11 Cara Untuk "HIJAU"


Menjalani gaya hidup hijau menjamin kehidupan yang lebih baik. Setuju kan dengan statement ini? 

Hijau berkaitan rapat dengan kesihatan. Bagi yang mengamalkan gaya hidup hijau bersamaan lah dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Amalan hidup hijau atau sihat ini dapat mengelakkan kita dari mengalami pelbagai masalah kesihatan. 

Pengamalannya melalui apa yang kita makan, minum, pakai, pengambilan makanan tambahan dan juga barang-barang keperluan harian yang digunakan seharian dalam hidup kita selain mengamalkan senaman secara kerap. 

Tapi macamana?

1. Bernafas di udara bersih 
Baru seawal pagi, hiruplah udara segar di sekitar dan sekeliling kita di luar rumah. Udara pagi ini biasanya belum dicemari dengan pelbagai pencemaran lagi berbanding udara petang. Hiruplah udara yang bersih ini dan pastikan ianya bukan udara yang dicemari asap rokok, habuk atau pun kenderaan. Sebabnya udara yang bersih dapat membantu membersihkan paru-paru kita, then paru-paru yang bersih bolehlah menyerap lebih banyak oksigen untuk disalurkan kepada otak. Jadinya, dapatlah kita berfikir dengan lebih baik dan berkesan.  


2. Minum air masak
Air masak wajib diambil sebanyak 8 gelas sehari. Untuk apa? Air masak ini memang berkesan untuk meneutralkan toksin dalam badan sekaligus melancarkan metabolisme, yang akan menjadikan kita rasa lebih segar dan sihat. Jadinya, jangan culas minum air masak.

3. Sarapan yang sihat 
Jangan skip sarapan pagi! Kenapa...? Pengambilan nutrisi yang baik,  akan memberikan nutrien dan serat yang diperlukan tubuh akan membekalkan tenaga untuk kita melakukan segala aktiviti sepanjang hari tanpa rasa letih, mengantuk dan cepat penat. Rasa segar dan bertenaga... energetic!

4. Aktiviti yang seimbang
Bekerja keras itu bagus.... Tapi kena ingat, berrehat dan bekerja itu perlu diseimbangkan. Walaupun kita begitu bekerja keras, luangkan juga sedikit masa untuk berehat dan melakukan aktiviti senaman. Aktiviti berjalan kaki dan mengayuh basikal antara senaman hijau yang amat digalakkan kerana ia memang mengurangkan pengeluaran karbon yang mencemarkan alam sekitar. 


5. Elakkan corak pemakanan yang tidak sihat.
Elakkan makan makanan fast food, yang mengandungi lemak yang tinggi, minuman bergula ataupun bersoda. Elakkan dari merokok dan berdekatan dengan perokok demi kesihatan yang baik dan hidup yang lebih berkualiti. Consume makanan-makanan yang organik, makanan yang tidak  diracun dengan racun serangga perosak. Kalau pakai pun, pakai yang jenis semulajadi. Contohnya tanam pokok pudina atau selasih boleh menghalau serangga perosak. 

6. Mengutamakan produk atau perkhidmatan mesra alam
Produk organik ni, maksudnya produk yang tidak mengandungi bahan-bahan kimia merbahaya. Contoh, ubat gigi, mekap, bedak talkum, minyak wangi, pencuci pinggan dan pakaian dan semua benda yang kita guna di rumah termasuklah gincu dan deodoran. 

Produk yang mengandungi tinggi bahan kimia merbahaya, akan meresap ke dalam kulit. Bahan kimia ini tak perlu masa yang lama untuk masuk ke dalam salur darah, hanya 25s saja. Cuba bayangkan....

Sabun mandi, shampoo, ubat gigi, deodoren, bedak talkum, pewangi, losen, dan mekap terutama gincu itu adalah penyumbang utama kepada masalah kesihatan kita. Benar, makanan punca kerosakan sel kita, tapi, produk-produk yang kita guna seharian pun, salah satu penyumbang kepada masalah kita jugak. 

Contohnya, berapa ramai yang zaman sekarang ini tiada masalah resdung, alahan habuk, alahan kacang dan asma? 

Actually, alahan berlaku disebabkan kecelaruan imuniti badan kita. Bagaimana boleh bercelaru? Kerana sistem imuniti kita telah dikacau oleh bahan-bahan kimia yang merbahaya ini yang telah diserap dalam badan kita dan rupanya hampir sama dengan sel-sel hormon kita. 

Apabila sel-sel yang menyamar ni masuk dalam sistem kita, memang haru biru ler.... Bayangkanlah, dulu kita tak mudah nak demam, selesema, alergik atau resdung. Tapi sekarang, terlalu mudah kita untuk kena alahan, kemudian migrain....

Untuk hilangkan selesema, kita mula amik ubat-ubatan yang memang sah-sah tak berapa nak bagus untuk diamalkan kerana ia boleh membebankan buah pinggang kita. Seeloknya kita mengamalkan perubatan semulajadi, kalau tak jalan, sangat baru kita menjengah perubatan moden. 

Jadinya tak salah kalau kita nak mengamalkan gaya hidup hijau untuk kesejahteraan dan kualiti hidup. Tiada kebergantungan kepada ubat-ubatan selain boleh menjimatkan kos perubatan.


7. Penjimatan tenaga elektrik 
- Kerapkan penggunaan kipas berbanding penggunaan penghawa dingin. Suhu penghawa dingin ditingkatkan kepada 23c  
- Mematikan suis lampu dan kipas setiap kali ruang tidak digunakan.
- Menanggalkan plug peralatan elektrik yang tidak digunakan
- Kerap mencuci peralatan eletrik yang mempunyai penapis 
- Memastikan peti sejuk tidak penuh dengan makanan dan tidak menyimpan makanan panas di dalamnya
- Elakkan kerap membuka peti ais. Setiap kali peti sejuk dibuka, 30% udara sejuk keluar dan ini akan meningkatkan penggunaan tenaga eletrik
- Elakkan gunakan pengering baju, sebaliknya keringkan baju di bawah cahaya matahari
- Memastikan suis komputer atau laptop atau televisyen atau peralatan eletronik yang lain dimatikan apabila tidak digunakan.  Menurut kajian, kebanyakan skrin elektronik seperti monitor komputer menggandakan penggunaan elektrik.
- Menggosok pakaian seminggu sekali. 
- Membeli peralatan elektrik yang dilabelkan dengan pengelasan kecekapan penggunaan tenaga yang mempamerkan skala antara 1 hingga 5 bintang. 

8. Menggunakan atau mengitar semula barang terpakai

9. Mengurangkan pembuangan sampah

10. Banyak menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam atau "car pool"

11. Menggunakan air yang dirawat secara berhemah

Seperti saranan Kerajaan semasa kempen 1Hijau, 1Komuniti, amalan hijau yang mesra alam merupakan satu langkah bijak yang bukan hanya mengurangkan pengeluaran bahan berbahaya ke persekitaran manusia tetapi turut membantu memelihara sumber alam semula jadi dan menjimatkan penggunaan tenaga.

Oleh itu amalan-amalan kecil yang dilakukan, umpamanya kitar semula, menggunakan peralatan cekap tenaga dan mengamalkan penjimatan elektrik dan air boleh mengubah kehidupan seseorang dan generasi akan datang. #spreadlove

Post a Comment

0 Comments