengan Bukit Aman. Kat KL ni, hanya ada dua tempat ikan bakar yang femes, kalau tak Tangling, Jalan Bellamy. 

Jalan Bellamy kita pernah try.. memang wow..wow..wow! Sedap...

Kalau  nak dibandingkan dengan Tangling, dari segi rasa kuah asam nya.. memang sedap Tangling. Kuah asamnya, walahai... tengah menaip ni pun, kita telan air liur tau.. Teringat-ingat kot! hik3

Bagi yang nak try ikan bakar tangling ni, boleh waze atau google ... je. Dah tempat femes, taip tangling, sah dicadangkan nasi lemak ataupun ikan bakar. Tapi kedai ni, memang tutup awal. Asal abih je, lauk... tka sampai jam 3 petang, dah tutup. 

Yang dibakar, ada sotong, ikan pari, ikan jaket, dan apa lagi nama ikan..yang biasa kita makan tu, ada dijual. Semuanya layan diri, hatta untuk minuman sejuk. Servis memang cepat dan tip top. Tempat makan plak, ada banyak pilihan, samada di kanopi di bawah pokok-pokok yang merendang dan merimbun. Memang syok ler...





Post a Comment

0 Comments