Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW mengatakan Nabi Ibrahim AS tidak pernah berbohong kecuali 3 kali. 2 kali berbohong yang berkaitan dengan Allah SWT dan sekali berbohong kepada umatnya.
1. Kaumnya menyakini ilmu nujum. Baginda berpura-pura sakit dan meminta mereka supaya mnegubatinya dengan ilmu nujum tersebut. Perkara ini bertujuan supaya mereka menyedari kesalahan mereka terhadap ilmu nujum.
2. Pembohongan Baginda kepada kaumnya ketika menghancurkan berhala yang mereka sembah dan membiarkan satu berhala yang paling besar. Ketika mereka menuduhnya, Baginda mengatakan bahawa yang menghancurkan berhala mereka iaitu berhala yang paling besar.
3. Pembohongan yang berkaitan dengan mahkluk. Bila masa itu Baginda datang ke suatu negeri yang dikuasai oleh orang yang kejam. Baginda bersama isterinya yang bernama Sarah. Dia perempuan yang paling cantik. Ibrahim AS berkata kepada Sarah;
"Sesungguhnya penguasa daerah ini sangat kejam. Apabila dia mengetahui bahawa kamu iaitu isteriku, maka dia akan merebutmu daripada sisiku. Oleh kerana itu, jika penguasa kejam itu bertanya kepadamu, katakanlah bahawa kamu iaitu saudari perempuanku. Hakikatnya kamu iaitu saudariku dalam islam. Saya tidak tahu di dunia ini yang muslim selain aku dan dirimu."
Ketika masuk ke dalam negeri, mereka dilihat oleh penduduk. Mereka berkata;
"Ada seorang perempuan yang datang ke negeri kita"
Lalu Sarah pun dihadapkan. Ketika melihat Sarah, penguasa itu tidak sanggup membentangkan tangannya, akan tetapi tangannya menjadi terikat dengan ikatan yang sangat kuat. Lalu penguasa itu berkata;
"Berdoalah kepada Allah SWT supaya melepaskan ikatan ini dan aku tidak akan membuat kamu sakit"
Sarah mengkabulkan permintaannya. Kemudian penguasa itu membentangkan tangannya lagi, namun tangannya terikat lagi, bahkan ikatannya lebih kuat daripada yang pertama. Sarah pun berdoa lagi. Penguasa itu membentangkan tangannya lagi namun tangannya terikat lagi lebih kuat daripada sebelumnya. Sarah pun berdoa lagi. Lalu Ibrahim AS dipanggil, penguasa itu berkata;
"Perempuan yang kamu bawa tiada lain iaitu syaitan dan bukan manusia. Bawalah dia pergi daripada negeriku. Aku akan memberinya hamba perempuan itu untuknya, iaitu Hajar."
Ibrahim AS dan isterinya Sarah pun meninggalkan negeri itu. Ketika melihat Sarah, Ibrahim bertanya;
"Bagaimana khabarmu?"
Sarah menjawab;
"Baik, Allah SWT mengikat tangan orang jahat dan memberiku seorang hamba."
- Imam Nawawi, Syarh Sahih Muslim, Juz 8, 2000 : 100
0 Comments