1 Mei Keramat Untuk Pekerja Seluruh Dunia


Hari Pekerja atau Hari Buruh disambut di serata dunia. Ia adalah tanda peringatan kepada kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. 

Pada 1884, Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh telah meminta agar waktu bekerja hanya 8 jam sahaja di Amerika Syarikat dan akhirnya ianya diluluskan pada 1 Mei 1886. 

Sambutan Hari Pekerja di Malaysia  adalah sebagai hari meraikan, mengiktiraf dan menghargai sumbangan pekerja kepada negara.

Ia amat berbeza dengan beberapa negara lain yang menjadikan Hari Pekerja sebagai platform untuk membuat tuntutan dan demonstrasi kepada kerajaan dan majikan. Kemeriahan dan keceriaan sambutan Hari Pekerja di Malaysia menunjukkan suasana harmoni yang jelas di antara pekerja, majikan dan industri dan Kerajaan. 

Perhimpunan mega ini juga secara tidak langsung menterjemahkan penyatuan golongan pekerja dalam pelbagai peringkat. Mereka terdiri daripada kakitangan kerajaan, agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, badan berkanun dan swasta.

Tidak ketinggalan, golongan pekerja dalam kalangan orang kurang upaya yang turut diraikan pada majlis berke-naan.

Antara anugerah yang diberikan kepada pekerja adalah Anugerah Tokoh Pekerja Negara (Eksekutif), Anugerah Tokoh Pekerja Negara (Bukan Eksekutif), Anugerah Tokoh Pekerja Negara (OKU) dan Anugerah Kesatuan Sekerja Cemerlang (Sektor Awam).

Antara tema-tema Hari Pekerja sejak 2006 hingga 2018 ialah : 



Memberi penekanan kepada keupayaan seseorang pekerja yang mempunyai daya fikiran tinggi dan berkebolehan untuk melahirkan atau mencipta serta mengembangkan idea baharu yang secara langsung mencetuskan sesuatu pembaharuan dalam menghasilkan produk bermutu tinggi atau menawarkan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang kepada pelanggan.



Pekerja yang sihat dan sentiasa mengutamakan penjagaan kesihatan yang baik secara langsung akan meningkatkan produktiviti serta kualiti kerja yang tinggi seterusnya membawa kepada kemajuan negara. Perkara ini menunjukkan bahawa aspek penjagaan kesihatan pada masa kini amat penting dan perlu diberi perhatian utama dalam menangani gaya hidup masa kini yang banyak berubah.




Sempena hari pekerja 2012, kerajaan telah mengkhabarkan berita gembira dengan pelarasan gaji minimum di kalangan pekerja sektor awam. Tujuan pelarasan tersebut ialah untuk membantu mengurangkan beban pekerja sektor awam yang semakin tinggi, ekoran kenaikkan kos sara hidup masa kini. Selain itu, ini juga merupakan langkah pencegahan yang diambil kerajaan bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga asing, seterusnya menjamin peluang pekerjaan yang lebih mantap untuk sumber tempatan.




Tema Hari Pekerja 2008
"Pekerja Inovatif, Negara Kompetitif"

Tema Hari Pekerja 2007
"Pekerja Produktif Negara Kompetitif"

Tema Hari Pekerja 2006
"Pekerja Cemerlang Negara Terbilang"

Tak kira apa pun kerja kita, walaupun as a surirumah, kita adalah penyumbang kepada pembangunan negara. Maka, teruskanlah memberi sumbangan ikhlas untuk kemajuan dan kesejahteraan negara. Maju Malaysia, kerana Mu... #spreadlove

Post a Comment

0 Comments